Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Isnin, 22 April 2013

Kawan-kawan.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

Kita hidup bukan untuk kita sahaja.. Mungkin sebab itu Allah hadirkan kawan dalam hidup kita.. 
Untuk bagi kita kongsi apa yang kita rasa.. Dan dalam hidup ini ada tiga jenis kawan yang akan kita jumpa..

Kawan sebab bersebab itu yang pertama.. Kawan yang mungkin beri kelebihan dekat kita.. Mungkin dia ada kereta jadi kita boleh tumpang bila nak pergi mana-mana.. Mungkin dia anak orang kaya yang boleh belanja kita bila-bila masa.. Mungkin dia ada nama.. Mungkin dia ada kuasa.. Mungkin dia pandai orangnya.. Kawan yang tidak sedar di sebalik persahabatan itu tersembunyi satu rahsia.. 

Kedua, kawan yang macam cuaca.. Sekejap cerah sekejap gelap gelita.. Sekejap ada sekejap tak ada.. Bila kita senang dia ada depan mata tapi bila kita susah dia hilang entah ke mana.. Bila dia ada masalah kita sudi luangkan masa tapi bila kita ada masalah dia pekak kan telinga.. Kawan yang cuma sanggup ketawa bersama namun tidak menangis bersama.. 

Nombor tiga.. Kawan sampai bila-bila.. Kawan yang berjanji akan terus berkawan sampai hujung nyawa.. Kawan yang berjanji akan cari semula kita dalam syurga untuk sambung persahabatan atas dunia.. Kawan yang anggap masalah kita sebagai masalah dia sebab nak hadapi masalah itu sama-sama.. Kawan yang nampak derita dari mata kita saat orang lain percaya dengan senyuman yang kita reka.. Kawan yang tahu perangai buruk dan sejarah hitam kita tapi masih mahu bersama kita..

Lihat sekeliling kita.. Kawan-kawan kita jenis yang mana.. Sekarang lihat diri kita.. Kita sebenarnya kawan jenis apa?! Satu atau dua atau tiga?! Kalau semua tak apa.. Mungkin kita kawan pertama di mata dia namun sebenarnya kawan nombor tiga di mata yang lain pula.. Lagipun kita manusia yang tak sempurna.. Jangan ingat semua orang akan suka kita, sebab kita pun bukan suka dekat semua orang di sekeliling kita.. 




Di sekolah kita belajar dan diberi ujian.. Di luar kita diberi ujian dan belajar.. ;) 





Tiada ulasan: