Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 17 November 2011

RAHSIA KEPERIBADIAN WANITA MELALUI CARA BERJALAN..

Assalamualaikum w.t.b,

Just Share.. (^_^)

1. kalau berjalan, dari belakang macam kaki tak pijak tanah

Maksudnya golongan ni jalan berginjat. konon wanita ni adalah wanita yang tak jujur, kalau bercakap, mulut dia laser dan menyinggung perasaan orang lain. golongan wanita macam ni jugak terkenal dengan sikap egonya. lebih parah, wanita ni biasanya pemboros atau suka membazir duit tanpa berfikir sebelum berbelanja. padahal duit yang dia ada tu banyak lagi untuk kegunaan lain. tapi jangan la pulak kecik hati. sebab wanita macam ni biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. kalau berjalan, selalu toleh ke kanan dan kiri

wanita ni biasanya pandai simpan rahsia. walaupun ramai yang anggap wanita ni tak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan kalau berbual dengan dia, tapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. konon wanita macam ni mudah diatur dan diuruskan.


3. kalau berjalan, suka tunduk

cara berjalan wanita macam ni, melambangkan dia memiliki sifat yang tertutup. dia hanya akan berbual dengan orang orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia dia. wanita macam ni biasanya susah untuk takluk hatinya. di samping sikapnya yang dingin, wanita ni tak peduli dengan kehidupan cinta. tapi kalau ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan tunduk ni, dijamin akan mendapat kebahagiaan. sebab wanita jenis ni sangat setia dan dia tak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. kalau berjalan, menatap lurus ke depan

wanita macam ni biasanya ada pendirian yang teguh. bukan senang nak goncang iman dia. jangan sesekali menentang apa yang pernah dia kata kalau kau tak mau dengar dia berleter panjang lebar. walaupun pendirian dia teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. so, jangan hairan la kalau wanita macam ni hanya nak berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. kalau berjalan, badan bergerak ke kanan dan kiri

wanita yang berjalan jenis macam ni dia tak ambik kisah dengan masalah yang berlaku. apa pun masalah yang ada dengan dia, dia anggap kecil je. padahal masalah tu sebenarnya kena ada kebijaksanaan untuk diselesaikan. oleh sebab sifat dia yang suka ambik mudah ni, banyak persoalan yang akhirnya tak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri dia sendiri.


6. kalau berjalan tampak tegak

wanita ni tegas menentukan sikap dia sendiri. dia tak mau urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. gaya percakapan dia serius macam nak tunjuk yang dia ni ada pendirian yang teguh. yang menariknya dekat wanita ni, dia bertanggungjawab dengan apa yang pernah dia lakukan. dia suka lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat sifat romantiknya.


7. kalau berjalan, macam zirafah

maksudnya, masa dia melangkahkan kaki, badan dia macam bergerak ke depan dan ke belakang. wanita jenis ni sangat lemah perasaannya. dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. so, kalau kau nak berbual dengan wanita macam ni, kenalah jaga perasaan dia supaya dia tak tersinggung, sebab wanita ni mudah mengalirkan air mata.


Thanks For Reading This Entry.. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

This design is spectacular! You certainly know how to keep a reader
amused. Between your wit and your videos, I was almost
moved to start my own blog (well, almost...HaHa!
) Excellent job. I really enjoyed what you had
to say, and more than that, how you presented it. Too cool!


Feel free to visit my site; quick payday cash advance