Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Isnin, 6 Mei 2013

Kawan..

Assalamualaikum w.b.t, 

Ini cerita tentang seorang kawan.. Namanya, biarlah dirahsiakan.. Kawan lelaki, bergaya dan tampan.. Berkawan sejak zaman persekolahan, dia menjadi rebutan.. Tapi tiada seorang perempuan dapat menarik perhatian.. 

Bulan februari dua ribu sepuluh, di dalam Facebook mereka dipertemukan.. Ketika kebanayakan manusia di seluruh dunia bersorak dengan Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Afrika Selatan, mereka sibuk mengikat ikatan persahabatan.. Telefon bimbit Sony Ericsson yang dulu sunyi kini dibanjiri pelbagai deringan.. Wajah yang dulu suram kini berhiaskan senyuman..

Masa berganti masa.. Belajar di satu kawasan yang sama mengeratkan lagi dua hati manusia.. Berbeza tempat pengajian, berbeza jurusan, tapi sama-sama mengejar cita-cita dan cinta.. Cinta yang disemai ditabur baja akhirnya berbunga.. Bunga itu dijaga bersama, hanya waktu dapat memisahkan kita, itu antara janji mereka.. 

Dua hati, yang dulunya tertutup rapi akhirnya berwarna warni.. Mereka berubah menjadi insan yang tidak pentingkan duniawi.. Si lelaki membimbing kekasihnya mendekati agama Islam yang suci.. Si lelaki yang dulu panas baran semakin penyabar kerana dia mula sedar marah itu syaitan yang dicipta dari api.. Si perempuan yang dulu seksi kini bertudung rapi.. 

Adat bercinta, ada salah faham sesama sendiri.. Satu pergaduhan kecil membuatkan si perempuan meninggalkan si lelaki.. Si lelaki cuba memujuk tetapi kekasihnya melarikan diri.. Si lelaki berkorban apa saja asalkan diterima kembali.. Sehinggalah si lelaki tadi mendapat berita kekasihnya sudah jumpa pengganti yang lebih kacak, kaya dan ranggi.. Sedih dan sayu di hati.. Cinta yang dulu disemai mungkin berbunga tapi tak dimiliki.. Hari ini, dua hati yang dulunya berwarna warni kini mendung dan akhirnya menjadi satu memori..

Si lelaki tadi menangis bila bercerita tentang cintanya yang putus di tengah jalan.. Aku faham perasaan remuk bila ditinggalkan perempuan.. Aku pantang bila lelaki sebaik dia dipermainkan.. Aku minta dia bertenang.. Aku minta kebenaran untuk tolong selesaikan.. Kalau terpaksa, aku rela guna kekerasan.. Tapi dia melarang.. "Pukul aku kalau kau terlalu geram.." katanya lantang.. Aku terdiam.. Aku tak faham.. Kenapa masih dipertahankan orang yang buat kau jatuh dalam derita kesedihan?! Tiada jawapan.. "Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.." Katanya perlahan.. Dia meninggalkan aku berfikir sendirian.. Dia menghampar sejadah dan menghadap Tuhan.. Baik sungguh hatimu, kawan..

Benar.. Setiap kejadian ada hikmahnya.. Manusia menjadi lebih kuat kerana manusia.. Wanita menjadi lebih tabah kerana ada lelaki pernah menghancurkan hatinya.. Lelaki menjadi lebih berani kerana ada wanita mempermainkan cintanya.. Tuhan menguji hamba-Nya kerana Dia tahu manusia mampu menghadapinya.. Kegagalan manusia dalam cinta kerana Tuhan mahu memberi yang lebih sempurna..

Sekarang, aku bangga melihat kau mendapat hidayah untuk mendekati agama.. Sebagaimana kau mendoakan bekas kekasih kau bahagia dengan kekasih barunya, begitulah aku mendoakan kebahagiaan kau di dunia, dan akhirat sana bila tiba masanya.. Sebab kita kawan dulu, kini.. Sampai syurga dan selama-lamanya.. 


Kawan, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.. ;) 

Tiada ulasan: