Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 19 Januari 2012

;))

Assalamualaikum w.b.t,

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.. Cara ALLAH sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah..  Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari ALLAH.. Percayalah, pastinya ALLAH sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.. 





Kehidupan akan mengajar kita menghargai, Belajar menghargai untuk rasa dihargai.. ^_________^

Thanks For Reading This Entry.. 

Selasa, 17 Januari 2012

simple but memorable

Assalamualaikum w.b.t,



Mungkin anak-anak tangga itu takkan ku tapaki lagi
Mungkin Monitor yang telah menjadi sahabatku itu takkan boleh ku tatapi lagi
Mungkin handphone ku ini takkan membisikkan suara-suara untukku lagi
Mungkin rutin-rutin itu takkan ku lakukan lagi


Mungkin senyum ramah itu takkan boleh aku nikmati lagi
Mungkin canda tawa itu takkan menghangati hari-hariku lagi
Tapi kan ku pastikan itu semua tersimpan dalam ingatan
Kerana yang ku dapat bukan sekadar teman tetapi sahabat dan keluarga


Mungkin jalan didepanku segelap malam
Mungkin satu dua titis air mata itu akan meleleh
Tapi jangan kau fikir aku kan kalah
Meski hatiku sering dikhianat untuk menarikku untuk menyerah
Kukatakan padamu, aku akan bertahan


Seperti juga kelmarin dan hari-hari sebelumnya
Insya'allah, aku akan baik-baik sahaja
Untuk Memberikan Senyuman kegembiraan pada semua orang 
Malah akan kuukirkan senyuman sehingga ke bintang.. 
Terukir Di Bintang.. 

Thanks For Reading This Entry.. 

Isnin, 16 Januari 2012

Terukir Di Bintang

Assalamualaikum w.t.b,

Aku hanya berpuitis bile aku ade idea.. Idea datang dengan sendiri nya tanpa aku sedari.. Sekali-sekala berkarya tak salah rasenye.. Hanya untuk tatapan diri sendiri je.. huhuhuhu!!~

Entah apa yang aku rasa
Tak sedih mahu pun bahagia
Semua berjalan begitu sahaja
Seperti angin tanpa suara.  

Di depan sana terlihat samar
Dingin dan senyap
Bosan aku menelusurinya
Lelah.. 
Seribu langkah ku tapaki sudah
Tak jua ku tiba di hujungnya.. 

Yang ku rindu seberkas cahaya
Sinarnya terang tak menyilaukan
Namun hangatnya menyelimuti hati
Di mana bisa kau ku temui?

Jangan kau salahkan orang merindu 
dengan kerinduannya
sehingga kau mampu menyelami jiwanya.. 


Terukir Di Bintang.. ^______________^



Thanks For Reading This Entry..

Isnin, 9 Januari 2012

Assalamualaikum w.t.b,




Thanks For Reading This Entry.. 

;)) Part 3..

Assalamualaikum w.b.t,





KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” 
-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! 
“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12



Thanks For Reading This Entry..

Rabu, 4 Januari 2012

Wordless Wednesday!!~ ;))

Assalamualaikum w.t.b,


Thanks For Reading This Entry..