Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Rabu, 3 April 2013

Perfect Love..

Assalamualaikum w.b.t, 

Selama ini hati dan akal sentiasa berfikir satu hubungan cinta yang sempurna bermaksud dua insan berkongsi rasa yang sama.. Sesekali terlintas mungkin mereka bercinta kerana saling terpesona.. Bukan kerana rupa atau harta.. Tapi mungkin kerana budi pekerti dan ketaatan pada agama.. Cinta juga mungkin ada bila salah seorangnya sanggup bersusah supaya yang seorang lagi gembira dan begitu juga sebaliknya..

Jika ditanya kepada sepuluh manusia maka akan ada sepuluh jawapan yang berbeza tentang cinta yang sempurna.. Pasti juga akan ada yang tidak percaya.. 

Mendengar nasihat ibu sendiri kepada anak perempuannya yang hampir putus cinta bagaikan membuka mata yang tertutup seketika.. Jawapan yang diberikan melahirkan senyum dan sedikit nasihat dari wanita yang menyayanginya lebih dari yang dia rasa..

Cinta yang sempurna terjadi bila sepasang kekasih tidak putus asa sesama mereka.. Bila yang seorang merasakan hubungan mereka hampir ke penghujung, yang seorang lagi akan berusaha gigih mengekalkan hubungan yang ada.. Dan yang seorang tadi akan semakin cinta bila dia nampak pengorbanan yang dilakukan oleh kekasihnya..

Dan pada masa itu ada seseorang mengharapkan cinta sempurna daripada aku.. Dan di penghujungnya, hanya jalan buntu.. Aku tidak menerima orang itu.. Kerana bagi aku keserasian antara dia itu, membuatkan aku keliru.. 

Aku mencari erti cinta sempurna yang sebenarnya.. Mungkin akan ada, tapi masih tidak kunjung tiba.. 
Kadang-kadang, seakan ada suara-suara ghaib menghalang diri ini dari berputus asa..




Jangan menyerah supaya cinta sempurna itu kekal sebagai satu anugerah.. ;)







Tiada ulasan: