Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Selasa, 21 Februari 2012

hancur..

Assalamualaikum w.b.t,


Ada orang tanya, maksud crush tu apa.. Aku tak reti nak terangkan macam mana.. Ketawa.. Jadi aku buat macam biasa.. Macam tiada apa-apa.. Sehinggalah aku cari maksud crush itu untuk mendapatkan jawapan yang sebenarnya.. Cuba buka Google Translate kalau tak percaya..


Menghancurkan..


Ada juga hati tertanya kenapa maksudnya 'menghancurkan' sedangkan perasaan yang ada cuma minat dan suka pada seseorang.. Bukankah rasa suka itu rasa yang menggembirakan.. Tapi kenapa 'menghancurkan'??


Aku rasa, yang hancur itu hati.. Crush berlaku bila seseorang sukakan yang seorang lagi.. Tapi sebenarnya hati orang yang suka itu hancur kerana yang seorang lagi tidak sukakannya kembali..


Aku mengaku, banyak kali aku 'suka' lelaki yang tak dikenali di tempat dan masa yang tak diduga.. Dan aku rasa, kita semua pernah rasa perasaan yang sama.. Mungkin crush dan manusia memang tak dapat dipisahkan agaknya..


Hati merindu 
Tapi tak bisa diucap..
Hati menangis 
Tapi tak bisa dititis..
Hati terluka 
Tapi tak bisa dirawat..
~ Kebelakangan ini aku tepu sampai blog ini hilang merdu hampir berdebu.. ~

Tiada ulasan: