Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Isnin, 21 Februari 2011

JoM jOiNt FACEBLOG!!~ (^_~)

Assalamualaikum W.T.B..

Hye, just nak share FACEBLOG dengan you all.. Check it Out keyh!!~

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


siapa-siapa yang nak joint sila la terjah kat SINI

Thanks for Reading This Entry.. 








   



   
   

Sabtu, 5 Februari 2011

Hidup Kita!!~

Assalamualikum w.t.b..

Hidup adakalanya membuatkan kita gembira dan adakalanya membuatkan kita kecewa.  Kadangkala kita terlalu sukar untuk membuatkan orang disekeliling kita gembira tetapi kita tidak perasan yang kita telah membuatkan orang disekeliling kita kecewa dengan sikap kita tanpa kita sedari.  Akan tetapi kita seharusnya peka terhadap semua ini.  Walaupun kadangkala kita tidak begitu peka terhadap semua ini.  Belajarlah dengan perlahan-lahan untuk membuatkan orang disekeliling kita bahagia dengan kehadiran kita dan kita seharusnya belajar juga untuk membuat kan orang disekeliling kita sayang untuk membiarkan kita pergi dari dia.
Cari lah teman yang menyanyangi diri kita, dan janganlah berteman dengan orang yang hanya sekadar untuk mengambil kesempatan keatas diri kita.
Sayangi lah teman yang memerlukan kita dan sayangilah teman itu seadanya. 

Thanks for Reading This Entry..

Cahaya Hidupku!!~

Assalamualaikum w.t.b..


Dikau umpama bulan yang memberikan cahaya kepadaku.  Dikau memberikan aku cahaya dikala aku dalam kegelapan malam nan suram dan sepi tanpa siapa-siapa disisi aku. Dikau memberikan aku cahaya untuk mencari jalan didalam kegelapan malam. Dikau tunjukkan aku jalan yang disinari dengan kerdipan bintang dilangit. Dikau memberikan aku semangat dengan kerdipan bintang yang menerangi malam dan dibawah pohon nan rendang aku duduk diatas buaian. Angin sepoi-sepoi bahasa mengalunkan irama nan syahdu dengan memberikan ketenangan sehingga menusuk kalbu ku ketika itu. Aku bagai kan bermimpi tatkala aku dibuai melalui angin dan cahaya yang dikau berikan kepada ku. Sekiranya tanpamu, aku seperti tidak akan hidup dan bangun semula. Dikau memberikan aku cahaya dan sinar harapan kepadaku. Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepadamu wahai cahaya hidupku. 

 Thank for Reading this Entry..

Jumaat, 4 Februari 2011

BINTANG KU..

Assalamualaikum w..t.b..

**Aku bagaikan kupu-kupu malam yang mencari cahaya di dalam kegelapan.. Kupu-kupu malan yang sentiasa mengharapkan cahaya dan sinar yang menberikan aku harapan untuk bangkit semula.. Aku lema pabila aku hilang pertimbangan diri tatkala aku cuba meredah hujan lebat sehingga aku terjatuh.. Bintang memberikan aku cahaya untuk bangkit semula dan semangat yang dipancarkan juga membuat aku terasa seperti hidup semula.. Bintang, aku ingin menggapai kau dan aku juga ingin terbang lebih tinggi untuk bertemu dengan kau.. Bintang,berikanlah aku kesempatan untuk menemui kau.. Kau hanya dapat memberi kan cahaya padaku walaupun aku berada jauh di samping kau.. Alang kah indahnya hidup aku kiranya  aku dapat menikmati keindahan dan dapat hidup dengan kau walaupun hanya sekejap cuma.. Walaupun aku tau yang aku hanya bermimpi di siang hari.. Bintang, aku sangat memerlukan kau di saat ini..**

**Ketika dan saat ini, hatiku bagai kan menanti sesuatu yang tak pasti.. Menanti dengan penuh harapan.. Akan tetapi siapalah aku untuk mengharapkan sesuatu yang belum tentu pasti.. 
Aku masih mencari arah dan tuju untuk diberi kesempatan kepada diri ku ini.. 
Aku tetap menanti bintang yang berkerdip menyinari malam.. Walaupun waktu siang, kau menghilangkan diri dan ridak boleh menyinari diri ini dengan memancarkan sinar bak bulan di awang awangan.. Bintang yang aku harap kan untuk menyinari diri ini entah ke mana pergi nya, pergi meninggalkan aku tanpa sebarang tanda padaku.. Aku masih menanti bintang itu yang sentiasa memberikan cahaya dan menyinari diri ku.. Bintang, mengapa kau tinggalkan aku terkapai kapai sebegini rupa.. Aku menanti dengan penuh kesabaran.. Akan tetapi engkau masih tidak kelihatan di saat aku memerlukan cahaya engkau.. Aku masih memerlukan kau wahai bintang..**

P/S : Happy Chinese New Year 2011!!~

Thanks for reading this entry..