Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Isnin, 18 Mac 2013

Luahkanlah.. ^_^

Assalamualaikum w.b.t, 

Entah kenapa, aku suka buat entry jiwang dalam cara sarkastik.  Aku suka cara tu.  Sampaikan satu tahap, aku sedar aku dah tinggalkan cara-cara lama bila aku sampaikan entry jiwang macam dulu-dulu.

Entah kenapa juga, rasa seronok pulak bila baca entry cinta lama yang tak kesampaian.. Walaupun mendidih lagi rasa benci, tapi aku perlu berterima kasih dengan perkara yang lepas sebab menjadikan aku macam hari ini.. Semua yang silap dalam kisah yang dulu, cuba aku betulkan dalam kisah yang baru..

Jujur, aku mengaku, aku menderita sangat bila cinta yang terakhir tu putus di tengah jalan.. Semua impian, kekecewaan, tangisan dan halangan yang aku harungi langsung tak dihargai oleh seseorang bernama lelaki.. Tapi Allah itu sentiasa ada.. Satu nikmat ditarik, nikmat lain dikurniakan..


Sayangilah seseorang selagi dia ada.. Luahkan sayang sementara dia masih boleh mendengar.. Kita yang mengawal hidup kita.. Lakukan sebelum dia, atau kita, yang terlebih dahulu menutup mata.. 

Tiada ulasan: