Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 10 Januari 2013

Bangkit dlm kegelapan..

Assalamualaikum w.b.t,



Jaga hati orang yang tak pernah jaga hati kita sangat meletihkan sebenarnya.. Biarkan hati yang letih itu berehat seketika.. Suruh kaki bergerak sama.. Tak kira sesusah mana kau kena move on juga.. Patah hati bertongkat kaki dan patah kaki bertongkat lutut pula.. Biar melekat lantai dan dada, biar bergeser tanah dan kepala, jangan kau berputus asa..

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula..
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula..
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua..

Cakap senanglah nak buat susah.. Memang nak buat itu susah.. Tapi sebagai manusia yang dilahirkan gagah, itu bukan masalah.. Yang susahnya sebab kau sendiri fikir yang kau lemah.. 




Kita takkan pernah tahu kita sekuat mana kalau kita tak pernah cuba.. ;)

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya "bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"..Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)..
- Al baqarah 2:214 -



Tiada ulasan: