Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Rabu, 30 Januari 2013

Takdir-NYA,,

Assalamualaikum w.b.t,

Kadang-kadang..
Segalanya seperti dekat di mata
Sepertinya kita akan sampai ke destinasi
Kita gembira sekali, Berkobar tak terperi
Dalam akal mencipta seribu angan
Disangkakan sebentar lagi kesampaian
Kita senyum puas kegirangan..

Tiba-tiba, kenderaan terhenti di pertengahan
Ada sesuatu yang menghentikan perjalanan
Dan kita terpaksa fikir tentang kerosakan yang berlaku
Lalu, haluan kita juga terpaksa diubah
Haluan pertama, yang tadinya kita sangka akan disinggah
Mahu tak mahu terpaksa berubah

Sesungguhnya, kita TIDAK PERNAH TAHU, Allah Yang Maha Tahu
Kita mungkin hanya boleh menjangka
Namun kita tidak dapat halang perkara yang datang dengan tidak
disangka-sangka
Itulah TAKDIR-NYA
Walau seratus tahun, kita menangis dan mengemis
Ada waktu, kita perlu redha..



Tiada ulasan: