Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Rabu, 4 Disember 2013

Do'a, Zikir & Amalan semasa mengandung..

Assalamualaikum w.b.t, 

Hye, aku jumpa page ni.. Jadi untuk perkongsian bersama.. Untuk aku jugak.. Meh share.. Thanks kepada tuan tanah.. Saya copy awak punya page.. Terima kasih.. :)  

Sumber : http://eleyagonslayzzs.blogspot.com/2012/09/doa-zikir-dan-amalan-semasa-mengandung.html


Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :

5.
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6.
Maha Suci Allah

7.



Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :

8.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq


10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Isnin, 2 Disember 2013

Memories..

Assalamualaikum w.b.t,

Wah! Terasa lama giler tak update blog ini.. Firstly, aku rasa macam sekejap je dah 4 Bulan aku kahwin..
Seakan tak percaya.. Okeyh, sebelum aku terlupa aku nak cerita terus pengalaman aku sekarang ni..
Hahahahaha! Pengalaman sangat.. Hihihihihi!

6-10 November yang lepas, aku ikut suami aku pergi outstation.. Dia bawak aku ke sana.. Seronok tak terkata la aku ni kan.. Mula-mula 6 November tuh ke Sarawak.. Tapi dekat Sarawak 1 hari jek.. Then esok nya, 7 November tuh malam flight ke Kota Kinabalu, Sabah.. Malam sampai sana, memang menggagau la aku.. Sebab mengantuk.. Dalam flight aku tdo je sepanjang perjalanan dari Sarawak ke Sabah..

Sampai je terus amik Cab ke Hotel.. Sampai hotel memang tdo jela aku.. Esok nya suami aku ada kerja plus dia ada meeting.. Tinggal la aku sorang2 dalam hotel.. Petang tuh dia balik, dia bawak aku jalan2 dekat sana.. Seronok sangat sebab dapat naik Rivercruise Sawarak.. Siap ada penari kebudayaan dalam tuh.. Sempatla aku amik gambar dengan dorang.. hehehehe!

Okeyh, Masa dekat sabah esok nya tuh suami aku bawak aku jalan2 ke Pulau Manukan & Pulau Sapi..
Memang naik bot la kan.. Fuh! Memang aku sangat2 la risau masa naik bot tuh.. Terhentak-hentak.. Ombak dia kuat la jugak.. Tapi Alhamdulillah aku selamat dah sampai KL pun.. Ni saje jek cerita mase aku dekat sana.. huhuhuhu!

Sebenarnya nak certia berita gembira jugak.. Macam ni, sepatutnya lepas balik dari Sabah & Sarawak aku sepatutnya datang bulan atau pun period.. Tapi period tak datang-datang.. Aku macam dah risau dah.. tapi encik suami aku ni suruh tunggu seminggu.. Kalau lewat seminggu baru boleh check.. Okeyh, aku sabar..
Tup-tup, aku ke clinic pada 18 November baru-baru ni.. Aku ni pun satu, sepatutnya check sendiri jela dulu kan, ni terus jumpe doctor..

Masa jumpa doctor tuh, lepas dia buat apa yang patut, doctor panggil.. Muka doctor tuh macam biasa jek.. Then die ckp macam ni.. "Kita dah check tadi, awak punya positif".. Aku ni terkebil-kebil la pandang encik suami.. Tengok die pun macam blur-blur jek.. hahahaha! Lepas tuh doctor tuh cakap, "Kandungan awak dah 5 weeks".. Wahhhh! Giler aku mase tuh.. Terkasima sekejap.. Mate dah berair.. Macam nak nangis..
Then doctor tuh explain la macam-macam.. Aku pun dengar dengan penuh kusyuk..

Keluar je dari bilik doctor, aku terus call ibu aku.. Ibu & papa aku terjerit dengan berita ni.. Mula lah dorang advice aku, suruh itu suruh ini.. Aku pun layan kan aje.. hehehehe! Feel so excited..

Masuk minggu ni dah 7 weeks.. Malam ni aku ada appoinment dengan doctor.. Berdebar-debar la jugak ni.. Risau semua ada.. Sabar yek, doa kan yang baik-baik jek.. Aku terfikir-fikir jugak, masa aku dekat sabah & sarawak ritu, aku dah pregnant la kan.. Tapi alhamdulillah, aku tak alah apa-apa pun..

Tapi sekarang ni aku macam ada alahan sikit la.. Aku memang tak boleh masuk dapur.. Kalau aku masak, aku akan rasa nak pitam, aku mual-mual, aku muntah jugak.. Alhamdulillah, encik suami sangat memahami my situation.. Bersyukur sangat-sangat.. Thanks a lot sayang.. ;)

Pasal makan pulak, aku tak boleh makan pagi.. Kalau aku makan pagi, mesti tak boleh nak telan.. Makan pun tengok jugak.. Kadang-kadang aku tak makan tapi sampai tengahari memang aku bedal la.. Bertingkek-tingkek.. Hahahahaha! Diibaratkan la yek.. Hihihihihi!

Okeyh la, aku pun ada kerja yang menunggu ni.. Nanti sambung lagi.. Kbai!

Selasa, 8 Oktober 2013

Beautiful Butterfly..

Assalamualaikum w.b.t, 

RAMA-RAMA tidak TAHU betapa INDAHnya WARNA sayap MEREKA,
akan tetapi MANUSIA lebih TAHU betapa INDAHnya WARNA mereka..
Begitulah juga diri kita, TIDAK TAHU betapa INDAH dan ISTIMEWAnya diri kita..
Namun begitu betapa ALLAH TAHU dan meng"ISTIMEWA" kan kita dimataNYA..
Tatkala kita TUNDUK dalam SyariatNYA, 
REDHA atas TakdirNYA, 
TERSENYUM dalam MUSIBAHnya, 
dan TEGAR dalam ujianNYA.. 

KETIKA!

Assalamualaikum w.b.t, 

KETIKA aku ingin hidup KAYA, 
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN..

KETIKA aku takut MEMBERI, 
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN..

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT, 
Aku lupa bahawa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.. 

KETIKA aku takut RUGI, 
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.. 

HIDUP ini sangatlah INDAH jika 
MENSYUKURI apa yang sudah kita dinikmati..

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK, 
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN..

Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN..
Itulah KEBAHAGIAAN.. 






Khamis, 3 Oktober 2013

HATI Wanita!

Assalamualaikum w.b.t, 

Hati wanita itu selembut kapas, 
Jika bahagian hujung nya terkena setitis air, 
Maka akan ikut basahlah seluruh bahagian nya.. 

Begitu juga jika terkena percikan api, 
Maka akan ikut terbakarlah seluruh nya.. 
Maka jagalah dan tempatkanlah ia di dalam
Kotak hatimu, Jagalah dari air (kesedihan)
dan api (kecemburuan).. 
Maka kamu akan dapatkan terus kelembutan nya.. 
Insya'allah.. ;) 

Teruskan tersenyum.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

Dalam kita melangkah sehari-hari, 
Kadang-kadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat 
Hingga kita terduduk dan menangis..

Peritnya terasa, 
Tetapi ketahuilah dan renungkan kembali dalam diri kita, 
Kerana mungkin air mata yang hadir itu 
Kerana dia mahu kita menjahit semula 
Sejadah iman kita yang terkoyak lantaran
Ada langkah-langkah yang tersasar daripada
Keikhlasan.. 

Air Mata itu bukan selamanya..
Setiap kesedihan pasti akhirnya 
Kebahagiaan..
Jangan sedih.. 
Allah kan selalu ada.. ;)


Rabu, 11 September 2013

Wed Day! :)

Assalamualaikum w.b.t, 

Lama rasanya aku tak update blog ni.. Al-maklum lah kesibukan melanda diri.. Sibuk prepare itu ini.. 
Cuti rasa macam lama tapi sebenarnya sekejap cuma.. Wah! Gambar masa wedding ritu masih belum dapat lagi, tapi aku curi-curi amik gambar ni dekat blog tuan punya photoG.. Dia tak tahu kot, tapi kalau dia tahu pun hopefully dia tak marah.. Aku sangat suka sebenarnya gambar-gambar yang diaorang ni amik.. Serious tak tipu.. Meh aku share gambar dengan korang eyh.. Check it out yaw.. ^_^ 




Ha, cukup la tuh.. Tak banyak pun gambar, so tak boleh nak share.. hehehehe! 
Okeyhla, tuh je.. Bye! :) 

Jumaat, 16 Ogos 2013

Everything!

Assalamualaikum w.b.t,

Kalau nak diikutkan, hampir semua benda aku tulis dekat blog ni.. Baik, buruk, cantik, jahat, hina, moral, nasihat dan sebagainya.. Semua tentang aku, apa aku rasa, apa aku buat, tapi tak semua benda aku ceritakan sebenarnya.. Ada sesetengah benda yang memang tak dapat aku ceritakan dekat sini..

Bila aku cuba menyelitkan beberapa cerita peribadi dalam blog yang aku sendiri tak kenal siapa pembacanya, benda-benda tak dijangka akan berlaku..

Serious, tolong jangan berkias dengan aku.. Kalau tak aku akan anggap benda itu main-main.. Maaf tapi tolong jangan berkias tentang perasaan dengan aku sebab aku memang dicipta untuk susah nak faham benda-benda macam tu..

"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka.. Sebab orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang.. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi sayanglah dengan apa yang kita ada.."



Buat Awak!

Assalamualaikum w.b.t, 

Awak, 
Hari tu awak buat diri saya teruji
Kaki saya tak ada tenaga nak berdiri
Tapi awak datang dan bangkitkan saya kembali

Awak, 
Hari tu awak buat saya jadi keliru
Otak saya bercelaru fikiran saya buntu
Tapi masa tu awak jugak yang datang membantu

Awak, 
Hari ini saya nak awak buka mata
Semua yang saya kata selama ini bukan dusta
Sebab saat ini sampai bila-bila hanya awak yang saya cinta



Isnin, 29 Julai 2013

Qada' dan Qadar'

Assalamualaikum w.b.t, 

Ketika kamu berasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu..

"Inilah perjalanan hidupku..ALLAH yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan ALLAH..
Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-NYA..
Dan aku terima Qada' dan Qadar' diriku..
Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-NYA.. Terima Kasih ALLAH, kerana mengasihiku.."

Selepas itu, buka matamu dan senyumlah.. ;')


Selalu ada harapan bagi mereka yang BERDOA..
Dan selalu ada jalan bagi mereka yang BERUSAHA..

Khamis, 11 Julai 2013

DIA..

Assalamualaikum w.b.t, 

Segalanya, telah ditentukan.. Semua yang berlaku telah tertulis tak kira kenikmatan atau dugaan..
Ada keriangan dalam kenikmatan.. Ada keluhan dalam dugaan.. Cuba imbas kembali berapa banyak kita mendengar keluhan.. Suami isteri mengeluh masalah perkahwinan.. Golongan dewasa mengeluh kesibukaan pekerjaan.. Remaja yang mengeluh tentang kehidupan.. Budak sekolah mengeluh kerana peperiksaan.. Kanak-kanak mengeluh bila tak dapat apa yang diidamkan.. Kekasih mengeluh kerana percintaan.. Setiap hari ada saja keluhan.. Tanya sama hati kepada siapa keluhan itu dilemparkam?!
Mungkin kita tidak sedar kita sebenarnya mengeluh tentang takdir Tuhan..

Takdir dalam bahasa mudah adalah kejadian yang dijamin ada hikmah di sebaliknya.. Jujur, aku sendiri mengeluh tak kira masa.. Tapi kita kena terlupa supaya dapat ingat semula.. Kita mengeluh kerana kelemahan kita tapi kita tahu kita akan kembali gagah semula.. Persoalannya ialah, bagaimana dan bila.. 
Terpulang pada kita.. Cepat atau lambat, kita yang menentukannya.. Kita hidup di dunia, setiap yang terjadi sudah ketentuan-Nya dan setiap yang Dia lakukan adalah untuk kebaikan kita.. Tak percaya?! Masih nak bertanya?! Tanya sama Dia.. 

Jangan sesekali buruk sangka dengan kejadian Tuhan.. Dia tidak menguji hamba-Nya di luar kemampuan..
Tuhan memberi ujian kerana Dia tahu manusia mampu bertahan.. Ini hanya peringatan.. Peringatan kepada aku yang bila susah, bila sakit, baru ingat Tuhan..

Awak, yang satu masa dulu pernah buat saya berdiri teguh.. Saya tahu awak baca blog ini walaupun tidak disuruh.. Dulu awak berdiri sekarang awak jatuh.. Bangunlah, saya boleh pinjamkan bahu ini semula sampai kaki awak kembali kukuh.. Kalau tak pun, saya boleh payungkan supaya awak dapat berteduh.. Yang penting saya nak awak berdiri semula dan berlari jauh-jauh.. 




Keep your heels, head and standards high.. 

Selasa, 2 Julai 2013

Alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t, 

Senyuman terukir.. Kebahagiaan semakin hampir.. Kata-kata cinta semakin rancak keluar dari bibir.. Inilah yang dikata kehebatan takdir.. Penantian akhirnya berakhir.. 

Alhamdulillah.. 


Selasa, 18 Jun 2013

Ocean..

Assalamualaikum w.b.t, 

I know it has been quite sometimes..
I know i shouldn't have swam up the surface..
I should have continued on diving, but i needed air..
I missed the beauty down under again..
I miss the peace, the beauty and the tranquility..
Forgive me, i'm only human..
As for now, i wish i'm at the beach, feet buried in the sand, a coffee mug in my hand, 
watching the waves splash, memories start to flash.. 


Rabu, 12 Jun 2013

Hikmah dalam Ujian..

Assalamualaikum w.b.t, 

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat jibril yang isinya adalah ujian.. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman : 
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.."
(HR. Thabrani dari Abu Umamah) Abu Sais dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : 
"Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.."
(H.R. Bukhari dan Muslim).  


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda.. Tapi sedihlah jika anda tidak mahu memahami orang lain.. Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda.. Tapi sedihlah jika anda tidak percaya pada diri sendiri.. Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda.. Tapi sedihlah jika anda belum membuat persiapan.. Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda.. Tapi sedihlah jika anda tidak bisa menghargai orang lain.. Jangan sedih bila orang lain menghina anda.. Tapi sedihlah jika anda membuat hina pada diri sendiri.. Jangan sedih bila orang lain memaki anda.. Tapi sedihlah jika anda bermulut jahat pada orang lain.. Jangan sedih orang selalu mengkritik kita.. Tapi sedihlah jika anda tak pernah mahu perbaiki diri.. Jangan sedih kerana anda selalu jatuh.. Tapi sedihlah jika anda tak mahu bangkit kembali.. Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda banyak pahit getir.. Tapi sedihlah jika anda tak pernah belajar daripada pengalaman.. 

INGATLAH.. 
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar..
#Memetik kata-kata sahabat Pakar Cinta (Pakar Diari Hati)
Orang kata, semakin banyak kau beriman.. "Kau akan diuji terus bertubi-tubi.."
Orang kata, semakin banyak kau berbuat baik.. "Kau akan terus berdepan dengan masalah.."
Ini semua benar.. Menjadi orang baik bukan senang.. Sebab itu, ia terus diuji supaya menjadi baik..
"Dan jangan putus asa untuk menyemai kebaikan dan membuahkan hasil yang baik.." 
"LA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS'AHA"




Rabu, 5 Jun 2013

Untuk dhia..

Assalamualaikum w.b.t,

Di pagi ini aku sendiri ditemani embun pagi..
Terserlah keheningan alam ciptaan ilahi..
Berirama kicauan burung di sana sini..
Terkenangkan dirimu yang jauh di mata dekat di hati..
Ku tatapi potretmu berulang kali..
Namun tidak mampu membendung rinduku ini..
Inginku curahkan semua di hati..
Namun bila tiba saatnya lidahku kelu tidak berbunyi..
Walaupun mataku terpejam wajahmu tetap berseri..
Terbanglah kau di langit tinggi..
Berenanglah kau di lautan indah lagi berseri..
Aku tenggelam di lautan cinta yang tak bertepi..
Andai kau sebuah mimpi lenakan aku sepanjang hari..
Wajahmu menjadi azimat penguat semangat diriku ini..
Agar bisa ku gagahi cabaran yang datang bertubi..
Maafkan aku meminjam wajahmu mengisi kekosongan hati..



Khamis, 30 Mei 2013

Lelaki Itu & Lelaki Ini..

Assalamualaikum w.b.t, 

Ditolak dengan seribu satu alasan oleh lelaki yang diiktiraf paling kacak di matanya membuat hatinya sedikit terluka.. Perasaan yang terpendam lama diluahkan pada satu malam ketika ramai manusia sedang lena.. Diberinya madu namun disuapnya cuka.. Dan pergi membawa hati yang lara..

Lelaki itu kemudian bercinta dengan seorang gadis yang ada rupa.. Masakan merpati mahu memilih enggang untuk terbang bersama?! Harinya diteruskan seperti tidak terjadi apa-apa walaupun hatinya masih terluka.. Pasti lelaki itu melabelnya perigi mencari timba.. Tapi dia peduli apa.. Dia perempuan moden yang berani bersuara..

Sehinggalah dia bercinta dengan seorang lelaki yang menarik minatnya kerana perangai gila-gila.. Ada kalanya gila lelaki ini sampai tahap sengal pun ada.. Lelaki yang dalam diam menawan hatinya.. Dia berfikir semula.. Lelaki itu dan lelaki ini sangat jauh beza.. 

Rambut lelaki itu fesyen serabai ala Korea.. Rambut lelaki ini skema.. Lelaki itu pandai menggunakan ayat yang mampu menyentuh jiwa wanita.. Lelaki ini pula ada kalanya dia sendiri tak faham dengan apa yang dia kata.. Tapi persetankan itu semua! Lelaki ini lebih tulus hatinya.. Tidak banyak berahsia.. Tahu menjaga hati wanita.. Dan dia sentiasa menghibur hati dengan pelbagai lawak jenaka.. Hari yang dulu kelam kini bersinar dengan senyum dan tawa..

Dan hari ini kami bersama.. Ramai tidak percaya.. Biarkan saja.. Pekakkan telinga.. Kami bahagia.. Walau dia tidak sekacak mana.. Tapi ada apa dengan paras rupa?! Sesungguhnya lelaki yang pandai buat lawak dan memberi hari anda ceria jauh lebih menarik berbanding lelaki kacak bergaya tapi tidak mampu untuk buat apa-apa.. 




Cari pasangan yang membuat anda senyum lebih lebar dan ketawa lebih besar untuk menghadapi hidup yang lebih mencabar.. ;)



Rabu, 29 Mei 2013

Hilang..

Assalamualaikum w.b.t, 

DULU..

Awak datang dalam hidup saya..
Awak berikan saya 'CINTA'..
Walau saya sedar saya tak layak untuk awak..
Tapi awak tetap berusaha..
Awak yakin kan saya..
Bahwa..
Cinta itu hadir tanpa kita tahu siapa..

Lalu dengan gembira..
Saya terus berharap..
Juga semampunya saya berusaha membalas 'Cinta' itu..

Awak ajar saya tentang sebuah
'Kasih Sayang'..
'Rindu'..
dan..
'Pengorbanan'..

Awak ingatkan saya apa itu
'Kesetiaan'..
'Kejujuran'..

Kerana kepercayaan saya pada awak..
Saya genggam awak kuat-kuat..
Saya mulai takut..
Takut kehilangan awak..

Tapi pada suatu hari..
Tiba-tiba awak hilangkan diri..

Sekarang..

Saya mencari..
Saya menangis..
Sakit..
Pedih..

Kini saya faham..
Cinta itu tidak harus memiliki..

Awak..
Setiap detik bersama, saya hargainya awak..
Mungkin awak tak pernah sedar..




Rabu, 22 Mei 2013

Wordless Wednesday..

Assalamualaikum w.b.t, 


"Wahai Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-MU dan sempurnakanlah 
bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.."

Khamis, 16 Mei 2013

Bulan..

Assalamualaikum w.b.t, 

Dua puluh empat tahun hidup, aku cuma merasa keindahan bulan setiap kali melihatnya.. Tidak terfikir langsung keadaan di kawasan gelap tidak bercahaya.. Tidak terlintas apa yang berlaku di sebaliknya..

Tapi kan dulu, masa kecil, aku pernah marah bulan.. Di mana saja aku berada, di rumah, di kampung, semasa bercuti, bulan seakan mengikut sama.. Lebih-lebih lagi bila berada dalam kereta.. Bulan seakan ikut ke mana saja kereta yang aku naiki pergi.. Tapi itu sebelum aku belajar tentang planet dan bimasakti..

Ini satu lagi rahsia.. Dulu, semasa kecil, peti sejuk adalah antara permainan yang paling aku suka.. Bila ibu atau nenek berada di dapur, aku mengikut sama.. Aku suka bermain pintu peti sejuk.. Aku akan tutup pintu peti sejuk dengan sangat-sangat perlahan untuk melihat lampunya terpadam.. Aku tak tahu kenapa, tapi aku suka.. 

Semasa dewasa, kita mahu jadi budak-budak..
Semasa budak-budak, kita mahu jadi dewasa.. 



Memories don't change, when everything and everyone else does..


Isnin, 13 Mei 2013

Mimpi & Jodoh.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

Kereta berhenti di tepi pantai pada suatu petang yang sunyi.. Tidak ramai orang di kanan dan kiri..
Kerusi kereta dibaringkan sedikit untuk merehatkan diri.. Tangan menggengam erat telefon sendiri..

Deringan lagu rancak berbunyi.. Mata pantas melihat skrin di tangan kiri.. Tertera nama orang yang sangat ku sayangi.. Dia mahu berjumpa sebaba ada benda mahu diberi..

Kereta diberhentikan di sebuah kedai makan.. Kaki dilangkah perlahan.. Punggung dilabuhkan di kerusi berdekatan jalan.. Datang seorang lelaki berkemeja lengan panjang mengikut kesesuaian badan.. Dia meletakkan satu sampul surat di atas tisu putih yang belum digunakan..

Perlahan-lahan sampul dibuka.. Ditarik keluar kertas tebal yang di dalamnya..Satu persatu ayat di kertas tersebut dibaca.. Terbeliak mata.. Aku mengangkat kepala.. Mata kami bertentang seketika..

'Walimatul Urus Undangan Raja Sehari' tertera di depan sekali.. Tersergam indah gambar aku dan lelaki di depan aku ini.. Terpampang nama aku dan bakal suami.. Tiba-tiba rasa pening melanda diri.. Gelap pandangan sunyi sepi.. Aku rebah menyembah bumi..

Aku terjaga dari mimpi.. Mimpi yang aku minta selama ini menjadi mimpi dalam hidup ku ini.. Aku ingat setiap satu yang terjadi.. Tapi aku samar-samar rupa dan nama bakal suami.. Sungguh sayang sekali.. Kalaulah mimpi seperti cerita yang dapat di ulang berkali-kali.. Aku lebih rela tidur sepanjang hari.. Menikmati detik indah bersama orang yang dicintai.. 


Jodoh ditentukan sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu.. ;)


Khamis, 9 Mei 2013

Redha & Ikhlas..

Assalamualaikum w.b.t, 



Bila kita membicarakan soal hati dan perasaan, pasti ada suka duka dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang insan kerdil di muka bumi ini.. Dalam hidup ini, pasti kalian pernah merasai perasaan mencintai seseorang yang kalian suka atau minat. Tapi perasaan itu cuma anda sahaja yang mengetahui tanpa pengetahuan si Dia yang anda cinta. Wahh.! Sulit dan payah diungkapkan dalam kata-kata bila hati bersulam sayang, berbunga cinta, berkait kasih kepada seseorang. Persoalannya ialah bila orang yang anda sayang itu bukanlah milik anda.? Jadi bagaimana anda menempuhinya. Perlukah anda memendam rasa itu sehingga terkubur di hati sanubari anda? 
Cinta bukanlah satu yang luar biasa tetapi bukan senang untuk kita menerima cinta apatah lagi cinta yang belum tentu hak milik kita. Cukuplah sekadar mencintai walaupun kalian sedar yang kalian tidak dicintai oleh dia. Dalam kes ini, mungkin kalian redha dengan takdir bahawa itu bukan jodoh kalian, dalam soal inilah kita belajar untuk menerima hakikat cinta yang tak kesampaian. Memanglah tak salah bagi kita untuk mencintai seseorang sebab kita manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Jadi disinilah kayu ukur bagi kita untuk menerima hakikat sebenar yang si Dia bukan milik kita dan redha akan semua ini. Redha biarlah secara ikhlas supaya perasaan terhadapnya sedikit sebanyak akan semakin pudar dan menghilang walaupun mengambil waktu yang lama untuk melupakan cintanya. Memetik kata-kata pujangga  “Belajarlah melupakan seseorang yang melupakan anda” Disini terbukti bahawa anda haruslah melupakan si Dia kerana si Dia sememangnya tidak pernah mencintai anda saat anda mencintainya. Saat bila anda merinduinya, pernahkah Dia mengingati anda?! Saat anda mengambil berat terhadapnya, pernahkah Dia mengambil berat terhadapnya?! Saat bila anda menolongnya, pernahkah Dia menolong anda di saat anda perlukan pertolongannya?! Pernahkah dia berkorban saat anda perlukan pengorbanannya?! Jadi jalan yang terbaik ialah melupakan si Dia walau apa jua caranya. Kebenaran yang pahit perlu anda terima walaupun pahit tetapi kepahitan itu adalah ubat..

Bagaimana pula jika anda mencintainya akan tetapi dia lebih mencintai orang lain dari anda? Peganglah kata pujangga “Jika dia milik kita,sesulit apa pun jalannya,apa jua rintangannya, Ia pasti Milik kita kerana cinta itu  memang untuk kita akan tetapi Jika cinta itu bukan milik kita,walaupun mudah jalannya, walaupun bersusah payah untuk kita mendapatkannya, tetapi cinta itu bukan milik kita kerana Ianya sememangnya bukan milik kita” Jadi jalan yang terbaik ialah Pasrah dengan apa yang berlaku, kita meletakkan diri kita dalam kepasrahan dan menyerah dengan takdir cinta. Jadi kesimpulanya, Redha itu biarlah ikhlas dari hati kita untuk menerima hakikat cinta dan pasrah dengan apa yang berlaku ke atas diri kita kerana menyerah kepada takdir yang Maha Esa. Jadi Redha itu Ikhlas Pasrah itu Menyerah.






Rabu, 8 Mei 2013

When I miss you..

Assalamualaikum w.b.t, 

Jauh itu ruang yang memisah..
Jauh itu ada dua hati yang terpisah..
Apabila jauh itu ada rasa yang resah..
Apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah..
Apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

Dan rindu itu membuatkan kita tidak dapat mengawal perasaan..Setiap saat mengingati si dia.. 
Bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga.. Apapun yang dipandang akan mengintai pada si dia..
Dan rindu tidak seharusnya cinta.. Dan selalunya bila cinta pasti merindui..

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar benar menghargai aku..
Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku..
Sunggu aku rindukan kamu.. 

Pernahkah kau mengerti..
Tentang rindu yang tak bertepi..
Tentang kasih terpendam di hati..
Tentang cinta kian bertakhta di sanubari..

Rinduku yang sentiasa memikirkanmu..
Kasihmu hanya hadir untukku..
Mengulit mimpi menjadi realiti dalam hidupku..
Sedang aku sendirian dalam sunyi tanpamu..


Ketika Tuhan menginginkan dua hati bertemu, 
DIA akan menggerakkan keduanya,
Tidak hanya salah satu.. 


Isnin, 6 Mei 2013

Kawan..

Assalamualaikum w.b.t, 

Ini cerita tentang seorang kawan.. Namanya, biarlah dirahsiakan.. Kawan lelaki, bergaya dan tampan.. Berkawan sejak zaman persekolahan, dia menjadi rebutan.. Tapi tiada seorang perempuan dapat menarik perhatian.. 

Bulan februari dua ribu sepuluh, di dalam Facebook mereka dipertemukan.. Ketika kebanayakan manusia di seluruh dunia bersorak dengan Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Afrika Selatan, mereka sibuk mengikat ikatan persahabatan.. Telefon bimbit Sony Ericsson yang dulu sunyi kini dibanjiri pelbagai deringan.. Wajah yang dulu suram kini berhiaskan senyuman..

Masa berganti masa.. Belajar di satu kawasan yang sama mengeratkan lagi dua hati manusia.. Berbeza tempat pengajian, berbeza jurusan, tapi sama-sama mengejar cita-cita dan cinta.. Cinta yang disemai ditabur baja akhirnya berbunga.. Bunga itu dijaga bersama, hanya waktu dapat memisahkan kita, itu antara janji mereka.. 

Dua hati, yang dulunya tertutup rapi akhirnya berwarna warni.. Mereka berubah menjadi insan yang tidak pentingkan duniawi.. Si lelaki membimbing kekasihnya mendekati agama Islam yang suci.. Si lelaki yang dulu panas baran semakin penyabar kerana dia mula sedar marah itu syaitan yang dicipta dari api.. Si perempuan yang dulu seksi kini bertudung rapi.. 

Adat bercinta, ada salah faham sesama sendiri.. Satu pergaduhan kecil membuatkan si perempuan meninggalkan si lelaki.. Si lelaki cuba memujuk tetapi kekasihnya melarikan diri.. Si lelaki berkorban apa saja asalkan diterima kembali.. Sehinggalah si lelaki tadi mendapat berita kekasihnya sudah jumpa pengganti yang lebih kacak, kaya dan ranggi.. Sedih dan sayu di hati.. Cinta yang dulu disemai mungkin berbunga tapi tak dimiliki.. Hari ini, dua hati yang dulunya berwarna warni kini mendung dan akhirnya menjadi satu memori..

Si lelaki tadi menangis bila bercerita tentang cintanya yang putus di tengah jalan.. Aku faham perasaan remuk bila ditinggalkan perempuan.. Aku pantang bila lelaki sebaik dia dipermainkan.. Aku minta dia bertenang.. Aku minta kebenaran untuk tolong selesaikan.. Kalau terpaksa, aku rela guna kekerasan.. Tapi dia melarang.. "Pukul aku kalau kau terlalu geram.." katanya lantang.. Aku terdiam.. Aku tak faham.. Kenapa masih dipertahankan orang yang buat kau jatuh dalam derita kesedihan?! Tiada jawapan.. "Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.." Katanya perlahan.. Dia meninggalkan aku berfikir sendirian.. Dia menghampar sejadah dan menghadap Tuhan.. Baik sungguh hatimu, kawan..

Benar.. Setiap kejadian ada hikmahnya.. Manusia menjadi lebih kuat kerana manusia.. Wanita menjadi lebih tabah kerana ada lelaki pernah menghancurkan hatinya.. Lelaki menjadi lebih berani kerana ada wanita mempermainkan cintanya.. Tuhan menguji hamba-Nya kerana Dia tahu manusia mampu menghadapinya.. Kegagalan manusia dalam cinta kerana Tuhan mahu memberi yang lebih sempurna..

Sekarang, aku bangga melihat kau mendapat hidayah untuk mendekati agama.. Sebagaimana kau mendoakan bekas kekasih kau bahagia dengan kekasih barunya, begitulah aku mendoakan kebahagiaan kau di dunia, dan akhirat sana bila tiba masanya.. Sebab kita kawan dulu, kini.. Sampai syurga dan selama-lamanya.. 


Kawan, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.. ;) 

Kawan lelaki..

Assalamualaikum w.b.t, 

Kebiasaannya perempuan berpendapat bila mereka ada teman lelaki, maka teman lelaki mereka itu dapat memenuhi setiap inci keperluan yang mereka perlukan.. Tak semestinya.. Ada masanya mempunyai beberapa kawan lelaki lain boleh memberi satu kelebihan buat perempuan..

Perempuan mahukan kawan perempuan yang mampu dicari bila berlaku apa-apa situasi, jadi tidak jauh bezanya dengan kawan lelaki.. Untuk hidup yang lebih ceria dan tersusun, pastikan anda mempunyai kawan lelaki seperti di bawah.. 

Lelaki memperbetulkan kerosakan
Ada perempuan yang pandai tukar tayar kereta, tukar kepala paip, tukar mentol dan sebagainya, tapi tak semua.. Jadi perempuan memang sangat perlukan kawan lelaki yang pandai baiki-membaiki ni.. Tak perlu risau, dia tak perlukan upah daripada anda.. Cukup sekadar belanja dia makan..

Lelaki 'Gila-Gila Remaja'
Anda kenal lelaki yang ceria sepanjang masa?! Lelaki yang kelihatan 'gila-gila' seolah-olah tiada masalah dalam hidupnya?! Cepat berkawan dengan dia.. Bila anda rasa anda dalam mood tak stabil, dan anda mahukan seseorang untuk menghilangkan stress, dia adalah orang yang anda perlukan.. Bukan saja dia tahu tempat mana perlu dia bawa anda, malah dia akan menjadi sumber tenaga kepada anda..

Lelaki pandai mengayat
Lelaki dan ego tak dapat dipisahkan.. Tapi perempuan mana tak suka bila lelaki memberitahu dia sangat cantik pada satu-satu ketika, bila lelaki membelikannya makanan atau secara tidak sengaja membuat anda rasa seperti dia mahu mengorat anda?! Anda berdua tahu anda berdua cuma kawan tapi perasaan bila lelaki memuji anda tetap anda suka, bukan?!

Lelaki lembut
Kalau ikutkan, setiap perempuan perlukan kawan lelaki seperti ini.. Kelebihannya ialah dia boleh bergelumang dengan setiap aksesori wanita tanpa sebarang drama seperti beberapa wanita lain.. Dia boleh ikut anda shopping berjam-jam lamanya dan dia boleh masuk ke dalam kedai pakaian wanita tanpa rasa segan, satu benda yang tak ramai teman lelaki boleh buat.. Dan lelaki lembut juga pakar fesyen dari rambut sampai ke kaki.. 

Lelaki Abang Besar
Kadang-kadang ada bagusnya bila ada kawan berbadan sasa yang kuat dan mampu buat orang lain takut.. Malah perempuan juga rasa selamat bersama orang badan besar macam ni.. Sebagai bonus, kalau ada lelaki yang hancurkan hati perempuan, tidak mustahil Abang Besar ini akan 'hancurkan' lelaki tersebut.. 



Kita ada kawan yang buat kita selesa cukup dengan berkawan sahaja.. ;) 


Jumaat, 3 Mei 2013

Untuk awak..

Assalamualaikum w.b.t,

Kisah ini hanya sekadar rekaan semata-mata.. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. Saya hanya nak orang baca dan faham sahaja..

Pertama sekali, maaf kalau warkah ini akan mengganggu ketenteraman hidup awak yang serba indah dan tak ada secebis rasa sedih itu..

Kita pernah satu induksi suatu ketika dahulu..
Awak pernah pandang-pandang saya, tapi waktu itu saya sudah berpunya.. Kekasih saya sentiasa disisi tidak kira masa.. Kami sentiasa bersama..Tapi sekarang, dia telahpun berkahwin dengan kekasih hati dia.. Mungkin tiada jodoh antara dia dan saya..

Tiba-tiba awak muncul dalam hidup saya.. Awak add saya dalam Facebook, awak suruh kawan awak approve saya.. Saya terlupa siapa awak, saya ingat-ingat lupa..

Awak cakap yang awak nak kenal dengan saya.. Awak nak kawan dengan saya.. Saya cakap, nak kawan tak salah, tapi saya dah beritahu awak yang saya sudah berpunya.. Awak cakap awak tetap nak kawan dengan saya.. Awak tetap nak tunggu saya walaupun sebenarnya saya sedang merancang ke arah hubungan yang lebih serius dengan kekasih hati saya..

Awak, maafkan saya.. Saya suka berkawan dengan awak, cuma kita hanya sekadar kawan biasa..
Tak perlu lah awak harap apa-apa dari saya.. Mungkin tiada jodoh antara kita.. Saya dah jumpa orang yang saya cari selama ini dalam hidup saya.. Saya dah jumpa dan tak mungkin saya tinggalkan dia.. 

Mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak.. Awak akan jumpa seseorang yang lebih baik dari yang awak nak.. Insya'allah, semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk awak.. Saya hanya mampu doakan untuk awak.. 

Walau macam mana pun, kita masih tetap kawan.. Jangan disebabkan kisah kita ni awak dah tak nak berkawan.. 

Buka pintu hati awak untuk perempuan lain, sebab awak akan jumpa apa yang awak nak.. Saya nak kenal kan kawan saya dekat awak.. Tapi awak tak nak.. 

Awak cakap awak tak kenal dia.. Awak tak sudi kenal dengan dia.. Jadi saya terfikir.. Semua kawan-kawan awak sekarang memang awak dah kenal sejak keluar dari perut mak awak ke?! Sebelum dua manusia menjadi kawan, mereka memang tak kenal antara satu sama lain kan?!

Saya cakap yang dia ikhlas nak kawan dengan awak.. Awak semacam tak percaya.. Awak nak suruh dia buktikan?! Serius saya cakap, saya tak pernah tengok orang buktikan keikhlasan mereka.. Bukti macam mana yang awak nak?! Buat keluar dan tunjuk depan batang hidung awak?! Macam tuh?!

Awak tanya saya, kenapa saya nak kenal kan dia pada awak ke?! Tapi saya sendiri tak tahu.. Perlu alasan ke bila kita nak berkawan dengan seseorang?! Kalau boleh saya nak awak kawan dengan dia dulu.. Kenal hati budi dia dulu.. Nanti kalau dah kenal, mana lah tahu hati awak terbuka untuk dia.. Saya tumpang gembira kalau awak dengan dia.. Sebab dia baik, dia kawan baik saya.. Saya kenal dia.. Sebab tuh la saya nak kenal kan dia dekat awak.. 

Tapi mungkin awak terlalu kacak sampai orang macam dia tak boleh nak berkawan.. Mungkin awak hot giler sampai tak layak nak duduk semeja dengan dia.. Takpe, takpe.. Saya tak kisah.. Mungkin awak sendiri pernah kena reject dengan orang yang lebih menarik dari awak, sampai awak pulak yang reject orang lain.. What goes around comes around, right?!

Saya lebih rela jadi orang yang bajet hot tapi ada ramai kawan berbanding orang hot tapi tak reti berkawan.. 

Saya minta maaf untuk warkah ini.. Saya nak awak faham.. 


All life is an experiment. The more experiments you make the better.

Selasa, 30 April 2013

Dua puluh empat.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

Aku datang ke sini 24 tahun yang lalu.. Aku panjat tangga satu per satu.. Tanpa rehat tanpa jemu..
Keyakinan adalah senjata aku.. Aku kayuh perlahan seperti perahu.. Aku nampak ada yang laju macam peluru.. Aku tak kisah semua itu..

Masa berganti masa.. Rasa sunyi mula ada.. Sunyi sebab masa perlu dibahagi dua.. Kadang-kadang tiga, empat dan lima.. Masa untuk kerjaya, keluarga dan study juga.. Mungkin study masih belum tiba saatnya..
Sebab hidup ini ada naik turun dia.. Peluh mengalir dari kepala.. Dan air mata yang menitis di dada.. Semua itu aku dah rasa.. Sebab bertahan selama dua puluh empat tahun bukan semudah yang di sangka.. 

Dua puluh empat.. Rasa macam masa berlalu cepat sangat.. ;) 


To be without family, you all, is like Facebook without friends, Myspace without bands, Youtube without music and google with no results.. Thank you very much.. 




Jumaat, 26 April 2013

Please!

Assalamualaikum w.b.t, 

April, please be nice to me.. 


If you wish for a life without the pain
Then you'll never see the beauty of a rainbow after the rain.. 



Khamis, 25 April 2013

25 tentang aku?!

Assalamualaikum w.b.t, 

Hyep, kali ni nak share TAG tentang 25 fakta tentang diri sendiri.. Jom layan.. Hehehe!~

01.  Sangat suka layan lagu yang mencengkam qalbu.. 

02.  Sangat suka tengok wanita yang berwajah kacukan.  Contoh macam Diana Danielle, Emma Maembong..

03.  Suka tengok gambar-gambar lama dan berfikir betapa banyak perubahan yang telah berlaku..

04.  Suka perasaan bila gelak kuat-kuat sampai tak boleh bernafas dan keluar air mata..

05.  Selalu pening bila tengok bilik aku berselerak dengan sendirinya sedangkan aku dah jaga sebaik mungkin..

06.  Selalu sebut "Aku okeyh" sebab malas nak explain apa yang berlaku walaupun sebenarnya "Aku sangat tak okeyh"..

07.  Tak faham kenapa ada orang sangat obses dengan artis korea..

08.  Tak suka bila ada orang kutuk kawan yang aku kenal.. Sebab aku lagi kenal dia..

09.  Tak pernah rasa bosan lepak dengan kawan-kawan yang sama..

10.  Sampai hari ini aku tetap tak tahu kenapa masa seakan cepat berlalu bila berlaku benda yang menyeronokkan tapi benda yang bosan berlalu dengan masa yang sangat perlahan..

11.  Tak suka bila buat sesuatu hanya untuk orang aku sayang tapi dia tak pernah perasan benda yang aku buat tuh..

12.  Aku takkan keluar rumah selagi style tudung aku tak menjadi macam yang aku nak..

13.  Sangat suka bawak kereta laju-laju.. 

14.  Suka dengar lagu dalam kereta kuat-kuat.. 

15.  Sangat suka dengar lagu pitbull, dengar dalam kereta baru syok.. ;p

16.  Teringin nak mati sekejap, tengok siapa yang sedih, siapa yang tak kisah, siapa yang suka dan hidup semula lepas tuh..

17.  Tak suka bercakap dengan sesiapa bila tengah bengang, marah, sedih, tak puas hati dan semua perasaan emo yang ada..

18.  I only say "I Love You" when I really love you..

19.  Kalau boleh, nak bunuh beberapa orang manusia dalam dunia ni tapi sebab membunuh tuh salah, terpaksa pendam je perasaan dan bakat ni..

20.  Sangat suka bau perfume lelaki yang aku suka.. 

21.  Dulu teringin sangat nak masuk Hospital, duduk dalam wad lama-lama.. Sebab teringin orang datang jenguk dekat wad, bawak hadiah, bunga & buah.. 

22.  Sangat suka pakai dress.. Rasa nya aku suka beli dress sejak akhir-akhir ini.. 

23.  Teringin nak aktif sukan balik.. Masa sekolah & study je aktif.. Sekarang dah tak.. 

24.  Aku sangat suka dengan nombor 2 & 4.. Lagi suka sebab this year umur aku dah 24.. Suka sangat.. ;)

25.  Sangat suka memasak.. Tapi dah tak boleh masak makanan pedas-pedas sebab perut dah tak berapa sihat.. So, jaga-jaga dyza.. ;) 











Rabu, 24 April 2013

Kebahagiaan Itu Milik Awak..

Assalamualaikum w.b.t, 

Kadang-kadang saya fikir macam kita dah buat keputusan yang salah.. Awak dah bercinta dengan seorang perempuan yang pemarah.. Dan bila saya marah, awak gelisah.. Sampai satu tahap saya terfikir kita patut berpisah.. Tapi saya tak pernah luah.. Sebab cinta saya pada awak masih tak berubah.. 
Tapi, Entahlah.. 

Kadang-kadang kita gaduh sebab benda kecil yang tidak ada kena mengena.. Saya perasan keserasian kita macam tak ada, macam hilang seketika.. Dan akhirnya awak diam dihadapan saya.. Ada salah saya.. Ada salah awak juga.. Tapi kita suka pendam rasa..Akhirnya semua tergantung sebegitu saja.. 

Saya pernah cuba jadi baik banyak kali.. Tapi bila berubah saya rasa saya tak jadi diri sendiri.. Saya rasa macam hidup dalam tubuh badan orang yang saya tak kenali.. Biarlah saya jadi diri saya sendiri walaupun itu buat orang benci.. 

Saya nampak perasaan awak pada saya tak bertukar.. Awak masih perlukan saya dengan mesej-mesej yang awak hantar.. Awak masih setia walaupun hubungan kita kadang-kadang semacam halilintar.. Awak masih sabar.. 

Awak baik dan saya jahat.. Macam dua darjat.. Perbezaan banyak yang amat.. Tapi saya tetap sayang awak sangat-sangat.. 

Saya tahu awak mahu kekasih yang baik hati.. Saya tahu awak mahu kekasih yang tak menyusahkan hidup awak setiap hari.. Saya tahu awak mahu kekasih yang tak menyakitkan hati.. Saya tahu lelaki sebaik awak layak untuk dapat kekasih yang baik budi pekerti.. Bukan seperti perempuan sebegini..


Saya cuma mahu awak bahagia meskipun kebahagiaan itu bukan dengan saya.. ;)