Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 17 Januari 2013

Saat Itu..

Assalamualaikum w.b.t,

Saat kedua-dua belah tangan ini ditadah usai solat Isyak semalam, air mata jatuh ke pipi.. Dikesat air mata itu dengan jari.. Sayu hati.. Sepi.. Doa yang selama ini aku mohon tidak makbul sama sekali.. Kita terpisah walaupun hubungan kita direstui..

Air mata gugur bila aku sebut nama dia.. Air mata makin laju bila aku doakan dia selamat sentiasa.. Air mata ini tidak dapat dibendung lagi bila aku mendoakan hubungan kami kekal sampai bila-bila.. Air mata ini macam terlalu murah harganya..

Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMU ini.. Aku cekalkan hati.. Mungkin Tuhan nak uji.. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti.. Ayat itu aku sebut untuk sedapkan hati..

Semalam sebelum tidur aku pegang handphone lama-lama.. Aku taip mesej tapi aku padam semula.. Baru kelmarin aku hantar mesej pada dia tapi sekarang aku tak berdaya.. Tengok saja nama dia dalam contacts aku dah menangis inikan pula nak hantar mesej yang entah akan sampai atau tidak dekat handphone dia..

Akhirnya aku lena berteman air mata.. Tidak lama kemudian aku terjaga.. Aku mimpi dia.. Apakah ini semua?! Awak tak apa-apa?! Rindunya.. Kalaulah kita boleh jumpa.. Aku baring dan paksa diri untuk tidur semula..

Tadi aku bangun tidur dikejutkan alarm yang membingit telinga.. Aku capai handphone dan aku periksa.. Tak ada apa-apa.. Selama ini mesti ada mesej dari dia.. Hari ini mustahil semua itu akan ada..

Aku bangun dan solat subuh.. Sekali lagi air mata aku jatuh.. Hati aku rapuh.. Ya Allah kuatkanlah hatiku dan bagilah sakit ini sembuh..Sesungguhnya ingatan ini milik kau tapi aku mohon bawa ingatan ini pergi jauh..


 It's easy to stand with the crowd.. But it takes courage to stand alone.. ;)


Tiada ulasan: