Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 9 Februari 2012

Kurniaan dari-NYA..

Assalamualaikum w.b.t,


Punggung dilabuhkan di sebuah kerusi di sebuah kedai makan..  Suasana agak bising bila bertemankan beberapa
orang rakan..  Ditambah pula keadaan kedai makan yang sememangnya menjadi tumpuan tidak kira lelaki mahupun perempuan.. Tapi dalam keramaian, hati tetap merasa kekosongan..


Di meja sebelah, sepasang kekasih sedang makan berkongsi makanan dalam satu pinggan.. Masing-masing
makan dengan penuh adab sopan.. Satu benda yang tidak dapat dilihat kalau mereka makan dengan kawan-kawan.. 


Tidak jauh dari situ, sepasang kekasih sedang duduk di sebuah kerusi batu, di tepi sebatang jalan.. Sesekali 
terdengar suara mereka ketawa keceriaan.. Romantik sungguh dapat meluangkan masa dengan orang tersayang disaksikan cahaya bulan..


Akhirnya sampai hidangan yang dipesan.. Masih panas, berasap sampai berhaba pinggan.. Hidangan itu dibiarkan.. Nanti bila sudah bersedia baru disuap dan ditelan..


Begitulah juga hati yang kesedihan.. Bila tiba masanya pasti ada yang mengisi ruang kosong yang ditinggalkan.. Apa yang penting, tunggu dengan penuh kesabaran.. Kerana masa yang akan menentukan..




Cinta mengajar aku, perkataan "MAAF" tidak menjanjikan dua hati akan bersatu kembali.. Dan semudah janji diungkap, memungkiri lebih mudah daripada mengotakannya.. Terima Kasih Cinta untuk segalanya.. 


~ Tuhan pasti kurniakan kita cinta kerana kita semua berhak bahagia.. ;))..  ~

Tiada ulasan: