Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Jumaat, 11 Januari 2013

UJIAN DAN GANJARAN ILLAHI..

Assalamualaikum w.b.t, 


Manusia ciptaan Allah swt tidak dapat lari daripada setiap ujian-Nya.. Bentuk ujian diberi Allah swt ternyata berbeza diantara satu sama lain.. Ada manusia diuji dengan musibah dan ada pula dengan kemewahan hidup dengan bersenang-lenang.. Kedua-dua bentuk ujian ini menuntut manusia untuk bersabar dan bersyukur..

Jika manusia ingkar daripada bersabar dan bersyukur, maka Allah swt akan mencabar golongan ini melalui sebuah hadis qudsi bermaksud:
"Jika aku menguji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar dan jika aku menguji
kamu dengan kenikmatan, kamu tidak mahu bersyukur, maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah kamu mencari tuhan yang lain"..

Hakikatnya, apa jua pergolakan berlaku dalam hidup, manusia tidak akan terlepas daripada dua bentuk ujian iaitu kesusahan dan kenikmatan..

Jika dilihat, sikap bersabar itu lebih menuntut pengorbanan jika dibandingkan dengan bersyukur. Lazimnya, manusia yang ditimpa musibah akan menempuh kesusahan,keresahan,
tekanan, penderitaan emosi dan sebagainya..

Tetapi, bersyukur itu kelihatan mudah dilaksanakan berbanding bersabar kerana lazimnya
manusia yang dilimpahi dengan kenikmatan dan kesenangan tidak mengalami tekanan dan penderitaan..

Bersyukur bukan semudah melafazkan 'Alhamdulillah'.. Namun, setiap manusia yang dilimpahi
nikmat bertanggungjawab untuk merealisasikan kesyukuran itu dalam semua aspek kehidupan..

Selain lidahnya tidak henti melafazkan 'Alhamdulillah', hatinya juga perlu memperakui bahawa segala nikmat yang diterima itu adalah daripada Allah swt.. Nikmat itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran..

Rasa bersyukur itu tidak terhenti setakat dengan pengakuan lidah dan hati saja, malah
seluruh kekuatan fizikal dan material yang ada, perlu dibuktikan agar kesyukuran itu benar-benar wujud dan ternyata..

Allah swt memberikan kekayaan material, maka manusia harus mensyukurinya dengan berbelanja pada jalan yang diredai-Nya, disamping membantu golongan berhajat yang tidak bernasib baik..

Allah swt mengurniakan kesihatan dan kekuatan fizikal, maka ia harus ditonjolkan dengan pelaksanaan ibadat fizikal disamping mengorbankan tenaga yang ada untuk berbakti kejalan kebaikan..

Tahap kesyukuran ini perlu dilalui setiap manusia yang menerima kurniaan daripada Allah swt tanpa menyandarkan segala-galanya sebagai milik dan usaha sendiri..Justeru,
pentingnya manusia memahami betapa sukarnya bersyukur seperti dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah [nikmat] kepadamu dan jika kamu mengingkari [nikmat-Ku], maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".. [Surah Ibrahim:
Ayat 7].

Lazimnya, manusia yang ditimpa musibah akan memilih bersabar kerana mereka tidak mempunyai banyak pilihan, sama ada untuk pasrah atau mencabar keadilan Illahi.. Selagi manusia mempunyai iman yang kukuh, tidak mungkin dia menafikan keadilan Allah swt yang
memberikan musibah atau kesusahan kepadanya..

Selagi manusia memilih untuk taat kepada perintah Allah swt, maka mereka pasti berupaya mengimbangi tuntutan syukur dan sabar dalam diri mereka..




Hidup ini penuh liku-liku,
Ada suka dan ada duka,
Dari itu, jadilah insan yang bertakwa,
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana.. 

Tiada ulasan: