Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 30 Mei 2013

Lelaki Itu & Lelaki Ini..

Assalamualaikum w.b.t, 

Ditolak dengan seribu satu alasan oleh lelaki yang diiktiraf paling kacak di matanya membuat hatinya sedikit terluka.. Perasaan yang terpendam lama diluahkan pada satu malam ketika ramai manusia sedang lena.. Diberinya madu namun disuapnya cuka.. Dan pergi membawa hati yang lara..

Lelaki itu kemudian bercinta dengan seorang gadis yang ada rupa.. Masakan merpati mahu memilih enggang untuk terbang bersama?! Harinya diteruskan seperti tidak terjadi apa-apa walaupun hatinya masih terluka.. Pasti lelaki itu melabelnya perigi mencari timba.. Tapi dia peduli apa.. Dia perempuan moden yang berani bersuara..

Sehinggalah dia bercinta dengan seorang lelaki yang menarik minatnya kerana perangai gila-gila.. Ada kalanya gila lelaki ini sampai tahap sengal pun ada.. Lelaki yang dalam diam menawan hatinya.. Dia berfikir semula.. Lelaki itu dan lelaki ini sangat jauh beza.. 

Rambut lelaki itu fesyen serabai ala Korea.. Rambut lelaki ini skema.. Lelaki itu pandai menggunakan ayat yang mampu menyentuh jiwa wanita.. Lelaki ini pula ada kalanya dia sendiri tak faham dengan apa yang dia kata.. Tapi persetankan itu semua! Lelaki ini lebih tulus hatinya.. Tidak banyak berahsia.. Tahu menjaga hati wanita.. Dan dia sentiasa menghibur hati dengan pelbagai lawak jenaka.. Hari yang dulu kelam kini bersinar dengan senyum dan tawa..

Dan hari ini kami bersama.. Ramai tidak percaya.. Biarkan saja.. Pekakkan telinga.. Kami bahagia.. Walau dia tidak sekacak mana.. Tapi ada apa dengan paras rupa?! Sesungguhnya lelaki yang pandai buat lawak dan memberi hari anda ceria jauh lebih menarik berbanding lelaki kacak bergaya tapi tidak mampu untuk buat apa-apa.. 




Cari pasangan yang membuat anda senyum lebih lebar dan ketawa lebih besar untuk menghadapi hidup yang lebih mencabar.. ;)



Rabu, 29 Mei 2013

Hilang..

Assalamualaikum w.b.t, 

DULU..

Awak datang dalam hidup saya..
Awak berikan saya 'CINTA'..
Walau saya sedar saya tak layak untuk awak..
Tapi awak tetap berusaha..
Awak yakin kan saya..
Bahwa..
Cinta itu hadir tanpa kita tahu siapa..

Lalu dengan gembira..
Saya terus berharap..
Juga semampunya saya berusaha membalas 'Cinta' itu..

Awak ajar saya tentang sebuah
'Kasih Sayang'..
'Rindu'..
dan..
'Pengorbanan'..

Awak ingatkan saya apa itu
'Kesetiaan'..
'Kejujuran'..

Kerana kepercayaan saya pada awak..
Saya genggam awak kuat-kuat..
Saya mulai takut..
Takut kehilangan awak..

Tapi pada suatu hari..
Tiba-tiba awak hilangkan diri..

Sekarang..

Saya mencari..
Saya menangis..
Sakit..
Pedih..

Kini saya faham..
Cinta itu tidak harus memiliki..

Awak..
Setiap detik bersama, saya hargainya awak..
Mungkin awak tak pernah sedar..




Rabu, 22 Mei 2013

Wordless Wednesday..

Assalamualaikum w.b.t, 


"Wahai Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-MU dan sempurnakanlah 
bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.."

Khamis, 16 Mei 2013

Bulan..

Assalamualaikum w.b.t, 

Dua puluh empat tahun hidup, aku cuma merasa keindahan bulan setiap kali melihatnya.. Tidak terfikir langsung keadaan di kawasan gelap tidak bercahaya.. Tidak terlintas apa yang berlaku di sebaliknya..

Tapi kan dulu, masa kecil, aku pernah marah bulan.. Di mana saja aku berada, di rumah, di kampung, semasa bercuti, bulan seakan mengikut sama.. Lebih-lebih lagi bila berada dalam kereta.. Bulan seakan ikut ke mana saja kereta yang aku naiki pergi.. Tapi itu sebelum aku belajar tentang planet dan bimasakti..

Ini satu lagi rahsia.. Dulu, semasa kecil, peti sejuk adalah antara permainan yang paling aku suka.. Bila ibu atau nenek berada di dapur, aku mengikut sama.. Aku suka bermain pintu peti sejuk.. Aku akan tutup pintu peti sejuk dengan sangat-sangat perlahan untuk melihat lampunya terpadam.. Aku tak tahu kenapa, tapi aku suka.. 

Semasa dewasa, kita mahu jadi budak-budak..
Semasa budak-budak, kita mahu jadi dewasa.. 



Memories don't change, when everything and everyone else does..


Isnin, 13 Mei 2013

Mimpi & Jodoh.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

Kereta berhenti di tepi pantai pada suatu petang yang sunyi.. Tidak ramai orang di kanan dan kiri..
Kerusi kereta dibaringkan sedikit untuk merehatkan diri.. Tangan menggengam erat telefon sendiri..

Deringan lagu rancak berbunyi.. Mata pantas melihat skrin di tangan kiri.. Tertera nama orang yang sangat ku sayangi.. Dia mahu berjumpa sebaba ada benda mahu diberi..

Kereta diberhentikan di sebuah kedai makan.. Kaki dilangkah perlahan.. Punggung dilabuhkan di kerusi berdekatan jalan.. Datang seorang lelaki berkemeja lengan panjang mengikut kesesuaian badan.. Dia meletakkan satu sampul surat di atas tisu putih yang belum digunakan..

Perlahan-lahan sampul dibuka.. Ditarik keluar kertas tebal yang di dalamnya..Satu persatu ayat di kertas tersebut dibaca.. Terbeliak mata.. Aku mengangkat kepala.. Mata kami bertentang seketika..

'Walimatul Urus Undangan Raja Sehari' tertera di depan sekali.. Tersergam indah gambar aku dan lelaki di depan aku ini.. Terpampang nama aku dan bakal suami.. Tiba-tiba rasa pening melanda diri.. Gelap pandangan sunyi sepi.. Aku rebah menyembah bumi..

Aku terjaga dari mimpi.. Mimpi yang aku minta selama ini menjadi mimpi dalam hidup ku ini.. Aku ingat setiap satu yang terjadi.. Tapi aku samar-samar rupa dan nama bakal suami.. Sungguh sayang sekali.. Kalaulah mimpi seperti cerita yang dapat di ulang berkali-kali.. Aku lebih rela tidur sepanjang hari.. Menikmati detik indah bersama orang yang dicintai.. 


Jodoh ditentukan sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu.. ;)


Khamis, 9 Mei 2013

Redha & Ikhlas..

Assalamualaikum w.b.t, 



Bila kita membicarakan soal hati dan perasaan, pasti ada suka duka dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang insan kerdil di muka bumi ini.. Dalam hidup ini, pasti kalian pernah merasai perasaan mencintai seseorang yang kalian suka atau minat. Tapi perasaan itu cuma anda sahaja yang mengetahui tanpa pengetahuan si Dia yang anda cinta. Wahh.! Sulit dan payah diungkapkan dalam kata-kata bila hati bersulam sayang, berbunga cinta, berkait kasih kepada seseorang. Persoalannya ialah bila orang yang anda sayang itu bukanlah milik anda.? Jadi bagaimana anda menempuhinya. Perlukah anda memendam rasa itu sehingga terkubur di hati sanubari anda? 
Cinta bukanlah satu yang luar biasa tetapi bukan senang untuk kita menerima cinta apatah lagi cinta yang belum tentu hak milik kita. Cukuplah sekadar mencintai walaupun kalian sedar yang kalian tidak dicintai oleh dia. Dalam kes ini, mungkin kalian redha dengan takdir bahawa itu bukan jodoh kalian, dalam soal inilah kita belajar untuk menerima hakikat cinta yang tak kesampaian. Memanglah tak salah bagi kita untuk mencintai seseorang sebab kita manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Jadi disinilah kayu ukur bagi kita untuk menerima hakikat sebenar yang si Dia bukan milik kita dan redha akan semua ini. Redha biarlah secara ikhlas supaya perasaan terhadapnya sedikit sebanyak akan semakin pudar dan menghilang walaupun mengambil waktu yang lama untuk melupakan cintanya. Memetik kata-kata pujangga  “Belajarlah melupakan seseorang yang melupakan anda” Disini terbukti bahawa anda haruslah melupakan si Dia kerana si Dia sememangnya tidak pernah mencintai anda saat anda mencintainya. Saat bila anda merinduinya, pernahkah Dia mengingati anda?! Saat anda mengambil berat terhadapnya, pernahkah Dia mengambil berat terhadapnya?! Saat bila anda menolongnya, pernahkah Dia menolong anda di saat anda perlukan pertolongannya?! Pernahkah dia berkorban saat anda perlukan pengorbanannya?! Jadi jalan yang terbaik ialah melupakan si Dia walau apa jua caranya. Kebenaran yang pahit perlu anda terima walaupun pahit tetapi kepahitan itu adalah ubat..

Bagaimana pula jika anda mencintainya akan tetapi dia lebih mencintai orang lain dari anda? Peganglah kata pujangga “Jika dia milik kita,sesulit apa pun jalannya,apa jua rintangannya, Ia pasti Milik kita kerana cinta itu  memang untuk kita akan tetapi Jika cinta itu bukan milik kita,walaupun mudah jalannya, walaupun bersusah payah untuk kita mendapatkannya, tetapi cinta itu bukan milik kita kerana Ianya sememangnya bukan milik kita” Jadi jalan yang terbaik ialah Pasrah dengan apa yang berlaku, kita meletakkan diri kita dalam kepasrahan dan menyerah dengan takdir cinta. Jadi kesimpulanya, Redha itu biarlah ikhlas dari hati kita untuk menerima hakikat cinta dan pasrah dengan apa yang berlaku ke atas diri kita kerana menyerah kepada takdir yang Maha Esa. Jadi Redha itu Ikhlas Pasrah itu Menyerah.






Rabu, 8 Mei 2013

When I miss you..

Assalamualaikum w.b.t, 

Jauh itu ruang yang memisah..
Jauh itu ada dua hati yang terpisah..
Apabila jauh itu ada rasa yang resah..
Apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah..
Apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

Dan rindu itu membuatkan kita tidak dapat mengawal perasaan..Setiap saat mengingati si dia.. 
Bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga.. Apapun yang dipandang akan mengintai pada si dia..
Dan rindu tidak seharusnya cinta.. Dan selalunya bila cinta pasti merindui..

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar benar menghargai aku..
Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku..
Sunggu aku rindukan kamu.. 

Pernahkah kau mengerti..
Tentang rindu yang tak bertepi..
Tentang kasih terpendam di hati..
Tentang cinta kian bertakhta di sanubari..

Rinduku yang sentiasa memikirkanmu..
Kasihmu hanya hadir untukku..
Mengulit mimpi menjadi realiti dalam hidupku..
Sedang aku sendirian dalam sunyi tanpamu..


Ketika Tuhan menginginkan dua hati bertemu, 
DIA akan menggerakkan keduanya,
Tidak hanya salah satu.. 


Isnin, 6 Mei 2013

Kawan..

Assalamualaikum w.b.t, 

Ini cerita tentang seorang kawan.. Namanya, biarlah dirahsiakan.. Kawan lelaki, bergaya dan tampan.. Berkawan sejak zaman persekolahan, dia menjadi rebutan.. Tapi tiada seorang perempuan dapat menarik perhatian.. 

Bulan februari dua ribu sepuluh, di dalam Facebook mereka dipertemukan.. Ketika kebanayakan manusia di seluruh dunia bersorak dengan Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Afrika Selatan, mereka sibuk mengikat ikatan persahabatan.. Telefon bimbit Sony Ericsson yang dulu sunyi kini dibanjiri pelbagai deringan.. Wajah yang dulu suram kini berhiaskan senyuman..

Masa berganti masa.. Belajar di satu kawasan yang sama mengeratkan lagi dua hati manusia.. Berbeza tempat pengajian, berbeza jurusan, tapi sama-sama mengejar cita-cita dan cinta.. Cinta yang disemai ditabur baja akhirnya berbunga.. Bunga itu dijaga bersama, hanya waktu dapat memisahkan kita, itu antara janji mereka.. 

Dua hati, yang dulunya tertutup rapi akhirnya berwarna warni.. Mereka berubah menjadi insan yang tidak pentingkan duniawi.. Si lelaki membimbing kekasihnya mendekati agama Islam yang suci.. Si lelaki yang dulu panas baran semakin penyabar kerana dia mula sedar marah itu syaitan yang dicipta dari api.. Si perempuan yang dulu seksi kini bertudung rapi.. 

Adat bercinta, ada salah faham sesama sendiri.. Satu pergaduhan kecil membuatkan si perempuan meninggalkan si lelaki.. Si lelaki cuba memujuk tetapi kekasihnya melarikan diri.. Si lelaki berkorban apa saja asalkan diterima kembali.. Sehinggalah si lelaki tadi mendapat berita kekasihnya sudah jumpa pengganti yang lebih kacak, kaya dan ranggi.. Sedih dan sayu di hati.. Cinta yang dulu disemai mungkin berbunga tapi tak dimiliki.. Hari ini, dua hati yang dulunya berwarna warni kini mendung dan akhirnya menjadi satu memori..

Si lelaki tadi menangis bila bercerita tentang cintanya yang putus di tengah jalan.. Aku faham perasaan remuk bila ditinggalkan perempuan.. Aku pantang bila lelaki sebaik dia dipermainkan.. Aku minta dia bertenang.. Aku minta kebenaran untuk tolong selesaikan.. Kalau terpaksa, aku rela guna kekerasan.. Tapi dia melarang.. "Pukul aku kalau kau terlalu geram.." katanya lantang.. Aku terdiam.. Aku tak faham.. Kenapa masih dipertahankan orang yang buat kau jatuh dalam derita kesedihan?! Tiada jawapan.. "Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.." Katanya perlahan.. Dia meninggalkan aku berfikir sendirian.. Dia menghampar sejadah dan menghadap Tuhan.. Baik sungguh hatimu, kawan..

Benar.. Setiap kejadian ada hikmahnya.. Manusia menjadi lebih kuat kerana manusia.. Wanita menjadi lebih tabah kerana ada lelaki pernah menghancurkan hatinya.. Lelaki menjadi lebih berani kerana ada wanita mempermainkan cintanya.. Tuhan menguji hamba-Nya kerana Dia tahu manusia mampu menghadapinya.. Kegagalan manusia dalam cinta kerana Tuhan mahu memberi yang lebih sempurna..

Sekarang, aku bangga melihat kau mendapat hidayah untuk mendekati agama.. Sebagaimana kau mendoakan bekas kekasih kau bahagia dengan kekasih barunya, begitulah aku mendoakan kebahagiaan kau di dunia, dan akhirat sana bila tiba masanya.. Sebab kita kawan dulu, kini.. Sampai syurga dan selama-lamanya.. 


Kawan, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.. ;) 

Kawan lelaki..

Assalamualaikum w.b.t, 

Kebiasaannya perempuan berpendapat bila mereka ada teman lelaki, maka teman lelaki mereka itu dapat memenuhi setiap inci keperluan yang mereka perlukan.. Tak semestinya.. Ada masanya mempunyai beberapa kawan lelaki lain boleh memberi satu kelebihan buat perempuan..

Perempuan mahukan kawan perempuan yang mampu dicari bila berlaku apa-apa situasi, jadi tidak jauh bezanya dengan kawan lelaki.. Untuk hidup yang lebih ceria dan tersusun, pastikan anda mempunyai kawan lelaki seperti di bawah.. 

Lelaki memperbetulkan kerosakan
Ada perempuan yang pandai tukar tayar kereta, tukar kepala paip, tukar mentol dan sebagainya, tapi tak semua.. Jadi perempuan memang sangat perlukan kawan lelaki yang pandai baiki-membaiki ni.. Tak perlu risau, dia tak perlukan upah daripada anda.. Cukup sekadar belanja dia makan..

Lelaki 'Gila-Gila Remaja'
Anda kenal lelaki yang ceria sepanjang masa?! Lelaki yang kelihatan 'gila-gila' seolah-olah tiada masalah dalam hidupnya?! Cepat berkawan dengan dia.. Bila anda rasa anda dalam mood tak stabil, dan anda mahukan seseorang untuk menghilangkan stress, dia adalah orang yang anda perlukan.. Bukan saja dia tahu tempat mana perlu dia bawa anda, malah dia akan menjadi sumber tenaga kepada anda..

Lelaki pandai mengayat
Lelaki dan ego tak dapat dipisahkan.. Tapi perempuan mana tak suka bila lelaki memberitahu dia sangat cantik pada satu-satu ketika, bila lelaki membelikannya makanan atau secara tidak sengaja membuat anda rasa seperti dia mahu mengorat anda?! Anda berdua tahu anda berdua cuma kawan tapi perasaan bila lelaki memuji anda tetap anda suka, bukan?!

Lelaki lembut
Kalau ikutkan, setiap perempuan perlukan kawan lelaki seperti ini.. Kelebihannya ialah dia boleh bergelumang dengan setiap aksesori wanita tanpa sebarang drama seperti beberapa wanita lain.. Dia boleh ikut anda shopping berjam-jam lamanya dan dia boleh masuk ke dalam kedai pakaian wanita tanpa rasa segan, satu benda yang tak ramai teman lelaki boleh buat.. Dan lelaki lembut juga pakar fesyen dari rambut sampai ke kaki.. 

Lelaki Abang Besar
Kadang-kadang ada bagusnya bila ada kawan berbadan sasa yang kuat dan mampu buat orang lain takut.. Malah perempuan juga rasa selamat bersama orang badan besar macam ni.. Sebagai bonus, kalau ada lelaki yang hancurkan hati perempuan, tidak mustahil Abang Besar ini akan 'hancurkan' lelaki tersebut.. 



Kita ada kawan yang buat kita selesa cukup dengan berkawan sahaja.. ;) 


Jumaat, 3 Mei 2013

Untuk awak..

Assalamualaikum w.b.t,

Kisah ini hanya sekadar rekaan semata-mata.. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. Saya hanya nak orang baca dan faham sahaja..

Pertama sekali, maaf kalau warkah ini akan mengganggu ketenteraman hidup awak yang serba indah dan tak ada secebis rasa sedih itu..

Kita pernah satu induksi suatu ketika dahulu..
Awak pernah pandang-pandang saya, tapi waktu itu saya sudah berpunya.. Kekasih saya sentiasa disisi tidak kira masa.. Kami sentiasa bersama..Tapi sekarang, dia telahpun berkahwin dengan kekasih hati dia.. Mungkin tiada jodoh antara dia dan saya..

Tiba-tiba awak muncul dalam hidup saya.. Awak add saya dalam Facebook, awak suruh kawan awak approve saya.. Saya terlupa siapa awak, saya ingat-ingat lupa..

Awak cakap yang awak nak kenal dengan saya.. Awak nak kawan dengan saya.. Saya cakap, nak kawan tak salah, tapi saya dah beritahu awak yang saya sudah berpunya.. Awak cakap awak tetap nak kawan dengan saya.. Awak tetap nak tunggu saya walaupun sebenarnya saya sedang merancang ke arah hubungan yang lebih serius dengan kekasih hati saya..

Awak, maafkan saya.. Saya suka berkawan dengan awak, cuma kita hanya sekadar kawan biasa..
Tak perlu lah awak harap apa-apa dari saya.. Mungkin tiada jodoh antara kita.. Saya dah jumpa orang yang saya cari selama ini dalam hidup saya.. Saya dah jumpa dan tak mungkin saya tinggalkan dia.. 

Mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak.. Awak akan jumpa seseorang yang lebih baik dari yang awak nak.. Insya'allah, semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk awak.. Saya hanya mampu doakan untuk awak.. 

Walau macam mana pun, kita masih tetap kawan.. Jangan disebabkan kisah kita ni awak dah tak nak berkawan.. 

Buka pintu hati awak untuk perempuan lain, sebab awak akan jumpa apa yang awak nak.. Saya nak kenal kan kawan saya dekat awak.. Tapi awak tak nak.. 

Awak cakap awak tak kenal dia.. Awak tak sudi kenal dengan dia.. Jadi saya terfikir.. Semua kawan-kawan awak sekarang memang awak dah kenal sejak keluar dari perut mak awak ke?! Sebelum dua manusia menjadi kawan, mereka memang tak kenal antara satu sama lain kan?!

Saya cakap yang dia ikhlas nak kawan dengan awak.. Awak semacam tak percaya.. Awak nak suruh dia buktikan?! Serius saya cakap, saya tak pernah tengok orang buktikan keikhlasan mereka.. Bukti macam mana yang awak nak?! Buat keluar dan tunjuk depan batang hidung awak?! Macam tuh?!

Awak tanya saya, kenapa saya nak kenal kan dia pada awak ke?! Tapi saya sendiri tak tahu.. Perlu alasan ke bila kita nak berkawan dengan seseorang?! Kalau boleh saya nak awak kawan dengan dia dulu.. Kenal hati budi dia dulu.. Nanti kalau dah kenal, mana lah tahu hati awak terbuka untuk dia.. Saya tumpang gembira kalau awak dengan dia.. Sebab dia baik, dia kawan baik saya.. Saya kenal dia.. Sebab tuh la saya nak kenal kan dia dekat awak.. 

Tapi mungkin awak terlalu kacak sampai orang macam dia tak boleh nak berkawan.. Mungkin awak hot giler sampai tak layak nak duduk semeja dengan dia.. Takpe, takpe.. Saya tak kisah.. Mungkin awak sendiri pernah kena reject dengan orang yang lebih menarik dari awak, sampai awak pulak yang reject orang lain.. What goes around comes around, right?!

Saya lebih rela jadi orang yang bajet hot tapi ada ramai kawan berbanding orang hot tapi tak reti berkawan.. 

Saya minta maaf untuk warkah ini.. Saya nak awak faham.. 


All life is an experiment. The more experiments you make the better.