Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Selasa, 30 April 2013

Dua puluh empat.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

Aku datang ke sini 24 tahun yang lalu.. Aku panjat tangga satu per satu.. Tanpa rehat tanpa jemu..
Keyakinan adalah senjata aku.. Aku kayuh perlahan seperti perahu.. Aku nampak ada yang laju macam peluru.. Aku tak kisah semua itu..

Masa berganti masa.. Rasa sunyi mula ada.. Sunyi sebab masa perlu dibahagi dua.. Kadang-kadang tiga, empat dan lima.. Masa untuk kerjaya, keluarga dan study juga.. Mungkin study masih belum tiba saatnya..
Sebab hidup ini ada naik turun dia.. Peluh mengalir dari kepala.. Dan air mata yang menitis di dada.. Semua itu aku dah rasa.. Sebab bertahan selama dua puluh empat tahun bukan semudah yang di sangka.. 

Dua puluh empat.. Rasa macam masa berlalu cepat sangat.. ;) 


To be without family, you all, is like Facebook without friends, Myspace without bands, Youtube without music and google with no results.. Thank you very much.. 




Jumaat, 26 April 2013

Please!

Assalamualaikum w.b.t, 

April, please be nice to me.. 


If you wish for a life without the pain
Then you'll never see the beauty of a rainbow after the rain.. 



Khamis, 25 April 2013

25 tentang aku?!

Assalamualaikum w.b.t, 

Hyep, kali ni nak share TAG tentang 25 fakta tentang diri sendiri.. Jom layan.. Hehehe!~

01.  Sangat suka layan lagu yang mencengkam qalbu.. 

02.  Sangat suka tengok wanita yang berwajah kacukan.  Contoh macam Diana Danielle, Emma Maembong..

03.  Suka tengok gambar-gambar lama dan berfikir betapa banyak perubahan yang telah berlaku..

04.  Suka perasaan bila gelak kuat-kuat sampai tak boleh bernafas dan keluar air mata..

05.  Selalu pening bila tengok bilik aku berselerak dengan sendirinya sedangkan aku dah jaga sebaik mungkin..

06.  Selalu sebut "Aku okeyh" sebab malas nak explain apa yang berlaku walaupun sebenarnya "Aku sangat tak okeyh"..

07.  Tak faham kenapa ada orang sangat obses dengan artis korea..

08.  Tak suka bila ada orang kutuk kawan yang aku kenal.. Sebab aku lagi kenal dia..

09.  Tak pernah rasa bosan lepak dengan kawan-kawan yang sama..

10.  Sampai hari ini aku tetap tak tahu kenapa masa seakan cepat berlalu bila berlaku benda yang menyeronokkan tapi benda yang bosan berlalu dengan masa yang sangat perlahan..

11.  Tak suka bila buat sesuatu hanya untuk orang aku sayang tapi dia tak pernah perasan benda yang aku buat tuh..

12.  Aku takkan keluar rumah selagi style tudung aku tak menjadi macam yang aku nak..

13.  Sangat suka bawak kereta laju-laju.. 

14.  Suka dengar lagu dalam kereta kuat-kuat.. 

15.  Sangat suka dengar lagu pitbull, dengar dalam kereta baru syok.. ;p

16.  Teringin nak mati sekejap, tengok siapa yang sedih, siapa yang tak kisah, siapa yang suka dan hidup semula lepas tuh..

17.  Tak suka bercakap dengan sesiapa bila tengah bengang, marah, sedih, tak puas hati dan semua perasaan emo yang ada..

18.  I only say "I Love You" when I really love you..

19.  Kalau boleh, nak bunuh beberapa orang manusia dalam dunia ni tapi sebab membunuh tuh salah, terpaksa pendam je perasaan dan bakat ni..

20.  Sangat suka bau perfume lelaki yang aku suka.. 

21.  Dulu teringin sangat nak masuk Hospital, duduk dalam wad lama-lama.. Sebab teringin orang datang jenguk dekat wad, bawak hadiah, bunga & buah.. 

22.  Sangat suka pakai dress.. Rasa nya aku suka beli dress sejak akhir-akhir ini.. 

23.  Teringin nak aktif sukan balik.. Masa sekolah & study je aktif.. Sekarang dah tak.. 

24.  Aku sangat suka dengan nombor 2 & 4.. Lagi suka sebab this year umur aku dah 24.. Suka sangat.. ;)

25.  Sangat suka memasak.. Tapi dah tak boleh masak makanan pedas-pedas sebab perut dah tak berapa sihat.. So, jaga-jaga dyza.. ;) 











Rabu, 24 April 2013

Kebahagiaan Itu Milik Awak..

Assalamualaikum w.b.t, 

Kadang-kadang saya fikir macam kita dah buat keputusan yang salah.. Awak dah bercinta dengan seorang perempuan yang pemarah.. Dan bila saya marah, awak gelisah.. Sampai satu tahap saya terfikir kita patut berpisah.. Tapi saya tak pernah luah.. Sebab cinta saya pada awak masih tak berubah.. 
Tapi, Entahlah.. 

Kadang-kadang kita gaduh sebab benda kecil yang tidak ada kena mengena.. Saya perasan keserasian kita macam tak ada, macam hilang seketika.. Dan akhirnya awak diam dihadapan saya.. Ada salah saya.. Ada salah awak juga.. Tapi kita suka pendam rasa..Akhirnya semua tergantung sebegitu saja.. 

Saya pernah cuba jadi baik banyak kali.. Tapi bila berubah saya rasa saya tak jadi diri sendiri.. Saya rasa macam hidup dalam tubuh badan orang yang saya tak kenali.. Biarlah saya jadi diri saya sendiri walaupun itu buat orang benci.. 

Saya nampak perasaan awak pada saya tak bertukar.. Awak masih perlukan saya dengan mesej-mesej yang awak hantar.. Awak masih setia walaupun hubungan kita kadang-kadang semacam halilintar.. Awak masih sabar.. 

Awak baik dan saya jahat.. Macam dua darjat.. Perbezaan banyak yang amat.. Tapi saya tetap sayang awak sangat-sangat.. 

Saya tahu awak mahu kekasih yang baik hati.. Saya tahu awak mahu kekasih yang tak menyusahkan hidup awak setiap hari.. Saya tahu awak mahu kekasih yang tak menyakitkan hati.. Saya tahu lelaki sebaik awak layak untuk dapat kekasih yang baik budi pekerti.. Bukan seperti perempuan sebegini..


Saya cuma mahu awak bahagia meskipun kebahagiaan itu bukan dengan saya.. ;)

Kesepian..

Assalamualaikum w.b.t, 

Lonely, 
I'm Mr. Lonely
I have nobody
For my own

Button 'Stop' di Winamp aku tekan dengan menggunakan mouse di sebelah ini.. Winamp seakan memerli walau mengerti.. Kenapa perlu pilih lagu yang menggambarkan apa yang tergambar di hati?! Kenapa perlu lagu tadi?!

Rasa malas nak buat apa-apa.. Nak makan pun seakan tiada selera.. Nak keluar pun tak bermaya.. Satu keluhan hampa dihela.. 

Letak kaki.. Melutut kanan dan kiri.. Perlahan-lahan digagahkan hati.. Berdiri.. Kali ini aku akan cuba berjalan sendiri.. Kali ini berjalan seorang diri.. Sekali.. Kemudian dua kali.. Kemudian tiga kali.. Kemudian aku sedar aku boleh berjalan tanpa sesiapa di sisi.. Mungkin nasib aku baik sebab ada kawan-kawan yang memahami.. Kawan yang selayaknya dipanggil kawan sejati.. And I'm finally starting to realize that being alone doesn't have to mean being lonely..



There's a 'Hell' in every 'Hello'.. There's a 'Good' in every 'Goodbye'.. ;)





Selasa, 23 April 2013

Cinta & Hati..

Assalamualaikum w.b.t, 

Aku ingat lagi masa aku putus cinta dulu, kawan aku suruh aku jatuh cinta lagi sebab dia cakap itu ubat kalau patah hati.. Tapi betul ke hati akan sembuh kalau bercinta lagi?!

Sebenarnya aku tak setuju sangat.. Kalau anda nak setuju tu terpulanglah.. Sebab bagi aku, ubat yang paling mujarab kalau patah hati ialah masa.. Mungkin jatuh cinta lagi dapat meredakan sakit di hati.. Tapi masa, bukan setakat meredakan sakit tapi mampu menyembuhkannya juga..

Bayangkan kisah cinta anda diputuskan oleh si dia secara tiba-tiba dalam keadaan anda tidak bersedia.. Perasaan berkecamuk, hati mulai berdarah, marah, tidak rela, sedih dan ada yang dicampak selepas harga dirinya diragut.. Dan timbullah perasaan ingin balas dendam, bermati-matian  berusaha merebut kembali cinta yang hilang dan ada yang tak henti-henti meratapi diri sendiri.. 

Sekarang tanya diri anda, apa perlu anda lakukan?! Terima cinta baru?! Atau memberi kesempatan kepada diri anda untuk mengasihani diri sendiri..

Bagi aku, ada 4 peringkat untuk mengubati hati yang terluka.. Peringkat pertama ialah masa berduka..
Anda boleh menangis sepuas-puasnya atau menikmati sebaiknya kesedihan anda.. Memang nampak macam lemah tapi tak salah menangis atau berasa kesal sebab itu mungkin kesalahan anda.. Kadang-kadang menangis juga dapat membuat anda lega..

Peringkat kedua ialah luangkan masa untuk meluahkan perasaan.. Ketika ini, kawan baik anda sangat diperlukan.. Luahkan semua yang anda rasa tentang bekas kekasih anda itu.. Ceritakan sampai anda puas hati.. Anda juga tidak akan merasa keseorangan sebab anda masih ada kawan-kawan.. 

Peringkat ketiga, luangkan masa dengan kawan-kawan untuk bersosial.. Mungkin anda boleh pergi bercuti, menonton wayang tapi jangan cari pasal.. Alihkan kesedihan anda kepada kegembiraan.. Dengan cara ini, anda akan belajar menikmati kebahagiaan dengan kawan-kawan , bukan pasangan.. Itulah gunanya kawan-kawan.. 

Selepas 3 peringkat berjaya anda lalui, anda sudah 75% sembuh.. Peringkat terakhir ialah masa untuk menilai seseorang.. Elakkan diri anda dari terlalu mudah jatuh cinta..

Tapi anda harus ingat, setiap peringkat itu boleh anda lalui dengan cepat atau lambat..Jika dalam masa itu ada yang menghulurkan cinta baru, jangan terima sebab hati anda masih berdarah.. Kalau masih tak dapat lupakan seseorang, jangan terima cinta yang lain.. Jangan jadikan seseorang sebagai batu loncatan untuk melupakan seorang yang lain.. Menerima cinta dalam keterpaksaan adalah cinta palsu.. Dan jika dia benar-benar mencintai anda, dia akan sanggup menunggu..

Bagi aku, orang yang cepat dapat pengganti ni seolah-olah dia tak sayang diri sendiri..Remember, history has a habit to repeat itself.. Sebelum nak sayang seseorang, sayang diri kita dulu..

Bila putus cinta, gunakan perpisahan sebagai cabaran, bukan halangan.. Jadikan kegagalan itu batu loncatan untuk kita lebih matang dalam hidup dan percintaan.. Teruskan hidup dengan semangat baru.. Tunjukkan pada bekas kekasih kita yang kita kuat dan boleh hidup tanpa dia.. 



I am not the type to be able to fall in love easily..
My heart is incredibly wary of love.. 

Saat lagu itu berkumandang..

Assalamualaikum w.b.t, 

Bengang.. Rasa nak tendang.. Nasib malang datang.. Serba tidak kena dari malam sampai ke siang..
Kalau ada sayap mahu sahaja terbang dan mendarat di bintang.. Duduk di sana lagi senang..

Tetikus ditekan.. Lagu mula kedengaran.. Sekejap rancak sekejap perlahan.. 

Mata ditutup telinga dipasang rapi.. Satu per satu perkataan diamati.. Perhatikan muzik rancak atau perlahan tadi.. Fokus pada lirik yang ditulis secara terperinci..

Dari dulu lagu menenangkan aku.. Cuma hari ini baru aku tahu.. Muzik memberitahu bahawa tak salah untuk rasa takut, sendirian atau pilu.. Sebab kadang-kadang itu yang manusia perlu..


Terima kasih lagu kerana selalu ada bersama saat semua orang tiada.. ;) 




Isnin, 22 April 2013

Kawan-kawan.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

Kita hidup bukan untuk kita sahaja.. Mungkin sebab itu Allah hadirkan kawan dalam hidup kita.. 
Untuk bagi kita kongsi apa yang kita rasa.. Dan dalam hidup ini ada tiga jenis kawan yang akan kita jumpa..

Kawan sebab bersebab itu yang pertama.. Kawan yang mungkin beri kelebihan dekat kita.. Mungkin dia ada kereta jadi kita boleh tumpang bila nak pergi mana-mana.. Mungkin dia anak orang kaya yang boleh belanja kita bila-bila masa.. Mungkin dia ada nama.. Mungkin dia ada kuasa.. Mungkin dia pandai orangnya.. Kawan yang tidak sedar di sebalik persahabatan itu tersembunyi satu rahsia.. 

Kedua, kawan yang macam cuaca.. Sekejap cerah sekejap gelap gelita.. Sekejap ada sekejap tak ada.. Bila kita senang dia ada depan mata tapi bila kita susah dia hilang entah ke mana.. Bila dia ada masalah kita sudi luangkan masa tapi bila kita ada masalah dia pekak kan telinga.. Kawan yang cuma sanggup ketawa bersama namun tidak menangis bersama.. 

Nombor tiga.. Kawan sampai bila-bila.. Kawan yang berjanji akan terus berkawan sampai hujung nyawa.. Kawan yang berjanji akan cari semula kita dalam syurga untuk sambung persahabatan atas dunia.. Kawan yang anggap masalah kita sebagai masalah dia sebab nak hadapi masalah itu sama-sama.. Kawan yang nampak derita dari mata kita saat orang lain percaya dengan senyuman yang kita reka.. Kawan yang tahu perangai buruk dan sejarah hitam kita tapi masih mahu bersama kita..

Lihat sekeliling kita.. Kawan-kawan kita jenis yang mana.. Sekarang lihat diri kita.. Kita sebenarnya kawan jenis apa?! Satu atau dua atau tiga?! Kalau semua tak apa.. Mungkin kita kawan pertama di mata dia namun sebenarnya kawan nombor tiga di mata yang lain pula.. Lagipun kita manusia yang tak sempurna.. Jangan ingat semua orang akan suka kita, sebab kita pun bukan suka dekat semua orang di sekeliling kita.. 




Di sekolah kita belajar dan diberi ujian.. Di luar kita diberi ujian dan belajar.. ;) 





Rindu kaMOo..

Assalamualaikum w.b.t, 

KamOo.. 
Kita rindu kamOo.. Kita rindu bila bercakap setiap hari macam biasa.. Bercakap sebagai kawan.. Bercakap apa sahaja sepanjang hari.. Bercakap tentang muzik kegemaran kita, bercakap tentang aktiviti seharian kita, bercakap tentang masalah hidup masing-masing.. Semuanya.. 

Memang kita rindu semuanya antara kita.. Tapi sekarang kita macam tidak kenal antara satu sama lain dan ia sangat menyakitkan hati kita.. Walaupun kita tak buat apa-apa.. Walaupun kamoO tak buat apa-apa, tetap menyakitkan hati kita bila semakin hari kita semakin jauh dan jauh..

Kita harap kita dapat kenal kamOo semula macam dulu bila kita saling memerlukan antara satu sama lain, sebagai kawan..


If I die, check my blog.. You'll learn everything.. 




Jumaat, 19 April 2013

TAG Lagi..

Assalamualaikum w.b.t, 

TAG! Tag lagi dan lagi.. Jom tengok ape aku merepek.. Hahahaha!

Siapakah anda di rumah?
Seorang perempuan yang tinggal dengan adik perempuannya..

Siapakah anda di samping rakan-rakan?!
Seorang rakan.. Kalau di samping kekasih maka saya seorang kekasih lah kan..

Lima benda anda idamkan tapi masih belum tercapai..
Menjelajah ke serata dunia
Memiliki suami dan anak-anak yang comel
Ada duit yang amat terlalu terlampau banyak sangat
Memiliki sebuah villa yang teramat besar
Memiliki kereta sport turbo yang kebabom.. Okeyh, itu tipu.. Kebabom tak ada.. Kereta sport nak.. ;p

Siapakah nama pasangan anda?! 
Inchik Senget Bin Sengal.. ;)

5 perkara paling anda suka tentang pasangan anda?!
Sangat amat comel
Sangat coOl
Sangat amat giler-giler
Sangat amat senget
Sangat amat caring

Bila tarikh anda couple?!
Biarlah menjadi rahsia peribadi kami ye..

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?!
Ada kawan saya minat dia.. ;(

Lagu tema cinta anda?!
Uikk, ada ke?! Ada kot tapi tak nak bagitahu.. hahahaha!

Apakah perubahan yang anda inginkan pada pasangan anda?!
Apa ye?! So far saya terima dia seadanya.. Auuww! ;)

Siapakah blogger yang anda rasa layak menjawab soalan ini?!
Sesiapa yang merasakan dirinya blogger.. Silakan.. :)

7 things about me?!
Chantek - perasan disitu
Comel - perasan lagi
Suka senyum
Banyak cakap
Kadang-kadang pendiam
Ego jugak kadang-kadang
Suka merajok



Okeyh, itu sahaja untuk kali ni.. Bubbye! ^_^


Khamis, 18 April 2013

I am smiling but that doesn't mean I am okay..

Assalamualaikum w.b.t, 

Seringkali kita mengatakan kita tidak sempurna.. Dan setiap kali itulah, orang lain akan mengatakan benda yang sama.. Membandingkan tahap tidak sempurna antara satu sama lain.. Semua orang mahu mengatakan hidup mereka jauh tidak sempurna daripada kita..Dan seterusnya.. Realitinya, tiada seorang pun yang sempurna.. Maksuda aku, sempurna dari segi mental, bukan fizikal.. Aku percaya tiada seorang pun hidup mereka sentiasa gembira.. Walaupun setiap hari ada benda menggembirakan dalam hidup mereka, tetap tercatit segaris kesedihan dalam perenggan lain hari mereka.. Segaris kesedihan?! Hidup aku tercalit setompok.. 

Kenapa aku suka certia masalah dekat blog?! Entahlah.. Aku rasa, setiap masalah aku, bukan aku saja yang rasa.. Walaupun kawan-kawan sekeliling aku tak ada masalah macam tuh, mungkin kawan-kawan dekat blog ada.. Atau, manusia lain dalam dunia ini.. 

Lagipun, aku tak suka orang anggap hidup aku sempurna.. Bila orang cakap aku sentiasa happy, aku hanya dia.. Aku tak tunjuk emosi depan orang.. Aku tak nak jadi orang yang 'spoil' satu-satu benda hanya sebab aku emo.. I am smiling but that doesn't mean I am okay.. 

Bukan hidup namanya kalau tiada masalah.. Cuma terpulang pada kita untuk memilih.. Pendam, atau luahkan.. Dan aku dah pilih salah satu.. Aku bukan orang yang gembira setiap masa.. Sebab masanya, aku cuma rumput yang dipijak dan diludah.. 





Isnin, 15 April 2013

Maafkan aku..

Assalamualaikum w.b.t, 

Maaf itu satu rasa misteri yang tersembunyi.. Ada orang susah nak minta maaf sebab dia letak ego di tingkat atas sekali.. Orang macam ni elok pergi duduk dalam gua seorang diri.. Hari ini aku nak minta maaf lagi.. Bukan dengan manusia tapi dengan diri aku sendiri.. 

Perut tolong maafkan aku lagi sekali.. Selama ini aku dah sakitkan kau tanpa aku sedari.. Sebab nak tunggu dia, aku biarkan kau kosong tak terisi.. Sebab nak belanja dia makan malam aku sanggup biarkan kau lapar sepanjang hari.. Aku buat-buat tak nampak kau menangis meminta suapan tak kira mee, nasi ataupun maggi.. Sebab dia kau terseksa diri..

Aku minta maaf dengan kau juga mata.. Maaf untuk semua air yang kau keluarkan walaupun kau tak rela.. Walaupun kau penat celik seharian aku tak bagi kau lena bila malam tiba sebab nak bersama dia.. Aku paksa kau tahan walaupun kau dah lembik sepanjang hari terbuka.. Aku biarkan kau merah menyala.. Aku biarkan kau merana.. 

Maafkan aku wahai otak dan kepala.. Maaf sebab aku selalu penuhkan kapasiti kau dengan berfikirkan dia.. Maaf sebab selalu guna kau untuk berangan tentang masa depan aku dan dia bila kami tua.. Aku langsung tak pernah berterima kasih dengan kau walaupun kau sering bagi aku idea.. Maafkan aku otak sebab tak dengar kata kau supaya jangan bercinta.. 

Akhir sekali, maafkan aku hati.. Kau yang merana teruk sekali.. Aku tak tahu nak bagi alasan apa lagi.. Kau memang yang paling hebat sekali walaupun kau yang parah tersakiti.. Walau hangus dibakar api dengki, walau hancur dipijak kaki berunsur benci, kau tetap berfungsi.. 

Aku rasa aku buta.. Sejak aku lahir kita dah bersama.. Tapi sebab lelaki itu yang baru aku jumpa, aku tinggal kamu semua.. Cuma maaf yang aku mampu kata.. Aku janji aku akan jaga kau, kau, kau dan kau juga.. Jangan hanya sebab seorang lelaki kita jadi gila.. 


Sebelum kau percaya dengan sesuatu yang baru, kau perlu percayakan diri kau dahulu.. ;) 



I fail to say..

Assalamualaikum w.b.t, 

Radio kadangkala boleh jadi benda yang tak boleh dilupa.. Dia mainkan lagu yang paling kau tak nak dengar di telinga.. Bukan sehari dua tapi kalau boleh tak nak dengar sampai bila-bila.. Lagu yang mungkin buat kau teringat satu benda yang kau nak sangat lupa.. Lagu yang mungkin buat kau terimbas semula..

Saat kau nak lupakan seseorang tiba-tiba radio mainkan lagu cinta kamu berdua.. Nak sumpah seranah pun tak guna.. Kau bukan deejay yang putarkan itu semua.. Kau tak ada kuasa.. Kalau kau dalam kereta bolahlah kau tukar channel lain yang kau suka.. Tapi kalau kau di shopping complex contohnya?! Terpaksa juga kau tadahkan telinga secara paksa rela.. 

Tapi lainlah kalau kau tengah bercinta.. Lagu bodoh pun kau boleh ulang dari pagi sampai senja siap kau boleh hafal setiap lirik dia.. Sebab bagi kau lagu itu memberi rasa.. Kononnya..

Aku lagi suka dengar lagu yang aku susun sendiri kedudukannya.. Pilih lagu yang kena dengan jiwa kemudian masukkan dalam pendrive dan cucuk dalam kereta.. Lagu itu buat aku selesa.. 


Radio main lagu cinta tapi aku rasa kosong saja.. Harap ada orang turut merasa.. ;)

Jumaat, 12 April 2013

Siapa KITA?!

Assalamualaikum w.b.t, 

Setiap manusia ada ceritanya. Fikirkan tentang seseorang yang kurang mendapat tempat dalam hati kita. Seseorang yang mungkin kita tak suka. Pasti ada sebab kenapa kita membenci sesetengah manusia. Mengapa? Simpan dahulu jawapan kita. Tanya diri kita, pernahkah kita terfikir tentang mereka. Percayalah, ada sebab kenapa mereka menjadi sebegitu rupa. Mereka bukan jadi mereka kerana mereka mahukannya. Sesuatu yang berlaku pada masa lalu yang mencipta mereka yang baru dan kadang-kadang mustahil untuk memperbetulkannya. Buka mata buka minda. Bukan manusia sahaja malah setiap yang terjadi tak kira bila, di mana atau bagaimana, pasti ada sebabnya.


Kehidupan adalah guru yang paling berjasa dalam hidup ini. Hari berganti hari mengajar kita percaya setiap yang berlaku ada sebab yang tersendiri. Kita pasti pernah rasa orang di sekeliling kita berubah tapi ia sebenarnya mahu kita belajar cara untuk melepaskan seseorang itu pergi. Bila perkara yang tak sepatutnya terjadi, terjadi, ia mengajar kita untuk lebih menghargai bila semuanya normal kembali. Bila ditipu dan tersilap percaya, ia mengajar kita untuk lebih percaya ada diri sendiri. Bila kita terpaksa melepaskan sesuatu yang indah pergi, kita belajar percaya agar sesuatu yang lebih indah akan hadir suatu hari nanti.


Berdiri di depan cermin dan lihat diri sendiri. Jangan lihat dari kepala sampai kaki tapi lihat sekali jiwa dan hati. Lihat siapa yang sedang berdiri. Adakah itu diri kita sendiri, atau diri kita yang orang mahu kita jadi.

Biar kita kawal hidup kita sendiri. Tiada yang layak suruh kita buat itu ini.

Rabu, 10 April 2013

Advice for yourself..

Assalamualaikum w.b.t, 

Bayangkan kau sedang dilanda masalah peribadi.. Kau pun duduk seorang diri, bercakap dalam hati, dengan diri kau sendiri.. Nak buat begini takut tak jadi.. Nak buat begitu tapi tak berani.. Pendapat kau berkelahi..

Kau teringat seorang kawan yang pernah hadapi masalah yang sama.. Pada saat itu kau yang nasihatkan dia.. Kau dengan penuh yakin berkata cara ini akan berjaya.. Dan benar memang dia berjaya.. 

Tapi sekarang walaupun kau ulang ayat yang sama, kau tak dapat terima.. Kau tetap sangsi dengan nasihat yang pernah kau bagi dekat orang yang hadapi masalah yang serupa..

Jadi kau cari kawan dan luahkan masalah tadi.. Kemudian kawan kau bagi nasihat supaya masalah kau itu dapat diatasi.. Sama ada sama atau tidak dengan cara yang pernah kau bagi, kau hampir pasti akan gunakan cara yang kawan kau beri.. Sebab kadang-kadang lebih baik dengar sesuatu dari mulut orang daripada hati sendiri.. 



You know why your heart is located on your left? Because it's not always right ;)


Jumaat, 5 April 2013

Nilai seseorang..

Assalamualaikum w.b.t, 

Aku duduk semeja minum apple juice di Tesco dengan seorang kawan.. Dia perempuan.. 
Keadaan sibuk di kiri kanan.. Mungkin sebab hari minggu jadi pusat membeli belah menjadi tumpuan..
Ada yang penuh troli dengan barang belian, Ada yang datang cuma nak makan, Ada juga yang datang untuk lepak dengan kawan-kawan..

Sebelah meja kami, duduk seorang perempuan berusia dan seorang lelaki.. Ibu dan anak barangkali.. Lelaki itu nampak segak dengan rambut belah tepi.. Tangan kanannya sibuk menaip sesuatu di telefon bimbit yang dipegang dengan tangan kiri.. Ibunya bangun dan pergi membeli dua air tin yang disusun di dalam peti.. Lelaki itu cuma duduk menjaga barang-barang yang dibeli..

Kawan aku kata lelaki itu nampak bergaya dari kaki sampai kepala.. Dia kata perempuan suka lelaki yang pandai bergaya, bukan yang selekeh setiap masa.. Aku geleng kepala.. Gila.. Tengok orang baru beberapa minit dah jadi suka.. Aku tak tahu kalau itu masalah dia..

Tak lama kemudian keluar seorang lelaki menolak troli.. Ibunya di sebelah memimpin seorang budak lelaki.. Lelaki itu tidak kurang gayanya dengan lelaki tadi.. Cuma dia tak keluarkan telefon bimbit jadi aku tahap gaya dia tak dapat aku klasifikasi.. Mereka duduk di sebuah meja yang agak jauh dari kami..

Budak lelaki itu bangun dan pergi membeli minuman.. Walaupun panas dan ramai orang.. Dia sabar menunggu giliran.. Dia biarkan ibu dan adik kecilnya berehat lepas penat berjalan.. 

Aku petik jari suruh dia tengok lelaki tadi.. Dia tengok sekejap kemudian kembali cakap dia suka lelaki di sebelah kami.. Aku mengeluh sendiri.. Aku malas cakap lagi.. Biar aku cakap dalam hati..

"Kau nampak tak lelaki yang beratur dekat belakang sekali?! Itu baru betul kalau kau nak buat suami.. Kau tengok dia layan mak dia tadi?! Macam itu lah dia layan kau nanti.. Tu baru betul nak nilai lelaki.. Bukan dengan tengok apa yang dia pakai atau apa yang dia beli.."


Khamis, 4 April 2013

Wed! ;p

Assalamualaikum w.b.t, 

Weddings is not about marriage at all.. 

Don't know why, but I love weddings and everything about them.. They're just so happy.. I love seeing people in love.. I love hearing how the bride and groom met.. I love hearing their romantic and funny proposal story.. I love when people cry at weddings.. I love seeing old and new friends come together to celebrate.. I love seeing families reunited.. I really love all the details that go into weddings - dresses, food, cakes, music, flowers, showers, make up, parties and guests.. I don't know why, but I really do love just about every elements.. 

I have reading wedding magazines.. It's very interesting.. I don't care if you want to laugh.. What the hell is wrong with looking at bridal magazines?! Despite what people think, I don't look at them to plan anything at all.. I just like the happiness of the weddings.. 

I don't know when I'll get married, or who I'll get married to, or if I'LL get married.. It is sometimes easy to get caught up in dreaming about how you want your perfect life and wedding to go, but His plan is even more perfect that we can ever dream about.. 

This entry doesn't mean anything to me. I just wrote what was on my mind..







2 in 1.. ;)

Assalamualaikum w.b.t, 

MATEMATIK.  Satu nama yang mampu membuat manusia tertarik dan terusik.. Tambah, tolak, darab, bahagi dan banyak lagi yang boleh akal ini petik.. Tapi sejujurnya bila berkait dengan nombor, aku bukan terlalu fanatik.. Aku lebih meminati sesuatu yang berabjad dan berakhir dengan tanda soal, tanda seru atau titik.. Blog aku ini mungkin salah satu bukti terbaik..

Rasa bersalah terdetik.. Aku sebenarnya peminat nombor dan sangat fanatik tahap bombastik.. Aku peminat setia nombor-nombor telefon yang cantik..

Tak kira sehebat mana kita dalam penolakan, ada masanya kita gagal menolak rasa benci yang kita pendamkan.. Dan tak kira sepakar mana kita dalam penambahan, mustahil kita dapat menambah rasa sayang kepada seseorang secara paksaan.. Yang biasa kita lihat ialah rasa benci yang bertambah dan rasa sayang yang berkurang..

Tapi dalam membenci matematik, ada sedikit rasa kagum kepadanya.. Kerana matematik mengajar aku untuk sentiasa berharap dan percaya.. Kerana matematik membuktikan setiap masalah walau serumit mana, tetap ada jalan penyelesaiannya.. 

Dan kita adalah manusia yang tak pernah renggang dengan masalah.. 



Sabar itu kunci kepada segala masalah..
Sabar juga kunci kepada pintu kebahagiaan dan kejayaan..
Sabar itu kunci kepada kaseh sayang ALLAH..
Sabar juga senjata orang mukmin dan para NABI..
Salam kaseh sayang dengan penuh kesabaran.. 










Rabu, 3 April 2013

Perfect Love..

Assalamualaikum w.b.t, 

Selama ini hati dan akal sentiasa berfikir satu hubungan cinta yang sempurna bermaksud dua insan berkongsi rasa yang sama.. Sesekali terlintas mungkin mereka bercinta kerana saling terpesona.. Bukan kerana rupa atau harta.. Tapi mungkin kerana budi pekerti dan ketaatan pada agama.. Cinta juga mungkin ada bila salah seorangnya sanggup bersusah supaya yang seorang lagi gembira dan begitu juga sebaliknya..

Jika ditanya kepada sepuluh manusia maka akan ada sepuluh jawapan yang berbeza tentang cinta yang sempurna.. Pasti juga akan ada yang tidak percaya.. 

Mendengar nasihat ibu sendiri kepada anak perempuannya yang hampir putus cinta bagaikan membuka mata yang tertutup seketika.. Jawapan yang diberikan melahirkan senyum dan sedikit nasihat dari wanita yang menyayanginya lebih dari yang dia rasa..

Cinta yang sempurna terjadi bila sepasang kekasih tidak putus asa sesama mereka.. Bila yang seorang merasakan hubungan mereka hampir ke penghujung, yang seorang lagi akan berusaha gigih mengekalkan hubungan yang ada.. Dan yang seorang tadi akan semakin cinta bila dia nampak pengorbanan yang dilakukan oleh kekasihnya..

Dan pada masa itu ada seseorang mengharapkan cinta sempurna daripada aku.. Dan di penghujungnya, hanya jalan buntu.. Aku tidak menerima orang itu.. Kerana bagi aku keserasian antara dia itu, membuatkan aku keliru.. 

Aku mencari erti cinta sempurna yang sebenarnya.. Mungkin akan ada, tapi masih tidak kunjung tiba.. 
Kadang-kadang, seakan ada suara-suara ghaib menghalang diri ini dari berputus asa..




Jangan menyerah supaya cinta sempurna itu kekal sebagai satu anugerah.. ;)







Isnin, 1 April 2013

Someone like you..

Assalamualaikum w.b.t, 


"Awak, mungkin kini telah tiba saatnya di mana saya harus berhenti mencintai awak.. Bukan sebab saya dah tak mencintai awak, tapi sebab yang sememangnya telah pun kita jangka kan.. Saya doakan semoga awak bertemu dengan seseorang yang lebih sempurna dan boleh buat awak bahagia.. Insya'allah.."

Cinta itu datang dari Allah.. Kalau ditakdirkan petang ni aku jatuh cinta, aku sendiri tak dapat halang takdir itu.. Bagi aku, cinta ni macam duit, kena usaha kalau nak.. Aku tak percaya cinta akan datang sendiri.. Datang dari mana?! Dari langit?! Hujan je yang turun dari langit..

"Aku tidak pernah menyesal tidak mendapat cintamu.. 
Aku akan lebih menyesal kalau aku tidak cuba mendapatkannya.."

Tuhan, aku tahu Kau telah temukan aku dengan insan yang salah terlebih dahulu sebelum menemukan aku dengan insan yang betul pada masa akan datang..

Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang.. Bukan senang aku nak lupakan orang yang pernah cakap "I Love You Sayang.. You are everything to me.." Seriously, it's not very easy to forget someone like you..