Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Rabu, 24 Oktober 2012

Mungkin jua.. ;)

Assalamualaikum w.b.t,

Kerap lidah menyebut dan telinga mendengar ayat, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri..
Hikmah yang akan disedari selepas berlaku sesuatu perkara atau tragedi.. Cuma bergantung pada kita untuk mengambil pengajaran atau terus berdegil diri..

Pasti pernah sekali jatuh cinta dengan seseorang yang kita rasa sama seperti kita.. Seseorang yang bila bersama, membuat rasa selesa bertambah selesa.. Seseorang yang berkongsi citarasa.. Seseorang yang belum diberitahu, sudah dapat meneka apa yang kita rasa.. Seseorang yang dalam satu masa, menyukai kita dan kita menyukai dia.. Tapi persinggahan dia dalam hidup kita mengajar kita kenal siapa kita.. Mengajar kita melihat cermin atau sesiapa..

Bila sedar kekurangan serta keyakinan dalam diri mula menurun, hanya satu jalan untuk mengatasinya..
Berfikiran positif setiap masa.. Sedarlah sesungguhnya masih ramai yang tidak bernasib baik seperti kita..
Tinggi atau rendah, setiap orang ada kelebihannya..


Ikut kata hati.. Walaupun pernah hancur luluh tapi hati ini masih berfungsi.. ;)


Tiada ulasan: