Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Selasa, 30 Oktober 2012

“Law of Attraction”

Assalamualaikum w.b.t,



Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu.. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!
So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! Yezzaa! :)
Walaupun bertalu-talu negative things happened to me, saya masih boleh senyum… happy… dan tak pun effected dengan perkara-perkara negatif tersebut.. Bila kita positif, kita akan menarik perkara-perkara positif kepada kita… ni yang mat salleh sebut “Law of Attraction”.
Tetapi, dalam Al Quran dah lama sebut mengenai ini untuk kita bersabar & redha, pasti akan dapat hikmahnya!
Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!


Renungan bersama : Barang siapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka.
[Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]



Mengorbankan 'perasaan' jauh lebih payah daripada mengorbankan harta, kerana pengorbanan perasaan satu takah dalam perjalanan mengorbankan jiwa! ;')




Tiada ulasan: