Mangga Online

heartbeat.my

CoOL pEopLE!!~

Khamis, 2 Ogos 2012

Sebak..

Assalamualaikum w.b.t,




Tangan laju menaip di keyboard sendiri,
Tapi apa yang ingin diluahkan seakan terhenti,
Mata memandang PC tidak berkelip tapi seakan berfikir jauh sekali,
Kenapa dirasakan seperti semua orang menjauhkan diri..


Aku rela hilang benda yang boleh dibeli dari hilang kawan sejati,
Cinta membuatkan aku patah hati berulang kali,
Sakitnya memang menusuk hulu hati,
Memang tidak terperi dan meninggalkan kesan sehingga kini..


Aku ketawa untuk menutup luka yang tersimpan lama,
Hanya diri yang tahu semuanya,
Dugaan datang bertimpa-timpa,
Aku kena kuat untuk teruskan hidup di dunia..


Susah nak kata,
Susah juga nak luahkan apa yang di rasa,
Cuma aku hanya boleh luahkan pada yang ESA,
Itu yang mampu aku buat tatkala aku rasa sebak malah terseksa..


Engkau mungkin nampak aku kuat tapi sekuat-kuat aku tetap lemah juga,
Aku hanya manusia biasa,
Tidak selamanya aku mampu buat macam tidak ada apa-apa,
Sebab aku masih seperti aku yang dulu juga,
Tapi kau hanya biasa-biasa saja,
Buat macam tak pernah berlaku apa-apa,
Mungkin aku kau seakan dah lupa.



~ When I close my eyes forever.. That's when i'll stop loving you.. ~


Tiada ulasan: