Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Isnin, 26 November 2012

I Will..

Assalamualaikum w.b.t, 


Menulis kerana itu cara saya memberitahu diri, 
Menulis kerana itu cara saya memahami erti, 
Menulis kerana ia dan diri sudah sebati, 
Malah menulis, kerana itu cara saya menentang mati..
Agar pada satu hari nanti, saya tidak mati oleh sebuah kematian..
Tulisan tinggal sebagai rakaman, Rakaman tentang kehidupan..
Kehidupan yang menjadi cermin untuk setiap pembaca mencari diri..


Saat aku jatuh aku meminjam semangat darimu.. 

Isnin, 12 November 2012

Ketika..

Assalamualaikum w.b.t,


ketika hanya hati mampu mengata seribu rasa...
lalu air mata menjadi teman bicara...
mendayu mengharap di dengari...
namun sunyi sepi...
cuma Ilahi ternyata setia menemani diri ...
kala dunia tak mengerti...
Jalan hidup itu berliku...
terkadang langkah mudah menapak..
terkadang payah ...
bersama sekeping hati anugerah Ilahi...
yang kecil dan halus...
yang kerananya bisa terasa bahagia...
juga tercoret kesedihan...
cuba dan terus mencuba...
melalui hari-hari dengan doa...
mengharap tautan Ilahi sentiasa bersama diri...
mengharap kekuatan untuk melangkah lagi...
memandang jauh ke luar...
memikir dan menyelami ...
moga kehidupan kemarin tidak kan tercoret lagi...
demi kebahagiaan insani ...
Ya ALLAH...padaMu harapan diri...
kala tiada siapa di sisi...
Mohonku ketenangan Mu Ya Rabbi...



Kau selalu ada, tika gelisah,
kau beri senyuman, bila kuresah,
kau janji setia, setiap kisah,
hingga berjauhan, tetap di wajah.. ^_^

Isnin, 5 November 2012

Ujian dari Ilahi..

Assalamualaikum w.b.t, 

Hari ini kita tertanya-tanya kenapa kita diuji.. Suatu hari nanti, kita pasti tersenyum dan faham kenapa kita diuji oleh ilahi.. 


"Pujuklah hati untuk terus tabah menerima ujian dari Ilahi.. Itu salah satu cara untuk meneruskan hidup ini.."

Hanya Kerana..

Assalamualaikum w.b.t, 



Buat baiklah dengan semua orang.. 
Jika manusia tidak membalas, Allah pasti membalas..
Walaupun  kebaikan dibalas dengan kezaliman.. 

Jumaat, 2 November 2012

Tarbiah..

Assalamualaikum w.b.t,




Ujian adalah tarbiah dari Allah, semakin dekat bahtera kita kepadaNya, 
Semakin hebat taufan melanda.. 


Ujian dan Dugaan..

Assalamualaikum w.b.t,

Ujian dan Dugaan tanda ALLAH S.W.T sayang kepada kita sebagai hambanya..
Selagi kita bergelar manusia selagi itu kita tidak akan terlepas dari ditimpa ujian dan dugaan.. Kebanyakkan kita mengeluh dan kadang-kadang merungut bila ada masalah tapi bila kita semakin dekat kan diri kita dengan ALLAH, semakin tenang jiwa kita.. Semakin kita redha dengan dugaan itu.. Allah tidak akan menduga hambanya jika ia tidak mampu menghadapinya.. Setiap orang menghadapi berlainan dugaan dan cara menanganinya..

Maka redhalah dengan setiap ujian, bersyukur ketika dikurniakan nikmat dan kesenangan,
bersabar apabila ditimpa musibah dan kesakitan, ingat kita akan menemui ALLAH pada suatu masa nanti..



Allah itu dekat, selagi kita tidak menjauh dariNya..
Dekatilah Allah dengan berkorban untukNya..


Sedikit perkongsian..

Seperit mana pun esok, senyumlah..
Kerana senyuman itu penawar kepahitan..
Semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita esok dan hari seterusnya..
Insya'allah.. Amin ya rabb.. ;)

Rasullullah s.a.w bersabda : Barang siapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya,
nescaya ALLAH akan mengujinya dengan kesusahan.. =)

Khamis, 1 November 2012

Wordless Wednesday.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 



Behind every smart girl there is a dumbass guy who did her wrong and made her strong ;)