Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Jumaat, 29 Mac 2013

Hot kah?!

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni nak share sikit.. Pendapat aku la kan.. 10 Ciri-Ciri Lelaki Hot Bagi Aku..
Ramai ingat aku nak cari lelaki yang macam aku senarai kan ni tapi sebenarnya tak.. Kalau dapat pun bagus jugak kan.. Hahahahaha!~ Jom kita semak yok.. hik! Enjoy!

1.  Lelaki yang pandai masak..
Bayangkan lepas kahwin, balik kerja tiba-tiba ada surprise dinner dekat rumah dan masakan itu dimasak dengan sempurna oleh sang suami.. Hot kan?!

2.  Lelaki yang sayang kanak-kanak..
Dalam sebuah shoping complex, ada seorang lelaki mendukung seorang kanak-kanak sedang memilih barang mainan untuk dibeli.. Hot tak?!

3.  Lelaki yang lucu..
Senang cerita lelaki yang kelakarlah..

4.  Lelaki yang lembut tapi tak lembik..
Tutur katanya lembut yang boleh menenangkan wanita bila resah dan takut.. Mungkin macam Ashraf Muslim dalam cerita 'Aku Masih Dara' tu kot..

5.  Lelaki yang susah nak marah..
Hot ni bukan panas baran ye.. Perempuan tak suka lelaki yang panas baran.. Take Note keyh..

6.  Lelaki yang lasak tapi kemas..
Pandai bertukang, repair kereta, sapu sampah, bakar ayam BBQ, pasang langsir, format komputer tapi bajunya bergosok dan gosok gigi, wangi-wangi bila nak keluar dengan awek dia..

7.  Lelaki yang romantik tapi berbatas..
Bagi aku, lelaki yang romantik lelaki yang jiwa nya lembut akan buat wanita dekat luar sana suka dengan cara dia yang tersendiri.. Ek?! Bagi aku la kan..

8.  Lelaki yang menangis tapi bukan sebab cinta..
Menangis sebab tengok kesengsaraan orang lain, okeyh.. Menangis lepas tengok filem sedih, okeyh.. Menangis sebab awek mintak putus, tak okeyh!

9.  Lelaki yang berkeyakinan tinggi..
Bayangkan, semua kawan dia sedang buat satu benda yang sama, tapi dia cakap nak buat benda lain..
Dan dia akan lebih hot kalau kawan-kawan dia sama-sama join dia lepas tuh..

10.  Lelaki yang mampu merendahkan ego..
Sanggup berlembut atau mengalah demi seseorang yang dia sayang..

Okeyh, itu je buat masa ni.. Nanti kalau ada lagi, aku update kemudian.. Hehehehe!






Tiada ulasan: