Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Rabu, 27 Mac 2013

Aku Mahu..

Assalamualaikum w.b.t, 

Aku mahu seorang lelaki yang bergelar suami.. Yang boleh berkongsi citarasa walaupun berbeza hobi.. 
Lelaki yang boleh aku rujuk bila bercakap tentang lagu atau drama TV.. Janji aku dan dia dapat bercakap topik yang selari.. 

Aku mahu lelaki yang nampak muda walaupun sudah berusia.. Aku mahu lelaki yang nampak smart dalam berkasual dan berkemeja.. Lelaki yang pakai jeans dan t-shirt tetap nampak bergaya..

Aku mahu lelaki yang boleh beri aku nasihat dan ingat kan aku setiap hari.. Dan dia turut bercerita tentang apa sahaja pada malam hari.. Cerita dongeng tentang kami.. Cerita yang boleh buat aku termimpi-mimpi..

Aku mahu lelaki yang mengaku aku kekasihnya walaupun digilai ramai perempuan diluar sana.. Lelaki yang tidak berdusta dalam cinta.. Bila ada perempuan yang datang meminta nombor telefon dia, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar aku dengan penuh bangga.. 

Aku mahu lelaki yang boleh buat jantung aku berdegup laju.. Lelaki yang boleh buat aku tulis banyak entry cinta dan rindu.. Lelaki yang buat aku rasa dihargai setiap waktu..

Aku mahu lelaki yang comel di mata.. Lelaki yang menjaga penampilan setiap masa.. Lelaki yang perlukan aku dan aku perlukan dia.. Lelaki yang aku puja, suka dan cinta..

Aku cuma perempuan biasa yang sedang belajar membina hidup untuk berkeluarga.. 
Aku cuma mahu anak aku nanti comel macam papa dia.. ;) 


This love is difficult, But it's real.. 




Tiada ulasan: