Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Selasa, 16 Ogos 2011

MaNa MAk?! (-__-)

Assalamualaikum w.t.b,

Hyep, Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak.. Semoga ianya tidak berlaku kepada kita ya.. Mehla Bace sekejap je.. 



Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 

Ateh  menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Thanks For Ready This Entry..

Khamis, 11 Ogos 2011

Bingkisan Hati Seorang Sahabat!!~

Assalamualaikum w.t.b,


Teman,
Dengan segugus keyakinan
Ku capai sebatang pen dan sekeping kertas
Lalu, ku gagahi jari- jemari ini
untuk membaikan segugus bicara
Suka-duka, pahit manis bersamamu,
Setiap kali memori itu singgah di kamar fikiranmu.
Teman,
Kenangan indah bersamamu
Bagaikan rakaman kaset
Yang sentiasa berputar
Mengimbas kembali setiap
detik bersamamu.
Jikalau ada ruang untukku bertanya,
Mengapa perpisahan???
Menjadi perantaraan antara kita.
Ku sisihkan perasaanku yang
Berantingkan kedukaan
Berdaunkan keresahan
Berbungakan kekesalan……
Pernahkan kau terfikir
Aku juga insan sepertimu
Yang mengharapkan penghargaan.
Teman,
Jika aku menjadi sejarah keresahanmu,
Jika aku menjadi keegoan remajamu,
MAAFkan aku,
Anggaplah aku insan yang tidak pernah engkau kenali,
Insan yang tidak pernah singgah di HATImu
Aku hanya mempunyai sekeping hati,
Yang pernah dihempap kekecewaan
Namun kukutip dan kucantum kembali
Menjadi sebuah tugu PERSAHABATAN DI HATI.
Cuma satu harapanku,
Andai aq masih dihatimu,
Siramilah persahabatan ini dengan
embun kemesraan
Bajailah dengan setulus keikhlasan,
Agar kuntumnya memekar kembali…


Sumber : iNfOrmAsi
Thanks For Reading This Entry..

Isnin, 8 Ogos 2011

Karektor Diri Dalam Keluarga.. Sayep Sulung.. Awak?! ^_^

Assalamualaikum w.t.b,
Hye, lame sudah tak update blog kan?! Busy yang teramat.. Macam2 nak update tp banyak yang dah lupe ape yang nak diupdate.. hehehehehehe.. Tapi before update kite Layan Segmen kat bawah ni.. Jom.. 


ANAK SULUNG
anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik. 

Karektor : 
anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego
- sering berjaya dalam hidup. 
- lebih pandai mengambil hati orang tua. 
- nilai tanggung jawab yang tinggi. 


ANAK TENGAH
biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. seringkali mereka juga teras terpinggir. dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain

Karektor : 
- lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. 
- lebih percaya dengan keyakinan sendiri. 
- suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri. 
- sering merasakan diri mereka terpinggir. 
- terlalu mengalah


ANAK BONGSU
mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakan sikap anak bongsu. mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidak percaya ibu bapa terhadap mereka. biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya. 

Karektor : 
- happy go-lucky dan yakin diri. 
- manja. 
- berkeinginan dan bercita-cita tinggi. 
- sukar membuat keputusan sendiri. 


ANAK TUNGGAL
dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kuku h dan erat. mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan. 

Karektor : 
sering merasakan diri mereka kesunyian. 
- lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. 
- lebih bijak bergaul. 
- lebih cepat matang. 
- terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat. 
- sukar nak bertolak ansur dengan orang lain. 



Okey, itu sahaja nak share dengan korang.. Nanti akan ku update lagi yek..


Thanks for Reading This Entry..

Rabu, 8 Jun 2011

A&W Delivery service

Assalamualaikum w.t.b,

Hye, Saje nak share dengan korang sume ni.. Before ni memang aku tak tahu pun yang A&W ni ade delivery service.. Ade la kakak dekat office aku ni teringin nak makan A&W tapi aku almaklum lah, malas nak keluar.. So, dorang pun cari la GOOGLE untuk tengok menu n rupe-rupenye A&W ade lorh Delivery Service tapi bukan dekat semua tempat la kan.. Serious, aku tak tahu pun before ni.. Kahkahkah! Okey, tak percaye sila la ke SINI!.. So, lepas ni boleh la Order.. Sile, sile, sile la ye.. 
Antara menu yang aku makan adalah.. Sumber ikhlas dari ENCIK GOOGLE & WEB SITE A&W.. teehee!
Tarraa, banyak gilak lol aku makan.. Nak buat macam mane, makan sikit-sikit.. Ni pun tak habis lagi ni.. Kembung dah perut aku.. Adoi!!~ 






Ha, yang waffle ais cream tuh kakak dekat office aku bagi aku rase sikit & aku suke sangat sebab SEDAP.. Nyum, Nyum, Nyum!!~ Nanti Try la keyh.. Okey, itu sahaja aku nak update.. Nanti aku update lagi.. (^_~)


Thanks For Reading This Entry..

Selasa, 7 Jun 2011

Learn japanese language

Assalamualaikum w.t.b, 

I want to share with you some words in japanese..


1.Romantic japanese words
Here are some suggestion you can say to someone you love and care :
1.Anata nashidewa ikite ikanai - I can't live without you 

2.Aishiteru - I love you 
3.Hana no youni kirei - You are as beautiful as a flower 
4.Iroppoi - You're sexy 
5.Itsumo aishiteru - I will always love you  
6.Kekkon shite-kureru? - Will you marry me? 
7.Kimi ni muchu nanda - I'm crazy about you 
8.Kirei dayo - You're beautiful 
9.Kisu shite - Kiss me 
10.Kisu shite mo ii - May I kiss you? 
11.Kokoro no sokokara aishiteru - I love you from the bottom of my heart 
12.Zutto issho-ni itai - I want to be with you forever


2.phrase of the day
Here are some daily phrase that you can use it everyday and it is very easy to understand and say . Try to say it whenever you meet somebody . It is an extra-benefit for you to know another language other than english or your own national language.

1.Ohayou gozaimas - good morning 

2.konnichiwa - good afternoon 
3.konbanwa - good evening 
4.Sayounara - good bye 
5.Daijoubudeska? - are you alright? 
6.Kore wa nan desu ka? - what is this? 
7.Arigatou Gozaimas - Thank-you very much 
8.sumimasen / gomennasai - I am sorry  
9.Nanika hokani arimasu ka? - anything else 
10.wakarimasen - I don't understand 
11.Otsukare samadeshita - well done 
12.Watashi no namae wa (name) - my name is (name) 
13.ima nanji deska? - what time is it? 
14.Sore de zenbu desu! - thats all! 
15.Nemuides - I am sleepy 
16.mata ne / jaa ne - see you later 
17.Nihongo ga dekimasen - I don't understand japanese 
18.Ima isougashideska - Are you busy now 
19.Wakarimashita - All right / understand / got it 
20.Ima ohima desu ka - Are you free now?


P/S : You can request anything you want to know about japanese language HERE..

Thanks For Reading This Entry..

KENALI GIGI DAN PERANGAI

Assalamualaikum w.t.b,




Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang.
Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi?
Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni yek!

Jarang dan kecil
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!



Bersaiz sederhana dan rata
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?


Besar dan jarang
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!


Jongang dan kecil
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!


Jongang dan besar
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!


Tidak tersusun
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain


Seolah masuk ke dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.


Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!


Untuk pengetahuan bersama.. (^_~)


Thanks For Reading This Entry..

Isnin, 16 Mei 2011

Aku Bukan Sesiapa

Assalamualaikum w.t.b,

Sekadar luahan perasaan yang seketike cume..


Aku bukan sesiapa dimatanya,
Walau hanya sekecil kesalahan yang aku lakukan,
Dia tetap Memperbesarkan kesalahan itu bagai lautan yang sedang kencang bergelora,
Aku tetap dipersalahkan bukan sekadar seketika.
Diambil kire dari pelbagai segi, punce dan segalanye,
Aku tetap tidak mampu bersuare,
Hanya memekak kan telinge,
Tapi aku hanye fikir kan die,
Kerana aku tahu, die terlalu sayangkan aku lebih dari segalenye,
Die tak nampak sayang aku itu,
Aku bukan sesiape,
Hanya memendam rase,
Tapi ape kan daye,
Aku bukan sesiape..


Aku bukan budak hingusan yang perlu engkau buaikan,
Aku bukan budak kecil yang perlu engkau susu kan,
Aku Bukan Sesiape,
Hanya seorang budak yang sedang meningkat Remaje,
Ingin melihat dunie dan ingin membesar sebagai seorang yang bergune,
Semua nya hanya untuk engkau,
Aku bukan sesiape,
Engkau tidak nampak aku, bukan?
Kerana engkau lupe aku siape..


Kepada teman yang sentiase disisi,
Terima kasih aku ucapkan yang tak terperi,
Bersame selame ini,
Disaat aku sedang dalam kesusahan, kesedihan dan kepayahan dalam
mengharungi liku-liku hidup ini,
Sentiase memberikan semangat untuk membakar diri ini,
Terima kasih aku ucapkan kepada insan yang memahami diri ini.
Yang sentiase menyokong dan berdiri disisi..



P/S : Thanks For Reading This Entry..

Khamis, 28 April 2011

yOU!!~

Assalamualaikum w.t.b,

Hye! Lame gilak tak update blog & aku dah jarang nak berblogwalking.. Sorry guys, i'm so busy right now.. Insya'allah, kalau ade mase free aku akan update lagi ek.. Dan akan terjah blog korang balik.. So, sile lah tinggal kan link dekat entry ni keyh.. Thanks ye.. Okey, update untuk hari ini adalah lagu dekat blog aku ni.. Aku suke bangat sebab lirik die terlalu bermakna.. Tak caye, ce tengok, ce tengok lirik kat bawah ni.. teehee!!~  Sambil dengar lagu dekat blog ni, bace lirik kat bawah ni betul-betul.. Mest korang akan terase sangat bermakna.. YOU!!~ I would like to dedicate this song to YOU.. You know who YOU are.. teehee!!~


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do
 
Thanks for Reading this Entry..  

Selasa, 29 Mac 2011

TERingin Sangat3!!~

Assalamualaikum w.t.b..

Hye!!~ Aku tibe2 TERingin sangat nak makan MEETBALL dekat IKEA tuh.. Fuh!!~ 
Sedap Oo.. Bile la agaknye dapat makan kan.. teehee!!~ 
Korang pernah makan tak?? Sedap kan, kan, kan?? teehee!!~ 
Korang suke makan ape ek?? Share la.. Nk tahu jugak ape yang korang suke makan.. 
Nak jugak cube kan, asyik makan benda yang same pun kadang2 busan jugak kan.. teehee!!~
Share la tau, tau, tau.. teehee!!~

Cube tengok gambar kat bawah ni.. Sedap kan, kan, kan?? teehee!!~


Okey, itu sahaja untuk kali ni.. Nanti aku update lagi ek.. 

Thanks for Reading This Entry..  

Rabu, 23 Mac 2011

ALhamduLLiLah..

Assalamualaikum w.t.b..

Aku suke tengok orang HAPPY.. Senyum la sentiase kerane senyum itu adalah sedekah.. (^_~)
Aku?! Macam biase, bukan siape-siape.. Hanya Hamba ALLAH s.w.t. yang kerdil lagi hina..
Aku sendiri telah diuji Oleh NYA.. Tak berape sihat sebenarnye ni.. Nak pergi clinic pun macam malas.. Hurm.. Hanye mampu terSENYUM.. (^_~)





Thanks for Reading This Entry..