Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Rabu, 8 Februari 2012

Sekadar Mimpi..

Assalamualaikum w.b.t,


Perkara pertama di fikiran selepas mata dibuka setiap pagi adalah dia.. Maka tidak hairan nama dia ada disebut setiap kali berdoa.. Aku yakin setiap pagi dia langsung tidak terfikirkan aku.. Cuma aku yang sibuk menjaga tepi kain dia untuk mengambil tahu apa yang berlaku.. Apa dia buat, mana dia pergi, siapa kawan dia, semua aku tengok satu per satu.. Dan aku tahu dia tidak tahu.. 


Dia langsung tidak tahu bila aku melihat pasangan bercinta, aku terbayangkan aku dan dia.. Dia tidak tahu bila aku dengar lagu cinta, aku harap dia mendengar sama.. Kalau aku menyanyi lagu semasa dalam kereta, aku menyanyi sepenuh hati seolah-olah lagu itu didedikasikan untuk dia..


Tapi aku cuma mampu menikmati cinta padanya dalam sisi gelap.. Cinta aku malap.. Aku berjaya mengajar hati ini dari mudah tersentap.. 


Mungkin betul kalau aku kata perasaan rindu padanya yang membuat aku kuat meneruskan kehidupan seharian.. Mungkin sampai bila-bila dia cuma sekadar pujaan..


Jangan tanya siapa dia itu.. Jawapannya aku sendiri pun tak tahu.. Aku hanya menanti dan menunggu..


Namun jika dia cuma hadir dalam mimpi, 
aku rela tidur sepanjang hari.. 
Mendambar dirimu hanyalah satu ilusi.. 
Yang aku sendiri pun tidak pasti.. 






~ Kita hidup di zaman persaingan drama dan yang untung sebenarnya kita.. ;)) ~

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syahdunye hani bace.huuu. insyaAllah, ade jodoh yang tertulis untuk kita.. ;)

dEjaLaLa!!~ berkata...

Syahdu kah?! Wow!!~ Insya'allah hany.. Semua jodoh telah ditulis untuk kita, cuma masa nya belum tiba lagi.. Hehehehe!!~ Haruslah menunggu dengan penuh kesabaran.. ;))