Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 18 April 2013

I am smiling but that doesn't mean I am okay..

Assalamualaikum w.b.t, 

Seringkali kita mengatakan kita tidak sempurna.. Dan setiap kali itulah, orang lain akan mengatakan benda yang sama.. Membandingkan tahap tidak sempurna antara satu sama lain.. Semua orang mahu mengatakan hidup mereka jauh tidak sempurna daripada kita..Dan seterusnya.. Realitinya, tiada seorang pun yang sempurna.. Maksuda aku, sempurna dari segi mental, bukan fizikal.. Aku percaya tiada seorang pun hidup mereka sentiasa gembira.. Walaupun setiap hari ada benda menggembirakan dalam hidup mereka, tetap tercatit segaris kesedihan dalam perenggan lain hari mereka.. Segaris kesedihan?! Hidup aku tercalit setompok.. 

Kenapa aku suka certia masalah dekat blog?! Entahlah.. Aku rasa, setiap masalah aku, bukan aku saja yang rasa.. Walaupun kawan-kawan sekeliling aku tak ada masalah macam tuh, mungkin kawan-kawan dekat blog ada.. Atau, manusia lain dalam dunia ini.. 

Lagipun, aku tak suka orang anggap hidup aku sempurna.. Bila orang cakap aku sentiasa happy, aku hanya dia.. Aku tak tunjuk emosi depan orang.. Aku tak nak jadi orang yang 'spoil' satu-satu benda hanya sebab aku emo.. I am smiling but that doesn't mean I am okay.. 

Bukan hidup namanya kalau tiada masalah.. Cuma terpulang pada kita untuk memilih.. Pendam, atau luahkan.. Dan aku dah pilih salah satu.. Aku bukan orang yang gembira setiap masa.. Sebab masanya, aku cuma rumput yang dipijak dan diludah.. 





Tiada ulasan: