Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 9 Ogos 2012

Biarlah..

Assalamualaikum w.b.t,

Jika rindu ini bertatah lagi.. 
Aku harap biarlah untuk Al-Qayyum..
Andai rindu ini menarik resah..
KepadaMU aku pasrah..

Andai pencarian ini masih belum kutemui..
Ya Allah, damaikanlah hati..

Kembara cinta ini tidak ku harap bersemi dengan serakah..
Cinta kepadaMU Ya Rahman destinasi kasih terlaksana..

Kasih diberi.. 
Cinta dicari..
Tak sama dengan gerak geri..
Hasil diperolehi..
Kesan melakar diri..
Rupanya duniawi..

Kuntuman bunga pada kata-kata yang bukan hakikat..
Seri kelopak mawar pada bibir yang bijak bertongkah sifat..
Kening dikerut..
Minda bertaut..
Bertanyakan dia..

Biarlah resah menarik sepi..
Biarlah kecewa meratap pergi..
Biarlah kasih mengikat diri..
Ya Muhaimin kepadaMU aku mengadu..
Serikanlah taman hati, Bukan pada fikirku tapi pada redhaMU..


Bersendirian dalam mengharungi hidup 
Mengajar aku erti kedewasaan..
Kesakitan ditinggalkan 
Mengajar aku erti kehadiran..
Kerana cinta itu
Airmata buatku.. 

Jumaat, 3 Ogos 2012

Yang..

Assalamualaikum w.b.t,


Yang membuatkan kita KUAT adalah
DOA..
Yang membuatkan kita DEWASA adalah 
MASALAH..
Yang membuatkan kita MAJU adalah 
USAHA KERAS..
Yang membuatkan kita HANCUR adalah
PUTUS ASA..
Yang membuatkan kita SEAMANGAT adalah
HARAPAN dan IMPIAN..
Yang membuatkan kita menjadi yang TERBAIK
adalah mengakrabkan diri dengan KEHENINGAN JIWA 
dan memperbanyakkan SUJUD.. 



~ Rasa inilah nilainya ditafsirkan untuk difahami.. ~


Eraser..

Assalamualaikum w.b.t,


Jika kamu tidak mampu menjadi
Sebatang pensil untuk menulis kebahagiaan 
Kepada seseorang..


Cubalah sekurang-kurangnya menjadi
Pemadam lembut
Yang mampu
Menghilangkan kesedihan
Seseorang..



~ Sedih atau gembira,
diri sendiri yang tentukan.. ~

Khamis, 2 Ogos 2012

Tolong..

Assalamualaikum w.b.t,


Tolong ingatkan aku tentang masa yang berlalu..
Tolong ingatkan aku tentang cabaran kehidpan..
Tolong ingatkan aku andai aku terkeluar dari landasan kebenaran..
Tolong ingatkan aku tentang impian yang belum tertunai..
Tolong ingatkan aku bahawa hidup ini bukan kisah dongeng..
Tolong ingatkan aku tentang dunia kita yang berbeza..
Tolong ingatkan aku tentang keimanan..
Tolong ingatkan aku bahawa realiti manisnya kejujuran..
Tolong ingatkan aku masa remaja ku sudah tiasa dibawa angin kedewasaan.. 



~ I don't know who I am and where I want to be.  I guess I just want to be happy.  As simple as that.. ~

Sebak..

Assalamualaikum w.b.t,




Tangan laju menaip di keyboard sendiri,
Tapi apa yang ingin diluahkan seakan terhenti,
Mata memandang PC tidak berkelip tapi seakan berfikir jauh sekali,
Kenapa dirasakan seperti semua orang menjauhkan diri..


Aku rela hilang benda yang boleh dibeli dari hilang kawan sejati,
Cinta membuatkan aku patah hati berulang kali,
Sakitnya memang menusuk hulu hati,
Memang tidak terperi dan meninggalkan kesan sehingga kini..


Aku ketawa untuk menutup luka yang tersimpan lama,
Hanya diri yang tahu semuanya,
Dugaan datang bertimpa-timpa,
Aku kena kuat untuk teruskan hidup di dunia..


Susah nak kata,
Susah juga nak luahkan apa yang di rasa,
Cuma aku hanya boleh luahkan pada yang ESA,
Itu yang mampu aku buat tatkala aku rasa sebak malah terseksa..


Engkau mungkin nampak aku kuat tapi sekuat-kuat aku tetap lemah juga,
Aku hanya manusia biasa,
Tidak selamanya aku mampu buat macam tidak ada apa-apa,
Sebab aku masih seperti aku yang dulu juga,
Tapi kau hanya biasa-biasa saja,
Buat macam tak pernah berlaku apa-apa,
Mungkin aku kau seakan dah lupa.



~ When I close my eyes forever.. That's when i'll stop loving you.. ~


Penawar duka untuk seketika..

Assalamualaikum w.b.t,


Ada benda yang kadang-kadang kita pendam,
Apabila diluahkan kadang-kadang buat kita terdiam,
Bila difikirkan buat kita jadi hampir tergamam..


Ku pendam semua ini dan tak boleh hendak diluahkan,
Menitis air mata ini tatkala ku fikirkan apa yang telah aku lakukan..


Hendak diluahkan pada siapa kalau hanya diri sendiri yang rasa kan,
Hanya pendam dan simpan dalam diri untuk terus melangkah ke hadapan..


Senyum itu penawar duka,
Pengubat hati untuk seketika,
Tika hati sedang menangis apabila terleka,
Senyumlah dan ucapkan aku insan biasa, 
Yang dipinjam kan oleh NYA,
Bersyukur itu rahmat jua,
Senyum syukur adalah nikmat yang tidak terhingga.. 



~ Ketika cinta menyapa,
Usah silau dengan keindahannya.. ~

Ukhuwah fillah..

Assalamualaikum w.b.t,


Ukhuwah itu bagai seutas tasbih..
Ada awal tiada penghujung.. 
Dicipta untuk mengingatiNya, dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..


Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri...




I need a friend.. A friend who let me sit and drink and not to talk about anything.. 


As i do feel the same way most of the time whenever i feel down.. Thanks a lot to those who have lent their shoulders during my tough time..