Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Jumaat, 29 Mac 2013

Hot kah?!

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni nak share sikit.. Pendapat aku la kan.. 10 Ciri-Ciri Lelaki Hot Bagi Aku..
Ramai ingat aku nak cari lelaki yang macam aku senarai kan ni tapi sebenarnya tak.. Kalau dapat pun bagus jugak kan.. Hahahahaha!~ Jom kita semak yok.. hik! Enjoy!

1.  Lelaki yang pandai masak..
Bayangkan lepas kahwin, balik kerja tiba-tiba ada surprise dinner dekat rumah dan masakan itu dimasak dengan sempurna oleh sang suami.. Hot kan?!

2.  Lelaki yang sayang kanak-kanak..
Dalam sebuah shoping complex, ada seorang lelaki mendukung seorang kanak-kanak sedang memilih barang mainan untuk dibeli.. Hot tak?!

3.  Lelaki yang lucu..
Senang cerita lelaki yang kelakarlah..

4.  Lelaki yang lembut tapi tak lembik..
Tutur katanya lembut yang boleh menenangkan wanita bila resah dan takut.. Mungkin macam Ashraf Muslim dalam cerita 'Aku Masih Dara' tu kot..

5.  Lelaki yang susah nak marah..
Hot ni bukan panas baran ye.. Perempuan tak suka lelaki yang panas baran.. Take Note keyh..

6.  Lelaki yang lasak tapi kemas..
Pandai bertukang, repair kereta, sapu sampah, bakar ayam BBQ, pasang langsir, format komputer tapi bajunya bergosok dan gosok gigi, wangi-wangi bila nak keluar dengan awek dia..

7.  Lelaki yang romantik tapi berbatas..
Bagi aku, lelaki yang romantik lelaki yang jiwa nya lembut akan buat wanita dekat luar sana suka dengan cara dia yang tersendiri.. Ek?! Bagi aku la kan..

8.  Lelaki yang menangis tapi bukan sebab cinta..
Menangis sebab tengok kesengsaraan orang lain, okeyh.. Menangis lepas tengok filem sedih, okeyh.. Menangis sebab awek mintak putus, tak okeyh!

9.  Lelaki yang berkeyakinan tinggi..
Bayangkan, semua kawan dia sedang buat satu benda yang sama, tapi dia cakap nak buat benda lain..
Dan dia akan lebih hot kalau kawan-kawan dia sama-sama join dia lepas tuh..

10.  Lelaki yang mampu merendahkan ego..
Sanggup berlembut atau mengalah demi seseorang yang dia sayang..

Okeyh, itu je buat masa ni.. Nanti kalau ada lagi, aku update kemudian.. Hehehehe!






Rabu, 27 Mac 2013

Aku Mahu..

Assalamualaikum w.b.t, 

Aku mahu seorang lelaki yang bergelar suami.. Yang boleh berkongsi citarasa walaupun berbeza hobi.. 
Lelaki yang boleh aku rujuk bila bercakap tentang lagu atau drama TV.. Janji aku dan dia dapat bercakap topik yang selari.. 

Aku mahu lelaki yang nampak muda walaupun sudah berusia.. Aku mahu lelaki yang nampak smart dalam berkasual dan berkemeja.. Lelaki yang pakai jeans dan t-shirt tetap nampak bergaya..

Aku mahu lelaki yang boleh beri aku nasihat dan ingat kan aku setiap hari.. Dan dia turut bercerita tentang apa sahaja pada malam hari.. Cerita dongeng tentang kami.. Cerita yang boleh buat aku termimpi-mimpi..

Aku mahu lelaki yang mengaku aku kekasihnya walaupun digilai ramai perempuan diluar sana.. Lelaki yang tidak berdusta dalam cinta.. Bila ada perempuan yang datang meminta nombor telefon dia, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar aku dengan penuh bangga.. 

Aku mahu lelaki yang boleh buat jantung aku berdegup laju.. Lelaki yang boleh buat aku tulis banyak entry cinta dan rindu.. Lelaki yang buat aku rasa dihargai setiap waktu..

Aku mahu lelaki yang comel di mata.. Lelaki yang menjaga penampilan setiap masa.. Lelaki yang perlukan aku dan aku perlukan dia.. Lelaki yang aku puja, suka dan cinta..

Aku cuma perempuan biasa yang sedang belajar membina hidup untuk berkeluarga.. 
Aku cuma mahu anak aku nanti comel macam papa dia.. ;) 


This love is difficult, But it's real.. 




Selasa, 26 Mac 2013

Tika dan Saat ini..

Assalamualaikum w.b.t, 

Hari ni aku tak tau nak type ape tapi yang pasti aku tak de keje sekarang ni kan.. 
So, aku melalut ikut suke hati aku.. 

Perasaan tika dan saat ini 
Seakan keliru 
Seakan bermimpi disiang hari
Membuatkan diri bercelaru

Orang yang kenal aku mungkin akan perasan 
Riak wajah dan muka aku saat ini
Macam macam yang aku fikir kan
Hanya mampu senyum dihadapan semua orang walau hati ini disakiti

Bukan orang atau sesiapa pun yang menyakiti
Tetapi diri ini seakan keliru
Apa sahaja yang datang aku terima walau hakikatnya diri ini seakan terjatuh tanpa ku sedari
Mengapa semua ini terjadi dengan tiba tiba tanpa ku seru

Tak pernah aku fikir kan semua ini jadi
Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu perasaan aku saat ini
Aku hanya berserah, redha dan ikhlas kan hati
Aku terima apa sahaja yang bakal jadi


Ku titipkan doa untuk diri ini
Semoga diberi kekuatan mengharungi jalan di dunia ini
Diberi kesempatan di jiwa dan sanubari










Jumaat, 22 Mac 2013

Keikhlasan..

Assalamualaikum w.b.t, 

Janganlah sedihkan siang mu
Kerana penolakan orang lain
Kerana itu pasti untuk menunda mu
Bagi penerimaan yang lebih baik..

Peliharalah kesabaranmu..

Janganlah kau gelisahkan malam mu
Kerana keburukan perlakuan orang lain
Kerana itu pasti untuk mendekatan mu
Dengan orang-orang yang lebih tulus..

Perbesarkanlah keikhlasanmu..

Sesungguhnya, 
Engkau sedang menuju
Kehidupan yang lebih baik.. 




Isnin, 18 Mac 2013

Seharum Melati..

Assalamualaikum w.b.t, 

Mengapa Seharum Melati?!

Bunga Melati itu putih warnanya dan harum baunya.. Putih itu suci dan bersih.. 
Bila keadaannya suci dan bersih maka lahirlah keharuman, Seperti Bunga Melati..

Betapa indahnya ciptaan Allah s.w.t itu.. Bunga Melati hanya bunga kampung biasa, tidak ada yang luar biasa pada Bunga Melati, Bunga Melati bukanlah menjadi pilihan utama untuk menghiasi halaman rumah.. 

Melati, warnamu putih baumu harum.. Walaupun di tiup angin, di simbahi hujan, di basahi embun warnamu tetap juga putih dan baumu tetap juga wangi.. Tidak terjejas sedikit pun warnamu ataupun baumu, zaman berzaman kau tetap sama..

Melati.. Bisakah aku sepertimu?! Tetap utuh, tetap teguh, tetap kukuh, tetap sahaja walau ditelan zaman.. 
Bisakah aku?! Bisakah aku tetap harum mekar sepertimu?! Tetap mewangi sepanjang usia, walau di basahi hujan, walau di tiup angin, kau tetap sama.. Aku tak bisa seperti mu Melati.. 


Berikanlah..

Assalamualaikum w.b.t, 

"Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesengan, balasan kesedihan sebagai hal yang mengembirakan, dan hilangkan perasaan takut ini kepada ketenteraman."

"Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan keimanan."

"Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.. Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata."

"Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMU, bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMU, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMU."

"Ya Allah, lenyapkan segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur.. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran.. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMU.."


Tempat cinta itu ada dalam hati.. Alasan kita mencintai adalah hati, Bukannya wajah, Tangan ataupun Kaki.. 








Luahkanlah.. ^_^

Assalamualaikum w.b.t, 

Entah kenapa, aku suka buat entry jiwang dalam cara sarkastik.  Aku suka cara tu.  Sampaikan satu tahap, aku sedar aku dah tinggalkan cara-cara lama bila aku sampaikan entry jiwang macam dulu-dulu.

Entah kenapa juga, rasa seronok pulak bila baca entry cinta lama yang tak kesampaian.. Walaupun mendidih lagi rasa benci, tapi aku perlu berterima kasih dengan perkara yang lepas sebab menjadikan aku macam hari ini.. Semua yang silap dalam kisah yang dulu, cuba aku betulkan dalam kisah yang baru..

Jujur, aku mengaku, aku menderita sangat bila cinta yang terakhir tu putus di tengah jalan.. Semua impian, kekecewaan, tangisan dan halangan yang aku harungi langsung tak dihargai oleh seseorang bernama lelaki.. Tapi Allah itu sentiasa ada.. Satu nikmat ditarik, nikmat lain dikurniakan..


Sayangilah seseorang selagi dia ada.. Luahkan sayang sementara dia masih boleh mendengar.. Kita yang mengawal hidup kita.. Lakukan sebelum dia, atau kita, yang terlebih dahulu menutup mata.. 

Isnin, 11 Mac 2013

;')

Assalamualaikum w.b.t, 

Pura-pura tidak peduli, 
Namun dalam diam masih sering memerhati..
Pura-pura tidak ambil tahu, 
Namun sebenarnya masih sangat peduli..
Pura-pura terlihat kuat, 
Namun sebenarnya hati sangat rapuh, 
Pura-pura terlihat rela, 
Namun sebenarnya masih menyimpan rasa..
Pura-pura terlihat bahagia, 
Namun sebenarnya hati sedang terluka.. 

Adakah anda sedang berpura-pura?!~