Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Isnin, 15 April 2013

Maafkan aku..

Assalamualaikum w.b.t, 

Maaf itu satu rasa misteri yang tersembunyi.. Ada orang susah nak minta maaf sebab dia letak ego di tingkat atas sekali.. Orang macam ni elok pergi duduk dalam gua seorang diri.. Hari ini aku nak minta maaf lagi.. Bukan dengan manusia tapi dengan diri aku sendiri.. 

Perut tolong maafkan aku lagi sekali.. Selama ini aku dah sakitkan kau tanpa aku sedari.. Sebab nak tunggu dia, aku biarkan kau kosong tak terisi.. Sebab nak belanja dia makan malam aku sanggup biarkan kau lapar sepanjang hari.. Aku buat-buat tak nampak kau menangis meminta suapan tak kira mee, nasi ataupun maggi.. Sebab dia kau terseksa diri..

Aku minta maaf dengan kau juga mata.. Maaf untuk semua air yang kau keluarkan walaupun kau tak rela.. Walaupun kau penat celik seharian aku tak bagi kau lena bila malam tiba sebab nak bersama dia.. Aku paksa kau tahan walaupun kau dah lembik sepanjang hari terbuka.. Aku biarkan kau merah menyala.. Aku biarkan kau merana.. 

Maafkan aku wahai otak dan kepala.. Maaf sebab aku selalu penuhkan kapasiti kau dengan berfikirkan dia.. Maaf sebab selalu guna kau untuk berangan tentang masa depan aku dan dia bila kami tua.. Aku langsung tak pernah berterima kasih dengan kau walaupun kau sering bagi aku idea.. Maafkan aku otak sebab tak dengar kata kau supaya jangan bercinta.. 

Akhir sekali, maafkan aku hati.. Kau yang merana teruk sekali.. Aku tak tahu nak bagi alasan apa lagi.. Kau memang yang paling hebat sekali walaupun kau yang parah tersakiti.. Walau hangus dibakar api dengki, walau hancur dipijak kaki berunsur benci, kau tetap berfungsi.. 

Aku rasa aku buta.. Sejak aku lahir kita dah bersama.. Tapi sebab lelaki itu yang baru aku jumpa, aku tinggal kamu semua.. Cuma maaf yang aku mampu kata.. Aku janji aku akan jaga kau, kau, kau dan kau juga.. Jangan hanya sebab seorang lelaki kita jadi gila.. 


Sebelum kau percaya dengan sesuatu yang baru, kau perlu percayakan diri kau dahulu.. ;) 



Tiada ulasan: