Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Isnin, 23 Julai 2012

Gadis Ceruk.. ;')

Assalamualaikum w.b.t,


Gadis ceruk itu
Melakar hidup sendirian
Sambil menanti tiba
Musim bunga yang tiada berpenghujung
Melenyapkan musim kemarau durjana..


Gadis ceruk itu
Menjalani suatu transformasi 
Cuba berjalan ke tengah dunia
Beraksi hebat berlagak kuat
Biar tidak dipandang hina sesuka hati lagi..


Gadis ceruk itu
Kini lebih matang dan tak bodoh lagi
Tipu helah dunia dah sebati dengan diri..


Gadis ceruk itu 
Ingin menjadi gadis manis
Selalu menggulum senyuman menawan
Walau diamnya terceruk
Tetap disanjung ramai.. ;')


~ Ketika cinta menyapa, Usah silau dengan keindahannya Tetapi Lihatlah, Apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak? ~

Tiada ulasan: