Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Rabu, 30 Januari 2013

Takdir-NYA,,

Assalamualaikum w.b.t,

Kadang-kadang..
Segalanya seperti dekat di mata
Sepertinya kita akan sampai ke destinasi
Kita gembira sekali, Berkobar tak terperi
Dalam akal mencipta seribu angan
Disangkakan sebentar lagi kesampaian
Kita senyum puas kegirangan..

Tiba-tiba, kenderaan terhenti di pertengahan
Ada sesuatu yang menghentikan perjalanan
Dan kita terpaksa fikir tentang kerosakan yang berlaku
Lalu, haluan kita juga terpaksa diubah
Haluan pertama, yang tadinya kita sangka akan disinggah
Mahu tak mahu terpaksa berubah

Sesungguhnya, kita TIDAK PERNAH TAHU, Allah Yang Maha Tahu
Kita mungkin hanya boleh menjangka
Namun kita tidak dapat halang perkara yang datang dengan tidak
disangka-sangka
Itulah TAKDIR-NYA
Walau seratus tahun, kita menangis dan mengemis
Ada waktu, kita perlu redha..



;')

Assalamualaikum w.b.t,

Perlu ku ubah semua perkara
Masa yang ku sia ingin ku isi semula
Menjauhi semua yang terbazir cuma
Aku ingin bahagia
Aku ingin menyusun segalanya
Biar tidak lagi ku terleka
Hanyut dalam buaian mimpi
Tidak terzahir nyata segala cita
Jika aku harus pergi
Biar tiada kesal mengiringi..




Andai..

Assalamualaikum w.b.t, 

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindu tanda cinta dijalannya
Namun ku percaya hati meyakini 
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang 
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-MU ini..

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, Hati kan berhanti
Takdir hidup kan dijalani


Buat baiklah dengan semua orang.. Jika manusia tidak membalas, Allah pasti membalas.. Walaupun kebaikan dibalas dengan kezaliman.. 



Tanpa kita sedar.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

Adakalanya tanpa kita sedar dalam asyik kita bercinta, 
Ada insan lain yang memerhatikan kita..
Adakalanya tanpa kita sedar dalam asyik kita bercinta, 
Ada insan lain yang setia menunggu status terbaru kita..
Meskipun tak like atau komen, sekadar mendengar 
Khabar itu sudah memandai buatnya..

Adakalanya tanpa kita sedar dalam asyik kita bercinta, 
Ada insan lain setiap hari mengintip dan tengok wall kita..
Adakalanya tanpa kita sedar dalam asyik kita bercinta, 
Ada insan lain setiap hari berharap agar kita menegurnya..
Meskipun hanya dengan kata "HAI" padanya..

Adakalanya tanpa kita sedar dalam asyik kita bercinta, 
Dia selalu mendoakan kesejahteraan kita dan senyum menatap wajah kita
Lalu berdoa "Semoga awak bahagia bersamanya"

Ya tanpa kita sedar memang ada insan yang menaruh hati pada kita, 
Meskipun kita tidak pernah meminta dan berharap semuanya.. ;)
Sungguh istimewa nya kita dimata DIA.. ;) 



Kadang tanpa kita sedar ada seseorang yang rindukan senyuman kita, 
Yang rasa kehadiran kita amat bermakna..
Dia sentiasa memikirkan kita dalam diam.. ;) 

Selasa, 29 Januari 2013

;'(





Nothing to say.. 

Selasa, 22 Januari 2013

Maaf dalam Sepi..

Assalamualaikum w.b.t,


Maaf, Mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik..
Maaf juga, Mungkin selama ini aku sering melalaikanmu..
Maaf lagi, Mungkin selam ini aku membuatmu rasa sedih tersisih..
Maaf juga, Mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih..
Maaf sungguh, Mungkin selama ini aku sering tidak memahami..
Maaf, Aku hanya hamba yang biasa..
Kerana kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku padamu dikesempatan yang ada..
Moga ALLAH selalu menyayangimu,
Kerana siapa pun kamu, Kamu itu sahabatku..


You get from what you trying for, not from what you waiting for.. 

^_^

Assalamualaikum w.b.t,


Pandang sana pandang sini, fikirkan apa yang bakal jadi pada diri sendiri.. Kawan-kawan ada, yang tersayang tiada.. Tapi hidup mesti diteruskan juga.. Umur masih muda.. Bekerja sambil belajar, memang sedang tunggu panggilan dari pihak mereka..

Sendiri itu sebenarnya indah.. Sepi itu nikmat.. Tiada rindu.. Tiada sayang.. Tiada kasih.. Tiada cinta.. Tiada yang teristimewa.. Cinta hanyalah hubungan untuk merasa lebih mesra..

Sometimes you have to put a fake smile on and pretend like it never happened.. 
It’s not called giving up, it’s called growing up.. 



Khamis, 17 Januari 2013

Happy?! ;)

Assalamualaikum w.b.t,

Ada orang tanya,
"Aku tengok kau happy je.. Suka sangat tersenyum.. Kau takde rasa sedih ke?!"
Ya.. Aku angguk kepala penuh bangga..

Kenapa kau selalu happy?! Sebab aku pilih macam ini..

Kenapa mesti fikir benda yang dah jadi?! Lebih baik aku fikir macam mana nak buat esok lebih baik dari hari ini.. Benda dah nak jadi dulu biarkan pergi..

Betul, benda yang dah jadi tu sakit rasanya.. Betul, benda yang dah jadi tu susah nak lupa.. Betul,  ada sesetengah orang dan sesetengah benda dalam hidup aku yang buat aku rasa down gila.. Betul, setiap orang yang hidup ada masalah aras dunia..

Tapi bukanlah setiap kesalahan itu pengajaran?! Bukanlah setiap kesalah itu peringatan kepada kita untuk tidak terus membuat kesalahan?! Bukanlah sudah tertulis setiap masalah ada jalan penyelesaian?!

Just let go and move on from that bullshit..
If you're still thinking about it, you're not over it..

Senangnya kau kata.. Kau tak rasa.. Aku tahu mesti ada orang akan mengata.. Tak apa sebab aku bukan kata saja-saja.. Aku kata sebab aku percaya.. Percaya di akhir cerita semuanya akan sempurna.. Percaya pada diri dan percaya pada yang maha kuasa.. Kau tak percaya pada diri sendiri itu namanya gila.. Kau tak percaya pada yang maha kuasa itu namanya hina..


Hadapi masalah yang ada.. Jangan bagi masalah itu lagi berkuasa dari kita.. ;) 


Saat Itu..

Assalamualaikum w.b.t,

Saat kedua-dua belah tangan ini ditadah usai solat Isyak semalam, air mata jatuh ke pipi.. Dikesat air mata itu dengan jari.. Sayu hati.. Sepi.. Doa yang selama ini aku mohon tidak makbul sama sekali.. Kita terpisah walaupun hubungan kita direstui..

Air mata gugur bila aku sebut nama dia.. Air mata makin laju bila aku doakan dia selamat sentiasa.. Air mata ini tidak dapat dibendung lagi bila aku mendoakan hubungan kami kekal sampai bila-bila.. Air mata ini macam terlalu murah harganya..

Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMU ini.. Aku cekalkan hati.. Mungkin Tuhan nak uji.. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti.. Ayat itu aku sebut untuk sedapkan hati..

Semalam sebelum tidur aku pegang handphone lama-lama.. Aku taip mesej tapi aku padam semula.. Baru kelmarin aku hantar mesej pada dia tapi sekarang aku tak berdaya.. Tengok saja nama dia dalam contacts aku dah menangis inikan pula nak hantar mesej yang entah akan sampai atau tidak dekat handphone dia..

Akhirnya aku lena berteman air mata.. Tidak lama kemudian aku terjaga.. Aku mimpi dia.. Apakah ini semua?! Awak tak apa-apa?! Rindunya.. Kalaulah kita boleh jumpa.. Aku baring dan paksa diri untuk tidur semula..

Tadi aku bangun tidur dikejutkan alarm yang membingit telinga.. Aku capai handphone dan aku periksa.. Tak ada apa-apa.. Selama ini mesti ada mesej dari dia.. Hari ini mustahil semua itu akan ada..

Aku bangun dan solat subuh.. Sekali lagi air mata aku jatuh.. Hati aku rapuh.. Ya Allah kuatkanlah hatiku dan bagilah sakit ini sembuh..Sesungguhnya ingatan ini milik kau tapi aku mohon bawa ingatan ini pergi jauh..


 It's easy to stand with the crowd.. But it takes courage to stand alone.. ;)


Hidup..

Assalamualaikum w.b.t, 


Hidup adalah Kesempatan, Manfaatkanlah..
Hidup adalah Keindahan, Kagumilah..
Hidup adalah Kebahagiaan, Nikmatilah..

Hidup adalah Sebuah janji, Penuhilah..
Hidup adalah Penderitaan, atasilah..
Hidup terlalu Berharga, Jangan dihancurkan..


Jadilah insan yg mengalah membiarkan dirinya disakiti namun tidak sesekali menyakiti orang lain.. 
Jiwanya pasrah dan hanya mengharap redha Allah..




Selasa, 15 Januari 2013

Make me strong Ya ALLAH..

Assalamualaikum w.b.t,



Keep telling myself that this is a test, la tahzan ~ That there's a reason ALLAH has ordained things to turn out this way.. Probably ALLAH is testing me if I am amongst the grateful. Probably ALLAH knows I can take it and this test will just make me stronger..

I'd been holding it in.. I didn't wanna shed a tear.. But, Sometime, i'm too weak.. Helps me Ya ALLAH ~ Show me the way i should choose to be a better person, please wipes my tears..




Reciting Allah's name will ultimately make you a strong and you will come out of all the pain and be a much stronger person..

Isnin, 14 Januari 2013

Tersenyum melihat langit.. ;)

Assalamualaikum w.b.t,

Ketakutan pada kehilangan boleh diatasi,
Dengan percaya pada ilahi..
Percaya pada takdir-NYA..

Percaya bahawa selaku manusia,
Kita tak berhak memiliki,
Hanya meminjam..

Dan bila kehilangan terjadi,
Kita masih percaya,
Bahawa itu adalah kerana,
Takdir yang mengkehendaki..


 You don't know Everything , But Allah knows Everythings.. :)


;') ;') ;') ;') ;')

Assalamualaikum w.b.t, 

Ya Allah, 
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,
Bertemu untuk mematuhi perintahMU,
Bersatu memikul beban dakwahMU,
Hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, 
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan,
Dan keindahan tawakal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMU,
Jika Engkau mentakdirkan kematian maka
Matikanlah pemilik hati ini sebagai
Para syuhada dalam perjuangan agamaMU.. 
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, 
Perkenankanlah permintaan ini.. 


Bersendirian dalam mengharungi hidup
Mengajar aku erti kedewasaan..
Kesakitan ditinggalkan 
Mengajar aku erti kehadiran..
Keran cinta itu
Airmata buatku.. 



;')

Assalamualaikum w.b.t,

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,
Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci..
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya..
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
Tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan dan lain-lain perkara yang tercela..
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,
Di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasam,
Setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..


Sometime you'll never know the true value of a moment until it becomes a memory.. 

Jumaat, 11 Januari 2013

UJIAN DAN GANJARAN ILLAHI..

Assalamualaikum w.b.t, 


Manusia ciptaan Allah swt tidak dapat lari daripada setiap ujian-Nya.. Bentuk ujian diberi Allah swt ternyata berbeza diantara satu sama lain.. Ada manusia diuji dengan musibah dan ada pula dengan kemewahan hidup dengan bersenang-lenang.. Kedua-dua bentuk ujian ini menuntut manusia untuk bersabar dan bersyukur..

Jika manusia ingkar daripada bersabar dan bersyukur, maka Allah swt akan mencabar golongan ini melalui sebuah hadis qudsi bermaksud:
"Jika aku menguji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar dan jika aku menguji
kamu dengan kenikmatan, kamu tidak mahu bersyukur, maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah kamu mencari tuhan yang lain"..

Hakikatnya, apa jua pergolakan berlaku dalam hidup, manusia tidak akan terlepas daripada dua bentuk ujian iaitu kesusahan dan kenikmatan..

Jika dilihat, sikap bersabar itu lebih menuntut pengorbanan jika dibandingkan dengan bersyukur. Lazimnya, manusia yang ditimpa musibah akan menempuh kesusahan,keresahan,
tekanan, penderitaan emosi dan sebagainya..

Tetapi, bersyukur itu kelihatan mudah dilaksanakan berbanding bersabar kerana lazimnya
manusia yang dilimpahi dengan kenikmatan dan kesenangan tidak mengalami tekanan dan penderitaan..

Bersyukur bukan semudah melafazkan 'Alhamdulillah'.. Namun, setiap manusia yang dilimpahi
nikmat bertanggungjawab untuk merealisasikan kesyukuran itu dalam semua aspek kehidupan..

Selain lidahnya tidak henti melafazkan 'Alhamdulillah', hatinya juga perlu memperakui bahawa segala nikmat yang diterima itu adalah daripada Allah swt.. Nikmat itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran..

Rasa bersyukur itu tidak terhenti setakat dengan pengakuan lidah dan hati saja, malah
seluruh kekuatan fizikal dan material yang ada, perlu dibuktikan agar kesyukuran itu benar-benar wujud dan ternyata..

Allah swt memberikan kekayaan material, maka manusia harus mensyukurinya dengan berbelanja pada jalan yang diredai-Nya, disamping membantu golongan berhajat yang tidak bernasib baik..

Allah swt mengurniakan kesihatan dan kekuatan fizikal, maka ia harus ditonjolkan dengan pelaksanaan ibadat fizikal disamping mengorbankan tenaga yang ada untuk berbakti kejalan kebaikan..

Tahap kesyukuran ini perlu dilalui setiap manusia yang menerima kurniaan daripada Allah swt tanpa menyandarkan segala-galanya sebagai milik dan usaha sendiri..Justeru,
pentingnya manusia memahami betapa sukarnya bersyukur seperti dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah [nikmat] kepadamu dan jika kamu mengingkari [nikmat-Ku], maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".. [Surah Ibrahim:
Ayat 7].

Lazimnya, manusia yang ditimpa musibah akan memilih bersabar kerana mereka tidak mempunyai banyak pilihan, sama ada untuk pasrah atau mencabar keadilan Illahi.. Selagi manusia mempunyai iman yang kukuh, tidak mungkin dia menafikan keadilan Allah swt yang
memberikan musibah atau kesusahan kepadanya..

Selagi manusia memilih untuk taat kepada perintah Allah swt, maka mereka pasti berupaya mengimbangi tuntutan syukur dan sabar dalam diri mereka..




Hidup ini penuh liku-liku,
Ada suka dan ada duka,
Dari itu, jadilah insan yang bertakwa,
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana.. 

Khamis, 10 Januari 2013

Bangkit dlm kegelapan..

Assalamualaikum w.b.t,



Jaga hati orang yang tak pernah jaga hati kita sangat meletihkan sebenarnya.. Biarkan hati yang letih itu berehat seketika.. Suruh kaki bergerak sama.. Tak kira sesusah mana kau kena move on juga.. Patah hati bertongkat kaki dan patah kaki bertongkat lutut pula.. Biar melekat lantai dan dada, biar bergeser tanah dan kepala, jangan kau berputus asa..

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula..
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula..
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua..

Cakap senanglah nak buat susah.. Memang nak buat itu susah.. Tapi sebagai manusia yang dilahirkan gagah, itu bukan masalah.. Yang susahnya sebab kau sendiri fikir yang kau lemah.. 




Kita takkan pernah tahu kita sekuat mana kalau kita tak pernah cuba.. ;)

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya "bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"..Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)..
- Al baqarah 2:214 -



Ya Allah Ya Rabbi.. ;)

Assalamualaikum w.b.t,

Just wanna share the song in my blog.. Enjoy.. ;)


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku


There are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn, and people we can't live without but have to let go..  シ


Sometimes..

Assalamualaikum w.b.t, 

HIDUP umpama melalui sebatang JALAN,
Dalam melalui jalan itu, pasti akan TERJATUH,
Namun, perjalanan mesti diteruskan..
Kalau BANGUN dari jatuh, tak mampu BERLARI, BERJALANLAH..
Kalau tak mampu berjalan, MERANGKAKLAH..
Jika masih lagi tidak mampu merangkak,
pandanglah jalan itu dengan penuh HARAPAN..
Bersangka baik, yang penghujung jalan itu adalah KEBAHAGIAAN..


Tidak ada usaha tanpa kejayaan...
Tidak ada kemudahan tanpa ujian...
Tidak ada peluang tanpa kesempatan...
Justeru itu redhalah atas ujian yang di takdirkan..



Bintang yang bersinar tak selamanya terang.. 
Begitu pun mendung tak selalu jadi hujan.. 
Kata2 yang indah TAK SELAMANYA NYATA.. 
Begitu pun cinta BELUM TENTU SETIA.. 
Hidup ini UJIAN.. 
PAHIT MANIS harus kuat hadapinya.. 
Keindahan dimata TAK PASTI KEBAHAGIAANNYA 
kerana KEBAHAGIAAN 
yang SESUNGGUHNYA ADA DLM HATI.. ♥♥



He made me smile even if it was just for a while.. I'll always be thankful for that.. ;)

Rabu, 2 Januari 2013

2012 to 2013

Assalamualaikum w.b.t, 

Hari demi hari melangkah.. Tanpa sedar hujung tahun mula menjengah.. Aku pusing menatap semula sebelas bulan setengah yang sudah.. Dan aku sedar betapa banyak benda yang berubah..

Dalam setahun aku hilang ramai manusia.. Aku hilang kawan yang pernah susah senang bersama.. Aku hilang  sedara mara.. Mereka pergi untuk selamanya.. Entah bagaimana dalam setahun semua berubah sekelip mata.. 

Dua belas bulan berganti.. Agak sedih bila orang yang selalu kata "Saya selalu ada bila awak perlukan saya nanti" turut sama melangkah pergi.. Agak sedih bila semua yang dirancang tak menjadi..

Tipu kalau aku kata dalam dua belas bulan ini tak ada benda yang buat aku gembira.. Ada.. Banyak juga benda gembira.. Tapi dalam gembira itu terselit juga duka.. Mungkin sebab itu ada hidup di dunia..

Manusia ibarat roller coaster di taman tema keriangan.. Ia berubah mengikut jalan.. Saat ia mendatar kau rasa ketenangan.. Saat ia mendaki kau rasa debaran.. Saat ia menjunam kau tutup mata ketakutan.. Roller coaster berubah mengikut jalan, manusia berubah mengikut keadaan.. Kejam bukan? Tapi inilah kehidupan..


~ This love is difficult, But it's real.. ~

P/S : Happy New Year.. 2013.. ;)