Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Ahad, 22 Julai 2012

SomeOne..

Assalamualaikum ku dahului dengan pembuka kata..  Memang asal nk update konon-konon ayat cinta.. Tapi bila tangan di keyboard terlupa apa yang nak di type kan sebagai cerita.. Tidak mengapa, abaikan saja..


Aku memang mempunyai ramai kawan.. Tapi yang agak rapat memang boleh kira lah kan.. Yang susah sama susah & senang sama senang memang boleh di senarai kan.. Memang kawan-kawan aku semua nya baik-baik tak boleh nak di jelas kan.. Mereka kawan aku saat aku memerlu kan.. Tapi kawan yang betul-betul sentiasa di sisi yang memahami diri ini hanya yang sentiasa ada di sisi saat aku memerlukan..


Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia.. Hanya mampu berserah pada NYA.. Semoga dikurniakan yang memahami diri ini seadanya..


Aku lebih suka diam & bersahaja layankan kawan-kawan yang gila-gila.. Mereka cukup suka aku ada bersama.. Kerana aku jenis yang suka kacau mereka kalau aku tengah tak ada kerja mahupun stress ketika kerja berlambak atas meja.. Itu hanya seketika pabila aku bosan menghadap kerja..


Kawan dan sahabat adalah orang yang ada ketika diperlukan, memahami saat memerlukan..
Orang yang sentiasa ada ketika waktu susah & senang.. Aku ada kedua-duanya walaupun aku tahu dia sentiasa berada disisi aku saat aku sedih.. Sangat memahami.. 


P/S : Aku rindu semua kawan-kawan aku termasuk dia yang sentiasa support aku walaupun sekarang ini aku hampir terjatuh.. Tolong bantu aku.. Aku perlukan dia.. 


Ya'ALLAH, lindungilah aku, keluargaku & sahabat-sahabat ku tak kira secara zahir atau dialam maya dari segala hasad dengki & bala bencana..






~ If something is not happening for you it does not mean it's never going to, it just means that you're not ready for it yet.. ~

Inginkan DIA..

Assalamualaikum w.b.t,


Duduk bersendiri di kamar nan rapi, Lagi indah berseri pabila ku susun atur perabot mengikut naluri di hati.. Seikhlas hati akan nampak chantek berseri walaupun tak minta di puji..
Bukan pasal kamar atau diri sendiri yang ingin ku kongsi.. 


Sebelum bulan puasa lagi aku dah impikan..  Ada juga aku bertanya pada kawan-kawan..
Tapi masa pula yang mencemburui aku untuk aku dapatkan.. 


Hanya diri sendiri simpan dalam sanubari.. Cuma hanya mengikut rasa isi hati yang sememang nya ingin kan sesuatu yang aku ingini.. Tapi masih belum aku temukan lagi..


Cerita macam nak benda besar pula kan.. Tapi tak sebesar kereta beeboOt ku la kan.. 
Hanya & cuma mahu kan Burger Bakar yang aku idam-idamkan.. Puas aku cari tapi aku tak tahu nak cari dekat mana, walaupun dah tanya pada kawan-kawan.. Mereka hanya bagi nama tempat tapi tak beritahu pula berdekatan apa, signboard ke kan.. muahahaha!~


So, nanti nak cari.. Ada sesiapa yang mahu teman aku tak?! hehehehe!~
Kalau tahu dekat mana, sila lah beritahu aku nanti yek.. 


 ~ Sometimes, the best road is the one you make.. ~


P/S : Lupa pulak, SALAM RAMADHAN pada semua umat ISLAM di seluruh dunia.. 

Rabu, 4 Julai 2012

Butterfly..

Assalamualaikum w.b.t,


Just wanna share a song to all of you.. Thanks a lot.. 


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu



Rasa kosong dalam diri..

Assalamualaikum w.b.t,


Bukan hendak menyepikan diri, cuma masa agak mencemburui.. Apalah sangat blog ini, sekadar hanya meluahkan isi hati kala sepi.. 


Dalam diam tanpa kata tapa suara, aku memerhati dalam jaga walaupun terlena.. Hendak diluah apakan daya, biar hanya hati berbicara.. 


Mungkin cuma aku yang angau seorang diri.. Ke mana pun aku pergi aku rasakan yang aku dibayangi..
Aku rasa sepi saat ini..Walaupun aku dikelilingi, tetapi aku tetap rasakan sepi.. Rasa kosong tiba-tiba muncul dalam hati.. Apakan daya hanya hati yang boleh ungkapkan tanpa perlu aku luahkan pada teman di sisi.. 


Mungkin salah aku.. Kita selesa berkawan tanpa jemu.. Engkau buat aku rindu.. Ingat itu..Engkau mengekori aku saban waktu..Dan engkau buat aku jadi tidak menentu.. Mungkin salah aku tegur kau dulu.. 


Hari demi hari kau kubayangi.. Walaupun tak pernah ku terdetik sehingga kini.. Malam ku termimpi-mimpi sehingga engkau rancak bermain dalam kalbu tanpa kusedari.. Mengapa ini terjadi?! 




P/S : Walau apa pun jadi kita masih tetap kawan.. Kau kena ingat kita tetap kawan sampai bila-bila kan..


Jumaat, 18 Mei 2012

Meaning of THE ROSES..

Assalamualaikum w.b.t,

Hye, apa khabar kah saudara, saudari yang sedang membaca blog saya ni.. Wow!~ Terima kasih sebab sudi baca.. Terharu uolls.. Uikk!~ Okeyh, Straight to the point.. Base on the meaning of colour the roses.. Itu yang saya nak share.. Saya dah lama tak dapat bunga, Ada tak siapa-siapa dekat luar sana yang nak bagi bunga untuk saya?! Kalau ada PM saya, nanti saya bagi alamat.. Cewah!~ Kalau lah ada.. hahahaha!!~ Untungla kan.. Okeyh, Lets Check It Out uolls..

Makna Berdasarkan Warna BUNGA ROS..


- Merah
Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

- Pink
Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
Kuning
Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan

- Putih
Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”

- Lavender
Cinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

- Oren
Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru

- Hitam
Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru

- Biru
Mustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan



Makna Berdasarkan Bilangan Kuntum Bunga ROS.. 


- 1 Rose
Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
- 2 Roses
Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Roses
I love you
- 6 Roses
Aku ingin menjadi milikmu
- 7 Roses
Aku tergila-gilakan kamu
- 9 Roses
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
- 10 Roses
Kamu adalah sempurna
- 11 Roses
Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
- 12 Roses
Be my steady
- 13 Roses
Peminat rahsia
- 15 Roses
Saya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 Roses
Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 Roses
Aku setia pada mu
- 24 Roses
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
- 33 Roses
menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
- 36 Roses
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 Roses
Cintaku padamu adalah tulen
- 50 Roses
Cinta yang tiada sesalan
- 99 Roses
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 Roses
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 Roses
Kaulah satu-satunya cintaku
- 108 Roses
Jom Kahwin!
- 365 Roses
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
- 999 Roses
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila



Just for share..  ^_~

Isnin, 30 April 2012

MayBe!!~

Assalamualaikum w.b.t,


Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah yg memilihmu untukku..

Aku tidak pernah mengharap mencintaimu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..

Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu, tapi Allah yg telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..

Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu..
Tapi ALLAH yg telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu..

Itulah aku adanya....

Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri..  Kerana sang Pemilikku yg telah mengaturku dan menentukan bagaimanaku dan apa yang kurasakan di saat ini..

LALU Izinkanlah aku mencintaimu mengikut jalan yang halal, ikhlas mencintaimu untuk membawa seorang hamba Allah bersama ku ke jalan yang di redhainya..




A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other.. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever..


It's hard for me to accept this but I do believe in Allah.. I can't let him alone and always be by his side.. I DO LOVE HIM.. I REALLY DO.. ♥ ♥ ♥

Khamis, 19 April 2012

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya..

Assalamualaikum w.b.t,

Aku copy cerita ini untuk tatapan sendiri.. Just nk share je pada sesiapa yang sudi nak baca.. Thanks ye.. ^__^

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik 
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar 
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan 
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita 
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat 
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang 
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. 

Bas yang terhenyak-henyak dek 
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong 
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat 
tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang 
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. 
Naim kelihatan murung. 



" Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik 
rumah ke?" Naim mengubah topik. 
"Cadangnya gitulah!" 
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak 
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. 
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! 
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati. 
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila 
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi 
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. 
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam 
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab 
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang 
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang 
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. 
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang 
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim 
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. 
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat 
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi 
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je 
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur. 
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" 
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz 
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan 
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. 
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada 
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang 
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz 
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah 
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. 
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! 
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera 
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin 
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah. 
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya 
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" 
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal 
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah 
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa 
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. 

" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana! 

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya khabar

Isnin, 9 April 2012

Sahabat Part 2.. ;))

Assalamualaikum w.b.t,


Ya Allah,
Sahabat buat hati gembira
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah rasa
Rajuk kami membuah ceria..


Ya Allah,
Silaturrahim kami ukhwwah fillah
Bermusuh kami nau'zubillah
Berpisah mati Insya'allah
Pengubat hati doa Rabithah


Ya Allah,
Rahmati kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan kami di taman syurga..
Amiinnnn ya rabbal'alaminn.. 


~ Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan.. ~


Kenangan.. ;))

Assalamualaikum w.b.t,


Kawan ingat tak
Waktu pertama kita bertemu
Senyum comel salam erat
Kita sama-sama hulur..


Kawan ingat tak
Kita seiring sejalan ke kuliah
Baju kurung warna warni
Baju kemeja kotak kotak
Sungguh harmoni
Gelak tawa tak ingat
Study sama-sama penuh keringat..


Kawan ingat tak
Kita ni student penuh manja
Untung punya lecturer sungguh mesra
Satu matlamat nak tengok kita berjaya..


Kawan 
aku masih ingat
Tiga tahun lalu
Kita budak mentah banyak perlu di asah
Kita budak kolej belajar untuk segulung ijazah..


Kini semua telah berubah
Kita dah matang punya tuju arah
Lecturer senyum megah bangga
Student mereka bangsa berguna..


Kawan 
Jangan pernah lupa
Kenangan tangis ketawa kita bersama
Kenangan terindah kita pernah ada
Walaupun kenangan pahit itu tidak pernah dilupa..


Kawan
Patah-patah kata tak cukup aku nak cerita
Maka aku simpulkan empat patah kata
Aku sayang kamu semua~!


~ Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagiaan setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik.. ~

Thanks for Reading This Entry.. 

Isnin, 2 April 2012

seseorang..

Assalamualaikum w.b.t,


Just for share..


1.  Seseorang yang sentiasa tersenyum riang dihadapanmu, ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian..


2.  Seseorang yang sentiasa bergurau senda dihadapanmu, ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian..


3.  Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang sedang retak seribu..


4. Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya..


5.  Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya..


6.  Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu, ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.. 


7.  Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya, ketahuilah dialah seorang 'pertapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian..


8. Perindu kedamaian.. 


~ Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahya namun kau berseri, tapi cukup menghiburkan hati ini.. ~


Thanks for reading this entry..