Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Isnin, 23 Julai 2012

Pemuja Rahasia?!

Assalamualaikum w.b.t,

Redhakah Dia..
Pasrahkah Dia..
Itulah yang sering menjadi tanda tanya dalam dirinya..
Dia cuba untuk berusaha..

Namun keegoannya mengatasi segala-galanya..
Walaupun orang-orang disekelilingnya cuba untuk menjatuhkan semangatnya..
Namun dia seorang pemuja rahasia yang setia..
Dalam sendu, dia merindui pemuja rahasianya..

Walaupun dekat namun terasa jauh rasanya..
Baginya..
Biarlah hanya dia terus menjadi pemuja rahasia..
Walaupun hakikatnya amat memerihkan..
Namun sayangnya terhadap pemuja rahasianya hanya dia yang tahu..

Dia cuba untuk melupakan kenangan itu..
Dia cuba untuk lari dari kenangan itu..
Dia juga cuba untuk memadamkan pemuja rahasia dari kotak 
pemikirannya..

Namun, 
Hakikatnya dia terlalu sayang akan pemuja rahasianya..
Dalam kegelisahan pelbagai masalah melanda dirinya,
Hanya dengan..
Mengingati pemuja rahasianya dia akan lupa segala masalahnya..
Begitu setia nya Dia dengan pemuja rahasianya..

Semoga Beliau  akan mengecapi kebahagiaan bersama dengan Pemuja Rahasianya Suatu Hari nanti..
Hari-Hari Ingat ALLAH, INSYA'ALLAH.. ^_^



~ Sukarnya untuk aku mempercayai cinta ini..
Kerana hati ini masih belum ku serah sepenuhnya.. ~

Tiada ulasan: