Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Jumaat, 10 Februari 2012

Rainbow after Rain..

Assalamualaikum w.b.t,


Seronok rasanya menjadi orang yang suka melihat orang mundar-mandir.. Melihat pasangan bercinta mengundang senyuman dibibir.. Sekurang-kurangnya rindu pada keluarga terubat dengan seseorang yang boleh membantu bila dalam keadaan getir.. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh mendorong bila ada masalah yang hadir.. Itu takdir.. Takdir pula terlalu rumit untuk difkir..


Ada orang bertanya, aku bila lagi..
Nanti nanti nanti.. 
Itu sahaja jawapan yang mampu diberi..


Memang.. Memang aku bosan hidup sendirian.. Walaupun ada orang cakap, kita takkan bosan bila ada kawan-kawan.. Tapi bila seorang demi seorang kawan-kawan itu berpasangan, kita juga yang rasa ketinggalan.. Apa yang mampu sekarang cuma berserah pada Tuhan.. Jodoh, ajal dan pertemuan bukan kita yang tentukan.. Yang pasti sentiasa percaya pada kemungkinan..


Semakin hari semakin tinggi tembok yang terbina di sekeliling hati.. Semakin tinggi tembok bermakna semakin kuat kesan hentaman bila terjatuh nanti.. Tapi jatuh sekali lebih baik daripada terjatuh dan terjatuh lagi.. 
Jatuh sekali, bangkit dua kali..


Ada juga orang bertanya, tidakkah berasa malu berstatus single lama-lama..
Soalan yang mengundang tawa..


Single bukan status semata-mata.. Kita tidak dapat halang orang berfikir bahawa orang single ini tiada insan istimewa.. Tapi dari sudut orang yang merasa, orang single adalah orang yang mampu melayari hidup dan menggembirakan dirinya sendiri tanpa bergantung harap pada sesiapa.. Ini apa yang aku kata..


Orang kekurangan memang pandai mencari alasan.. Orang kekurangan memang mahu menutup kelemahan.. Mesti akan ada kata-kata nista sedemikian.. Mungkin nanti bila kau sendirian, bila nanti hubungan kau putus di tengah jalan, bila kau rasa serik dipermainkan, bila tiada lagi perempuan untuk kau jadikan permainan, kau akan faham apa yang aku cuba sampaikan..


Hargai apa yang ada sekarang..
Kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.. 

Rainbow After Rain - You must cry before you can smile.. -

~ Nevermind, I don't forgive people because I'm weak.. But I forgive them because I'm strong enough to understand that people make mistakes.. ~


P/S : This entry doesn't mean anything to me.. I just wrote what was on my mind.. 

Tiada ulasan: