Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Selasa, 29 November 2011

OMbAk RiNdU..

Assalamualaikum w.t.b,

Hye there!!~ Just nak share Lirik Lagu Ombak Rindu Nyanyian Hafiz & Adira..
Aku suke sangat lirik die ni & FYI lagu blog aku ni pun lagu mereka.. ^_^ 
Tak sabar nak tengok cerite ni tapi aku xtau nk pergi dengan siape.. Hurmm.. Ada orang nak teman aku tak??
teehee.. Nak teman sile bagitahu ye.. Thanks a lot.. ^_^

Jom share Lirik die.. Nyanyi same-same yek.. teehee.. (^_~)


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Thanks For Reading This Entry..

Saje-Saje Nak Cerite.. ^_^

Assalamualaikum w.t.b,


Hye there!!~ Since dah lame tak update bolg kan.. Just nk share.. Aku masak dekat rumah family aku la kan.. Sebab kalau dekat rumah sewa, sememang nye aku M.A.L.A.S.. okeyh?! hahahaha..
MALAS tuh sebab TERlalu banyak sangat barang tak ade dekat rumah tuh untuk aku MASAK.. So, bile aku dekat rumah family aku, aku jela jadi TUKANG MASAK untuk family TERCINTA.. Aku memang suke masak, so, layankan jek ape yang mereka-mereka ini nak makan.. Okeyh, untuk menu Sabtu aku masak Ikan Siakap Sweet Sour, Sayur Kailan Ikan Masin & Ice Lemon Tea.. Semua itu adalah hasil kerja keras aku, masak sorang-sorang.. Haruslah percaye.. hahahahaha!!~ 
Okeyh Untuk Ahad punye Menu, aku just masak simple-simple jek.. Kuey Tieow Kung fu untuk tengah hari & Malam tuh just masak OBLONG burger.. aku ade letak gambar kat bawah ni.. Tapi bukan semua la kan.. huhuhuhuhu.. Untuk Menu Isnin, Aku masak Daging Black Pepper, Sambal Udang Petai, Sup Sayur & Telor Dadar.. Kelas kan.. Hahahahaha!!~ Okeyh, aku cuti time tuh je.. So, aku pun dah masuk kerja hari ni, Al-maklum lah, kalau dekat rumah sewe, aku memang TAK MASAK.. hahahahaha.. Just nak cerite tuh je..
Aku cerite pasal masak-masak semua ni pun sebab ade la budak office aku ni suruh aku tunjuk gambar-gambar yang aku masak dekat rumah & die suruh aku masak untuk die kan.. Tapi sorry la dear.. Kalau aku bawak untuk ko pun confirm dah basi kan.. hahahahaha.. Okeyh la, tu je.. Jom tengok gambar.. 




Thanks For Reading This Entry..

Khamis, 24 November 2011

7 cara untuk gembira.. ^_^

Assalamualaikum w.t.b, 

Forget all the pass.. Make a new life n always smile even ur heart suffer..  =)

Bagaimana hendak menikmati keseronokan dalam hidup? Agar sentiasa ceria dan dikagumi? Begitulah antara persoalan yang kerap saya terima melalui DR-Apa-apa Aje! Lantas saya terfikir, bukan semua orang sentiasa `happy go lucky`atau melalui hariharinya penuh bermakna. Problem, tension dan keliru, ada kalanya menjadi penyebab golongan remaja menjadi semakin `nakal` dan cuba membuat sesuatu luar dari batas jangkaan. Pada peringkat usia begini mereka suka `memberontak`demi mencari perhatian. Dan ada yang lebih nekad, melepaskan tekanan dan mencari kebebasan cara tersendiri. Pasti kamu semua faham apa yang saya maksudkan?


Bagi mencari keceriaan dalam hidup, saya rangkumkan tujuh peraturan basic untu kamu amalkan. Sesuatu yang ringkas dan sedarhana tapi insyallah berkesan...

Pertama, jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos maupun guru dan pensyarah. Perasan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kamu. Benci itu ibarat `api dalam sekam,` yang akan membangkitkan dendam dan seterusanya satu pergaduhan.

Kedua, jangan bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian.. Dont worry be happy!

Ketiga, hidup secara sedarhana adalah tuntutan agama kita. Kesedarhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekuang-kurangnnya kamu mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sedarhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengara di serata dunia.

Keempat, jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi miliki kamu.

Kelima, banyakan memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihat ke jalan Allah.

Keenam, sentiasa tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekat menurut kata pujangga. Dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membautkan wajah anda nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkpakan penampilan anda dengan senyuman…


Ketujuh, perlu ada kawan rapat seperti saya. Ooop maksudnya, bukan saya tapi REMAJA! Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan… Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kamu berduka, memapah tanganmu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu mengirimkan sms bertanya kabar dan menghabiskan hujung minggu bersamasama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang diketogerikan sebagai `good friend`.



Thanks For Reading This Entry.. 

Khamis, 17 November 2011

RAHSIA KEPERIBADIAN WANITA MELALUI CARA BERJALAN..

Assalamualaikum w.t.b,

Just Share.. (^_^)

1. kalau berjalan, dari belakang macam kaki tak pijak tanah

Maksudnya golongan ni jalan berginjat. konon wanita ni adalah wanita yang tak jujur, kalau bercakap, mulut dia laser dan menyinggung perasaan orang lain. golongan wanita macam ni jugak terkenal dengan sikap egonya. lebih parah, wanita ni biasanya pemboros atau suka membazir duit tanpa berfikir sebelum berbelanja. padahal duit yang dia ada tu banyak lagi untuk kegunaan lain. tapi jangan la pulak kecik hati. sebab wanita macam ni biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. kalau berjalan, selalu toleh ke kanan dan kiri

wanita ni biasanya pandai simpan rahsia. walaupun ramai yang anggap wanita ni tak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan kalau berbual dengan dia, tapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. konon wanita macam ni mudah diatur dan diuruskan.


3. kalau berjalan, suka tunduk

cara berjalan wanita macam ni, melambangkan dia memiliki sifat yang tertutup. dia hanya akan berbual dengan orang orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia dia. wanita macam ni biasanya susah untuk takluk hatinya. di samping sikapnya yang dingin, wanita ni tak peduli dengan kehidupan cinta. tapi kalau ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan tunduk ni, dijamin akan mendapat kebahagiaan. sebab wanita jenis ni sangat setia dan dia tak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. kalau berjalan, menatap lurus ke depan

wanita macam ni biasanya ada pendirian yang teguh. bukan senang nak goncang iman dia. jangan sesekali menentang apa yang pernah dia kata kalau kau tak mau dengar dia berleter panjang lebar. walaupun pendirian dia teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. so, jangan hairan la kalau wanita macam ni hanya nak berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. kalau berjalan, badan bergerak ke kanan dan kiri

wanita yang berjalan jenis macam ni dia tak ambik kisah dengan masalah yang berlaku. apa pun masalah yang ada dengan dia, dia anggap kecil je. padahal masalah tu sebenarnya kena ada kebijaksanaan untuk diselesaikan. oleh sebab sifat dia yang suka ambik mudah ni, banyak persoalan yang akhirnya tak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri dia sendiri.


6. kalau berjalan tampak tegak

wanita ni tegas menentukan sikap dia sendiri. dia tak mau urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. gaya percakapan dia serius macam nak tunjuk yang dia ni ada pendirian yang teguh. yang menariknya dekat wanita ni, dia bertanggungjawab dengan apa yang pernah dia lakukan. dia suka lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat sifat romantiknya.


7. kalau berjalan, macam zirafah

maksudnya, masa dia melangkahkan kaki, badan dia macam bergerak ke depan dan ke belakang. wanita jenis ni sangat lemah perasaannya. dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. so, kalau kau nak berbual dengan wanita macam ni, kenalah jaga perasaan dia supaya dia tak tersinggung, sebab wanita ni mudah mengalirkan air mata.


Thanks For Reading This Entry.. 

Isnin, 14 November 2011

Best!!~

Assalamualaikum w.t.b,

jika hati adalah istana,
maka cinta adalah raja,
ketulusan adalah singgahsana,
kesetiaan adalah mahkota,
dan sahabat adalah takhta yang paling mulia...


kasih tuhan kekal abadi,
sayang Tuhan janjinya pasti,
kasih manusia bersilih ganti,
amalkan zikrullah teman muhasabah diri,
agar sayangmu dekat pada illahi...



jika kamu memancing ikan,
hendaklah kamu ambil ikan itu...
janganlah sesekali kamu melepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja,
kerna ia akan menderita selagi ia masih hidup...
begitu juga setelah kamu memberi harapan kepada seseorang...
setelah dia mula menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkannye begitu sahaja
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
dan tak mungkin dapat melepaskan segalanye
selagi die masih mengingatimu & mencintaimu...








Thanks For Reading This Entry..

Khamis, 10 November 2011

RaHsiA BaNtaL.. (^_~)

Assalamualaikum w.t.b,

Hye, hari ni aku just nak share dengan korang same seperti tajuk yang terpapar dekat atas tu la kan.. Aku pun malas nak cerite panjang-panjang.. So, korang baca lah yang mana korang punya kategori BANTAL & perwatakan BANTAL korang kan.. Aku punya?! Opss!!~ Soryy tak boleh beritahu la kan nyahhhhh.. Itu Rahsia aku la pulakkkkkk kannnnn.. Korang Baca then kalau nak share, boleh share dengan aku jugak.. Tinggal kan comment & Jejak korang.. Insya'Allah aku akan Jejak korang pulak.. Okeyh, Deal?! teeheeee.. 

Chumil giler bantal ni kan.. 

Aku ade bantal ni.. hahahahahaha!!~

Rahsia Bantal
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-


1) Memeluk Bantal


Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.. 

2) Menggunakan Banyak Bantal


Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain..  


3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.. 

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


Mereka mempunyai sifat kurang baik.. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan..  Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.. Mereka tdk suka berusaha..


5) Tidur tanpa Bantal


Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.. 
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego..  

6) Tidak punya bantal


Kasihan betul... pergi kedai belilah satu.. HAHAHAHAHAHA!!~



Okeyh, dah baca kan?! Tinggal kan Comment yek.. 


Thanks For Reading This Entry.. 

Khamis, 3 November 2011

BerpiNdAh..

Assalamualaikum w.t.b,


Hye2, Apa khabar you all?! Wah2, lame nye tak update blog kan.. Tapi tak pe, kali ni insya'ALLAH, akan selalu update blog.. Kalau tak update tuh paham-paham la yek.. hikhikhik!!~ Okeyh, first of all terima kasih pada siapa-siapa saje yang baca blog aku ni kan.. Tak tahu la ade orang bace ke tak kan tapi yang pasti aku update blog ni aku cerite hal aku jela kan.. hahahahaha!!~ Tak kan la nak cerite hal orang lain pulak.. Tak kelassssss gituuuuuu.. wah2.. melalut pulak.. Okeyh, kali ni aku just nak update tentang aku jugak la.. Aku before ni buat kerje-kerje admin.. Assistant Admin Officer & sekarang ni kerje aku bertambah, aku kena buat kerje-kerje Secretary.. Wah, bertambah kerje aku kan.. Aku kena jage schedule bos besar dekat office ni kan.. General Manager gituuuuuuu.. Alhamdulillah GM aku ni tersangat la baik.. Aku kena pindah tempat la kan.. Tempat aku sememang nye la tempat Secretary kan..Dan before ni aku pernah cerite kot yang aku pernah jadi Secretary seminggu.. Tengok LINK ni balik  Kat bawah ni aku tunjuk gambar tempat aku.. Before ni tempat aku macam ni jek, aku pernah cerite jugak.. Tengok LINK ni balik.. Tempat dulu kecik jek & sekarang sangat besar okeyhhhhh.. Jom tengok.. 


Ha ni la.. hahahahaha!!~ Dah tu je nak certie.. Nanti sambung lagi.. Okeyh, BubBye!!

Thanks For Reading This Entry..