Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 4 April 2013

2 in 1.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

MATEMATIK.  Satu nama yang mampu membuat manusia tertarik dan terusik.. Tambah, tolak, darab, bahagi dan banyak lagi yang boleh akal ini petik.. Tapi sejujurnya bila berkait dengan nombor, aku bukan terlalu fanatik.. Aku lebih meminati sesuatu yang berabjad dan berakhir dengan tanda soal, tanda seru atau titik.. Blog aku ini mungkin salah satu bukti terbaik..

Rasa bersalah terdetik.. Aku sebenarnya peminat nombor dan sangat fanatik tahap bombastik.. Aku peminat setia nombor-nombor telefon yang cantik..

Tak kira sehebat mana kita dalam penolakan, ada masanya kita gagal menolak rasa benci yang kita pendamkan.. Dan tak kira sepakar mana kita dalam penambahan, mustahil kita dapat menambah rasa sayang kepada seseorang secara paksaan.. Yang biasa kita lihat ialah rasa benci yang bertambah dan rasa sayang yang berkurang..

Tapi dalam membenci matematik, ada sedikit rasa kagum kepadanya.. Kerana matematik mengajar aku untuk sentiasa berharap dan percaya.. Kerana matematik membuktikan setiap masalah walau serumit mana, tetap ada jalan penyelesaiannya.. 

Dan kita adalah manusia yang tak pernah renggang dengan masalah.. 



Sabar itu kunci kepada segala masalah..
Sabar juga kunci kepada pintu kebahagiaan dan kejayaan..
Sabar itu kunci kepada kaseh sayang ALLAH..
Sabar juga senjata orang mukmin dan para NABI..
Salam kaseh sayang dengan penuh kesabaran.. 










Tiada ulasan: