Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Jumaat, 2 November 2012

Ujian dan Dugaan..

Assalamualaikum w.b.t,

Ujian dan Dugaan tanda ALLAH S.W.T sayang kepada kita sebagai hambanya..
Selagi kita bergelar manusia selagi itu kita tidak akan terlepas dari ditimpa ujian dan dugaan.. Kebanyakkan kita mengeluh dan kadang-kadang merungut bila ada masalah tapi bila kita semakin dekat kan diri kita dengan ALLAH, semakin tenang jiwa kita.. Semakin kita redha dengan dugaan itu.. Allah tidak akan menduga hambanya jika ia tidak mampu menghadapinya.. Setiap orang menghadapi berlainan dugaan dan cara menanganinya..

Maka redhalah dengan setiap ujian, bersyukur ketika dikurniakan nikmat dan kesenangan,
bersabar apabila ditimpa musibah dan kesakitan, ingat kita akan menemui ALLAH pada suatu masa nanti..



Allah itu dekat, selagi kita tidak menjauh dariNya..
Dekatilah Allah dengan berkorban untukNya..


Sedikit perkongsian..

Seperit mana pun esok, senyumlah..
Kerana senyuman itu penawar kepahitan..
Semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita esok dan hari seterusnya..
Insya'allah.. Amin ya rabb.. ;)

Rasullullah s.a.w bersabda : Barang siapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya,
nescaya ALLAH akan mengujinya dengan kesusahan.. =)

Tiada ulasan: