Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Rabu, 29 Februari 2012

World, i smile to you.. ^______________^

Assalamualaikum w.b.t,


Bagaikan permata
Di celahan kaca
Kerdipnya sukar untuk dibezakan
Kepadamu tuhan
Ku pasrah harapan 
Moga tidak tersalah 
Pilihan..
- Smile, to the world.. And say, Everything just fine.. ;)) -


Akan layukah Cinta tersemai..
Akan kaburkah harapan terbelai
Setelah persinggahan rindu yang terlerai
Semakin jauh untuk digapai..


- Mengertilah akan isi hatiku.. -

~ Erti cinta, kasih sayang itu terlalu bermakna dan ianya memerlukan pengorbanan.. ~

Jumaat, 24 Februari 2012

Hope!

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat datang pagi
Lihatlah pada siang ini
Kerana itulah kehidupan, hidupnya kehidupan
Pada masa singkat itulah
Kau menemui berbagai hakikat keberadaanmu
Itulah saat meraih nikmat
Saat meraih cahaya kemenangan
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
Sedang esok hanyalah fantasi
Tetapi hari yang sedang kau jalani sekarang ini
Akan menjadi kelmarin
Sebuah mimpi yang indah
Dan esok adalah wujudnya harapan
Berbuat baiklah!
Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini
Inilah erti perhormatan untuk hari ini..

~ Izinkan daku menyintai dirimu hingga nafas terakhirku.. ~

Bolehkah aku cemburu?! Walau kau bukan milikku, tapi rasa cemburu itu ada.. ;((

Khamis, 23 Februari 2012

Nikmat!

Assalamualaikum w.b.t,

Terkadang Allah memberikan nikmatNya
Berupa dugaan meskipun berat terasa
Dan terkadang juga Allah menguji sebahagian orang
Dengan memberikan nikmatNya..

Semoga segala kejadian
Mampu membuat diriku semakin matang
Dan memberikan pengalaman berharga untukku..

~ Jadilah pemberi, jangan jadi peminta.. Nikmatilah apa yang anda miliki saat ini.. Kerana boleh jadi cubaan adalah anugerah.. ~

Rabu, 22 Februari 2012

Sedih..

Aku sedih sangat.. Memang betul.. Tak ade sesiapa pun yang paham perasaan aku saat ini.. Aku memang Manusia PELIK.. hurmm.. Sedih sangattttttt.. Arghhhhhhhhhhhhhhhhh..

Aku nak jerit kuat-kuat.........................

Selasa, 21 Februari 2012

hancur..

Assalamualaikum w.b.t,


Ada orang tanya, maksud crush tu apa.. Aku tak reti nak terangkan macam mana.. Ketawa.. Jadi aku buat macam biasa.. Macam tiada apa-apa.. Sehinggalah aku cari maksud crush itu untuk mendapatkan jawapan yang sebenarnya.. Cuba buka Google Translate kalau tak percaya..


Menghancurkan..


Ada juga hati tertanya kenapa maksudnya 'menghancurkan' sedangkan perasaan yang ada cuma minat dan suka pada seseorang.. Bukankah rasa suka itu rasa yang menggembirakan.. Tapi kenapa 'menghancurkan'??


Aku rasa, yang hancur itu hati.. Crush berlaku bila seseorang sukakan yang seorang lagi.. Tapi sebenarnya hati orang yang suka itu hancur kerana yang seorang lagi tidak sukakannya kembali..


Aku mengaku, banyak kali aku 'suka' lelaki yang tak dikenali di tempat dan masa yang tak diduga.. Dan aku rasa, kita semua pernah rasa perasaan yang sama.. Mungkin crush dan manusia memang tak dapat dipisahkan agaknya..


Hati merindu 
Tapi tak bisa diucap..
Hati menangis 
Tapi tak bisa dititis..
Hati terluka 
Tapi tak bisa dirawat..
~ Kebelakangan ini aku tepu sampai blog ini hilang merdu hampir berdebu.. ~

Isnin, 20 Februari 2012

Terima Kasih Sahabat..

Assalamualaikum w.b.t,


Dia kawan yang hebat.. Dia kawan yang memberi oksigen bila aku penat.. Dia buat aku rasa sihat di saat aku tenat.. Dia sumber inspirasi bila aku rasa aku tidak kuat.. Dia kawan yang tidak pernah kenal erti penat, walaupun dia sebenarnya tidak cukup rehat.. Terima Kasih Sahabat.. 


You can't always protect your heart, Sometimes the only way to be safe is to open it.. 

~ Biarlah guruh kilat tidak berhenti, pasti matahari akan keluar juga nanti.. ;)) ~ 

saya rindu awak sebagai kawan macam dulu-dulu.. sungguh tak tipu..

Thanks for Reading This Entry..

Jumaat, 17 Februari 2012

Syhhhh..

Assalamualaikum w.b.t,


Sedarkan aku kiranya salah,
Tegurkan aku andai diri ini bermasalah,
Kerana aku hanya insan lemah,
Takkan tersedar jika tidak diendah.. 


The prettiest smiles hide the deepest secrets.. The prettiest eyes have cried the most tears and the kindest hearts have felt the most pain.. 

~ The first to apologize is the bravest.. The first to forgive is the strongest.. And the first to forget is the happiest.. ~ 


Thanks For Reading This Entry.. 

Rabu, 15 Februari 2012

Learn..

Assalamualaikum w.b.t,


Diam,
Terfikir apa yang akan jadi
Pabila diri ini 
Terlalu ikutkan hati
Risau nanti merana diri


Pendam,
Hanya mahu diri ini
Ditemani


Risau,
Baru aku sedar
Atas pertolongan dan nasihat yang tidak pernah pudar
Untuk aku menilai yang mana satu intan, berlian atau kaca yang memberi sinar
Aku masih tidak faham apakah itu benar


Detik Waktu,
Derita juga bukan dicari
Hargailah kebahagiaan yang hadir walaupun hanya untuk seketika dan bukan dikala sepi


- Sometime, we got to learn to protect our happiness than placing hopes in relationship.. -

~ I don't have time to hate people who hate me, I'm too busy loving the people who love me.. ~

Selasa, 14 Februari 2012

Always..

Assalamualaikum w.b.t,

Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Senang sekali kau ada
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Hanya kekosongan yang ada
Harus kah aku kejam demi rasa

Ku sedari keras waktuku padamu
Mungkin ku salah menyakitimu
Atau mungkin pernah ku menduakanmu
Memang ku kurang menghargaimu

Dan kini lantang hati bicara
Takkan pernah ku buat kau kecewa

Kau buat hatiku bicara
Dan kau buat hatiku terus berkata

Kau fahami semua caraku padamu
Susah percaya dan terus mengganggu
Fikiranmu yang tidak lagi fikirkanku
Ku tak percaya kau telah begitu
Dan telahku pastikan semuanya keranaku

Aku akan senantiasa berpegang pada pesanan
Tiap kali melangkah biar jelas arah dan tujuan
Oleh bimbingan dan dorongan yang kau berikan
Ku tiba jua di garisan kemenangan

Masih terdengar-dengar pesananmu disaat ini
Bila di puncak nanti usah lupakan rumput di bumi

Kata Mu hidup ini bagai roda terus berputaran
Yang disayangi bukan milik kekal sekadar pinjaman

Maafkanlah aku melukis luka
Membuatmu bersedih mengundang air mata

Indah hari bersamamu
Menempuh semua hariku
Kau selalu dihatiku
Kau selalu disisiku

Bila bersamamu
Ku rasa dunia yang baru
Diriku tersenyum selalu
Bila engkau sentiasa disisiku
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu


As we go on we remember
All times we had together
And as our lives change come whatever
We still be friends forever

~ All of our memories always playing in my mind like a film without sound.. ~

Feelings..

Assalamualaikum w.b.t,


Apa itu romantik?!
Ada orang cakap romantik itu jiwang.. Yeke?!
Aku rasa tak..
Jiwang itu lain..
Romantik itu lain..
Tak sama..
Macam comel & lawa la..
Comel itu lain..
Lawa itu lain..
Itu pendapat aku la..
Aku tak tahu orang fikir cam mane..
Aku nak tanye pembaca lelaki la kan..
Romantik kah anda?!
Kalau tak tahu jawapan itu cuba korang fikir benda ni..
Apa perkara paling romantik korang pernah buat dekat awek korang?!
Tak kan tak de kot kan..
Mesti ada punya..
Melainkan korang tak pernah couple..
Aku nak tanya pembaca wanita jugak..
Apa benda yang paling romantik pakwe korang pernag buat?!
Adakah beri bunga itu romantik?!
Adakah beri hadiah itu romantik?!
Adakah pegang tangan itu romantik?!
Rungsing Medula Oblongata aku fikir benda  ni..


ROMANTIK KAH AKU?!




~ Feeling Change Memories Don't.. ~

Isnin, 13 Februari 2012

Memiliki..

Assalamualaikum w.b.t,

Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.. Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya.. Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu.. Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu.. Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu.. Yang indah hanya sementara.. Yang abadi adalah kenangan.. Yang ikhlas hanya dari hati.. Yang tulus hanya dari sanubari.. Tidak mudah mencari yang hilang.. Tidak mudah mengejar impian.. Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada.. Kerana walaupun digenggam terlepas jua.. Ingatlah kata pepatah.. : "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.." Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif.. Hidup bagaikan mimpi, seindah apa pun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas.. Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki.. Apalagi yang mahu diperebutkan.. Apalagi yang mahu disombongkan.. Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani.. Jangan terlalu berhitung.. Jangan hanya mampu menang sendiri.. Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita.. Belajarlah tiada hari tanpa kasih.. Selalu berlapang dada dan mengalah.. Hidup sentiasa ceria dan bebas.. Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan.. Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan.. Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan.. 


~ Cinta, kasih sayang, & terpesona dengan sesuatu yang indah & memiliki keserasian bukan perkara yang cela serta tak perlu dibuang.. Tetapi cinta yang melewati batas pesona dan cinta akan menguasai akal dan menghanyutkan pemiliknya kepada perkara yang tidak sesuai dengan hikmahnya yang sebenar.. Inilah yang mengundang cela.. ~

Jumaat, 10 Februari 2012

Rainbow after Rain..

Assalamualaikum w.b.t,


Seronok rasanya menjadi orang yang suka melihat orang mundar-mandir.. Melihat pasangan bercinta mengundang senyuman dibibir.. Sekurang-kurangnya rindu pada keluarga terubat dengan seseorang yang boleh membantu bila dalam keadaan getir.. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh mendorong bila ada masalah yang hadir.. Itu takdir.. Takdir pula terlalu rumit untuk difkir..


Ada orang bertanya, aku bila lagi..
Nanti nanti nanti.. 
Itu sahaja jawapan yang mampu diberi..


Memang.. Memang aku bosan hidup sendirian.. Walaupun ada orang cakap, kita takkan bosan bila ada kawan-kawan.. Tapi bila seorang demi seorang kawan-kawan itu berpasangan, kita juga yang rasa ketinggalan.. Apa yang mampu sekarang cuma berserah pada Tuhan.. Jodoh, ajal dan pertemuan bukan kita yang tentukan.. Yang pasti sentiasa percaya pada kemungkinan..


Semakin hari semakin tinggi tembok yang terbina di sekeliling hati.. Semakin tinggi tembok bermakna semakin kuat kesan hentaman bila terjatuh nanti.. Tapi jatuh sekali lebih baik daripada terjatuh dan terjatuh lagi.. 
Jatuh sekali, bangkit dua kali..


Ada juga orang bertanya, tidakkah berasa malu berstatus single lama-lama..
Soalan yang mengundang tawa..


Single bukan status semata-mata.. Kita tidak dapat halang orang berfikir bahawa orang single ini tiada insan istimewa.. Tapi dari sudut orang yang merasa, orang single adalah orang yang mampu melayari hidup dan menggembirakan dirinya sendiri tanpa bergantung harap pada sesiapa.. Ini apa yang aku kata..


Orang kekurangan memang pandai mencari alasan.. Orang kekurangan memang mahu menutup kelemahan.. Mesti akan ada kata-kata nista sedemikian.. Mungkin nanti bila kau sendirian, bila nanti hubungan kau putus di tengah jalan, bila kau rasa serik dipermainkan, bila tiada lagi perempuan untuk kau jadikan permainan, kau akan faham apa yang aku cuba sampaikan..


Hargai apa yang ada sekarang..
Kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.. 

Rainbow After Rain - You must cry before you can smile.. -

~ Nevermind, I don't forgive people because I'm weak.. But I forgive them because I'm strong enough to understand that people make mistakes.. ~


P/S : This entry doesn't mean anything to me.. I just wrote what was on my mind.. 

Kita masih..

Assalamualaikum w.b.t,


Bilakah kali terakhir anda bersyukur?! Tadi?! Semalam?! Minggu lepas?! Tak tahulah kenapa manusia susah sangat nak bersyukur.. Aku pun tergolong dalam golongan ini.. Kalau dah dapat something kita still nak yang lebih dari itu.. So untuk renungan bersama, marilah kita luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan mengapa kita harus bersyukur..


1.  Kita tidak perlu bayar untuk bernafas dan sihat tubuh badan.. Semuanya PERCUMA..
2.  Kita masih mampu mencium bau makanan yang sedap-sedap, melihat warna-warni alam, mendengar muzik sekuat hati dan bergosip sepuas-puasnya..
3.  Kita menangis apabila melihat kejadian yang mengharukan walaupun tiada kena mengena dengan kita..
4.  Kalau rasa nak tengok filem yang best, just pergi ke pawagam.. Kalau rasa nak tengok konsert artis kesukaan kita, just pergi beli tiket..
5.  Kalau rasa nak makan makanan Jepun, Cina, Italy, Indonesia, India atau apa sahaja just pergi sahaja ke restoran yang terdekat..
6.  Hidup kita bertambah mudah dengan teknologi canggih yang kita gunakan..
7.  Berkesempatan melihat dunia lain atau melancong ke negeri orang.. Bukan semua orang dapat merasainya..
8.  Tak kira se'pokai' mana pun kita, kita masih ada makanan untuk dimakan..
9.  Kita masih mampu membeli hadiah untuk girlfriend, boyfriend, member dan keluarga..
10.  Tiada orang yang boleh menyerupai kita didunia ini.. Jika kembar sekalipun pasti ada bezanya.. So, bersyukurlah kita dilahirkan unik dan tiada duanya..
11.  Mempunyai kawan untuk di ajak berjalan-jalan di hari minggu.. Mempunyai kawan untuk di ajak makan bersama.. Mempunyai kawan untuk di ajak bersembang dalam telefon ketika bosan..
12.  Kita boleh membaca dan bayangkan berapa banyak ilmu yang kita dapat dari membaca..
13.  Apabila bosan kita mempunyai lagu-lagu indah untuk menemani kita.. Cuma PLAY dan DENGAR..
14.  Kita masih mampu ketawa terguling-guling menonton filem komedi..
15.  Kita hidup di negara bebas perang..
16.  Kita tidak perlu tidur malam dengan beralaskan bumi dan berlangitkan bintang..
17.  Kita bebas memakai apa saja pakaian yang kita inginkan mengikut citarasa dan keinginan kita..
18.  Kita mempunyai bakat tertentu.. Bersyukurlah kerana bukan semua orang mampu melakukannya..
19.  Kita bebas memilih apa yang kita inginkan dalam hidup..
20.  Kita mampu membuat orang lain ketawa.. Rasanya tidak ada rasa yang lebih baik dari itu..
21.  Kita masih ada tempat untuk mengadu masalah dan kesedihan yang melanda..
22.  Setiap kali kita melakukan kesalahan pasti akan ada yang sedia untuk membetulkannya kerana sayangkan kita..
23.  Kita masih mempunyai keluarga dan bukannya anak buangan yang terbiar tanpa arah tuju..
24.  Kita berkesempatan untuk bersekolah dan melanjutkan pelajaran.. Walaupun penat mengulangkaji pelajaran dan menghadapi peperiksaan, sesungguhnya ramai orang di luar sana yang mengimpikan untuk berada di tempat kita ketika ini..
25.  Kita masih hidup sehingga ke hari ini.. Alasan ini cukup kuat untuk kita bersyukur.. 

 When you're young, everything feels like the end of the world.. But it's not.. 
It's just the Beginning.. 

~ Life is a flower and love is the honey.. ~

I wish.. Make it so beautiful..

Assalamualaikum w.b.t,


Waiting for YOU - But you will never come.. -

The More I Try To Erase You - It makes me love you more.. -

It's Not TOo Easy - Even Google can't solve it.. -

Life Is Not Easy - We need to survive in our own life.. - 

Always Be Yourself - Follow your heart, not her.. -

~ Do not look back and grieve over the post, for it is gone.. Live in the present,
and make it so beautiful that it will be worth looking back at.. ~

Life is..

Assalamualaikum w.b.t,


Today,  I look at myself in the mirror.. I don't know who I see in there.. Is it the person I want to be?!
Or the person people want me to be?!


Someone told to me, I've changed too much.. Sorry dear.. But the truth is, I grew up.. I stopped letting people
push me around all the time.. I've learned that you can't always be happy.. I accepted reality, even it is painful..


Everyday, I learn how to love the fool in me.. The girl who feels too much, talks too much, takes too much chances, wins sometimes and loses often, lacks self control, hurts and gets hurts, loves and hates, hates to love and loves to hate, promises and breaks promises, laughs and cries.. 


Along the journey of my life, I still thinking the same thing.. Sometimes, you just want to put other people's happiness before yours.. Because you love them.. Because they deserve it.. Sometimes, you want to go out of your way for other people, just because you know it's important that they get a chance to smile once in a while.. 


We Protect Each other - You are not alone.. -


~ Someday I will find someone who is right for me.. ~

Khamis, 9 Februari 2012

Yang sebenarnya..

Assalamualaikum w.b.t,


Selama ini hati dan akal sentiasa berfikir satu hubungan cinta yang sempurna bermaksud dua insan berkongsi rasa yang sama.. Sesekali terlintas mungkin mereka bercinta kerana saling terpesona.. Bukan kerana rupa atau harta, tapi mungkin kerana budi pekerti dan ketaatan pada agama.. Cinta juga mungkin ada bila salah seorangnya sanggup bersusah supaya yang seorang lagi gembira dan begitu juga sebaliknya..


Jika ditanya kepada berpuluh-puluh manusia maka akan ada berpuluh-puluh jawapan yang berbeza tentang cinta 
yang sempurna.. Pasti juga akan ada yang tidak percaya..


Cinta sempurna terjadi bila sepasang kekasih tidak putus asa sesama mereka.. Bila yang seorang merasakan hubungan mereka hampir ke penghujung, yang seorang lagi akan berusaha gigih mengekalkan hubungan yang ada.. Dan yang seorang tadi akan semakin cinta bila dia nampak pengorbanan yang dilakukan oleh kekasihnya..


Pernah aku mengharapkan cinta sempurna daripada seseorang pada satu masa dulu.. Dan pada masa itu ada seseorang mengharapkan cinta sempurna daripada aku.. Dan di penghujungnya, hanya jalan buntu.. Aku gagal mendapatkan walaupun salah satu dari itu..


Aku masih gagal mencari erti cinta sempurna yang sebenarnya.. Mungkin memang tiada.. Bila terdetik sedemikian rupa, akan ada suara-suara ghaib menghalang diri ini dari berputus asa..






~ Jangan menyerah supaya cinta sempurna itu kekal sebagai satu anugerah.. ~

Kurniaan dari-NYA..

Assalamualaikum w.b.t,


Punggung dilabuhkan di sebuah kerusi di sebuah kedai makan..  Suasana agak bising bila bertemankan beberapa
orang rakan..  Ditambah pula keadaan kedai makan yang sememangnya menjadi tumpuan tidak kira lelaki mahupun perempuan.. Tapi dalam keramaian, hati tetap merasa kekosongan..


Di meja sebelah, sepasang kekasih sedang makan berkongsi makanan dalam satu pinggan.. Masing-masing
makan dengan penuh adab sopan.. Satu benda yang tidak dapat dilihat kalau mereka makan dengan kawan-kawan.. 


Tidak jauh dari situ, sepasang kekasih sedang duduk di sebuah kerusi batu, di tepi sebatang jalan.. Sesekali 
terdengar suara mereka ketawa keceriaan.. Romantik sungguh dapat meluangkan masa dengan orang tersayang disaksikan cahaya bulan..


Akhirnya sampai hidangan yang dipesan.. Masih panas, berasap sampai berhaba pinggan.. Hidangan itu dibiarkan.. Nanti bila sudah bersedia baru disuap dan ditelan..


Begitulah juga hati yang kesedihan.. Bila tiba masanya pasti ada yang mengisi ruang kosong yang ditinggalkan.. Apa yang penting, tunggu dengan penuh kesabaran.. Kerana masa yang akan menentukan..




Cinta mengajar aku, perkataan "MAAF" tidak menjanjikan dua hati akan bersatu kembali.. Dan semudah janji diungkap, memungkiri lebih mudah daripada mengotakannya.. Terima Kasih Cinta untuk segalanya.. 


~ Tuhan pasti kurniakan kita cinta kerana kita semua berhak bahagia.. ;))..  ~

Di saat itu..

Assalamualaikum w.b.t,


Kalau rindu jangan biarkan..
Kalau suka cepat luahkan..
Kalau benci cakap depan-depan..
Sudah banyak hati terluka sebab rasa yang tak terluahkan..
Jangan sampai rasa itu diucap semasa hari kematian..


Di saat kita ketawa ada yang berduka.. Hargai seseorang semasa dia ada..


Kau, aku, kita, dia, semua sama..
Kita semua, tak kira siapa, bernafas dalam ego sendiri..






~ Jangan kita terlalu pandai menghakimi.. Nilai dulu diri kita sendiri.. ~

Rabu, 8 Februari 2012

Sekadar Mimpi..

Assalamualaikum w.b.t,


Perkara pertama di fikiran selepas mata dibuka setiap pagi adalah dia.. Maka tidak hairan nama dia ada disebut setiap kali berdoa.. Aku yakin setiap pagi dia langsung tidak terfikirkan aku.. Cuma aku yang sibuk menjaga tepi kain dia untuk mengambil tahu apa yang berlaku.. Apa dia buat, mana dia pergi, siapa kawan dia, semua aku tengok satu per satu.. Dan aku tahu dia tidak tahu.. 


Dia langsung tidak tahu bila aku melihat pasangan bercinta, aku terbayangkan aku dan dia.. Dia tidak tahu bila aku dengar lagu cinta, aku harap dia mendengar sama.. Kalau aku menyanyi lagu semasa dalam kereta, aku menyanyi sepenuh hati seolah-olah lagu itu didedikasikan untuk dia..


Tapi aku cuma mampu menikmati cinta padanya dalam sisi gelap.. Cinta aku malap.. Aku berjaya mengajar hati ini dari mudah tersentap.. 


Mungkin betul kalau aku kata perasaan rindu padanya yang membuat aku kuat meneruskan kehidupan seharian.. Mungkin sampai bila-bila dia cuma sekadar pujaan..


Jangan tanya siapa dia itu.. Jawapannya aku sendiri pun tak tahu.. Aku hanya menanti dan menunggu..


Namun jika dia cuma hadir dalam mimpi, 
aku rela tidur sepanjang hari.. 
Mendambar dirimu hanyalah satu ilusi.. 
Yang aku sendiri pun tidak pasti.. 






~ Kita hidup di zaman persaingan drama dan yang untung sebenarnya kita.. ;)) ~

dan kerana itu..

Assalamualaikum w.b.t, 






Mata dipejam..
Hati tolong jangan terlalu kejam..
Memang dulu hitam..
Tapi tolong buka sedikit supaya orang mudah faham..


Jauh minda melayang..
Kepahitan lampau kembali pulang..
Rasa yang tidak datang..
Rasa yang mungkin hilang..


Masa..
Itu yang diminta..
Itu sahaja..
Beri sedikit masa untuk pintu hati terbuka..
Kalau benar cinta pasti ia akan tiba..
Angguk kepala.. Percaya..


Hati pernah dipaksa menerima cinta..
Kesudahannya berkubur dipusara..
Maka benarlah seperti dikata..
Manusia kena salah untuk tahu yang sebetulnya..


Dan sebab itu tuhan cipta kegagalan..
Supaya kita belajar dari kesilapan..
Supaya kita menghormati pengalaman..
Supaya kita lebih menghargai di masa depan..


Perasaan ini seperti telah pun mati,
hanya jasad aku berdiri sendiri.. 


~ Kurangkan bernafas dalam ego untuk dengar bila hati bersuara.. ~

Wordless Wednesday!!~ ;))

Assalamualaikum w.b.t,



Let me tell you that I Love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I Miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you


Mata tertutp rapat, telinga mengamati setiap bait-bait ayat & satu per satu perkataan diamati..
Fokus pada lirik yang ditulis terperinci..
Ayat diatas adalah petikan sebuah lagu..

Terima kasih lagu kerana selalu ada bersama saat semua orang tiada.. ^____^

~ Cuma kawan sejati dapat membezakan senyuman ini palsu atau asli.. ~